Home South Korea PyeongChang FAM Trip 2018 PyeongChang Olyimpic Site Tour South Korea Part 2

FAM Trip 2018 PyeongChang Olyimpic Site Tour South Korea Part 2

4227
7

FAM Trip 2018 PyeongChang Olyimpic Site Tour, South Korea Part 2. Sambungan utk FAM Trip bersama Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia. Kalau belum baca lagi boleh baca Part 1 kat sini FAM Trip 2018 PyeongChang Olympic Site Tour South Korea Part 1Mula-mula aku tak bajet pun nak buat 2 part tapi bila dah habis hari pertama tu rasa macam panjang pulak. So aku jadikan 2 part. Untuk part 2 ni aku cover dari hari kedua sampailah hari ke 6 aku di Seoul.

#DAY 2: Galgol Hangwa Village: Hangwa Experience

Hari kedua kami breakfast dulu kat Samcheok Sol Beach Resort dalam jam 7 pagi. Aku jam 7 pagi dah terpacak kat retoran hotel. Laparlah katakan. Tak tau lah perut aku ni sejak akhir-akhir ni cepat pula lapar. Saka kot….Makanan breakfast ala-ala korean style lah. Tapi ada nasi jugak. Habis breakfast kami terus gerak ke destinasi pertama untuk hari kedua iaitu Galgol Hangwa Village: Hangwa Experience.

Galgol Hangwa Village: Hangwa Experience ni merupakan tempat membuat biskut tradisional Korea. Handmade Cookies!!!! Cookies ni agak popular di Korea. Menurut info kedai ni telah diusahakan sejak 500 tahun dahulu. Then kedai ni juga merupakan kedai yang diwarisi lah kiranya. Untung owner dia kan. tak payah fikir pasal kerja lain dah. Resepi yang disusahakan merupakan resepi turun temurun. Bila ada event besar semua ahli owner ni akan berkumpul kat sini. Macam makan besar lah kot. Bahan-bahan untuk buat Cookies ni hampir 100% dari beras. So ianya Halal…

(Cookies :  Galgol Hangwa Village)

Seronok jugak buat cookies ni sebenarnya. Then part goreng tu macam goreng keropok jer tapi dia ada skill dan cara-cara dia sendiri. Macam kena goreng menggunakan minyak yang biasa (tak berapa panas) then baru masukkan ke dalam minyak yang betul-betul panas supaya biskus ni boleh kembang dan jadi besar. Rasa dia sedap jugak. Aku ada gak bawak balik Malaysia. Rasa simple dan ringan jer. Boleh lah wak makan sebagai snek malam-malam sambil layan movie.

Dekat 2 jam gak kami kat sana. Habis kat sana kami Lunch dulu di Seojichogateul : Hanjeongsik (Korean set meal). Yang ni sumpah puas hati. Sedap. Aku makan sampai tak leh bangun kot. Ikan dia tu best. Aku lupa dah nama ikan dia tu apa. Tapi sedap lah. update nama ikan tu ialah  “Pollack Fish”

Seojichogateul : Hanjeongsik (Korean set meal)

  • 264 Nangok-dong, Gangneung-si, Gangwon-do
  • 033-646-4430

(ISU Four Continents Figure Skating Championships 2017)

#DAY2: ISU Four Continents Figure Skating Championships 2017

Dah kenyang kami terus gerak ke Main Event pertama iaitu ISU Four Continents Figure Skating Championships 2017. Event ni diadakan di Gangneung Ice Arena. Salah satu tempat yang akan berlansungnya acara untuk Winter Olympic 2018 nanti. Event ni juga merupakan salah satu event yang akan dipertandingkan nanti.

Kali pertama aku tengok event ni secara live hokey. Biasanya tengok kat tv jer. Event ni menampilkan Men/Ladies Single, Pairs, Ice Dance. Figure skating ni juga merupakan acara yang mementingkan seni…

ISU Four Continents Figure Skating Championships 2017

Sukan seni berprestij dalam kategori Sukan Musim Sejuk.

Menggabungkan muzik, keupayaan teknikal terperinci dan kepakaran kreatif untuk mempersembahkan muzik dalam pergerakan koreografi.

Ada 4 kategori : Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Berpasangan dan Ice Dance.

Peserta perlu mempersembahkan tarian permulaan yang singkat dan peluncuran bebas/tarian bebas.

Tarian permulaan dalam masa 2min40saat (+/- 10saat) dan wajib mempersembahkan mengikut syarat di atas.

Tarian bebas Wanita untuk 4minit (+/- 10saat), Tarian Luncur Ais Lelaki dan Berpasangan untuk 4min30saat (+/- 10saat).

 3 ahli panel teknikal dan 9 juri menilai persembahan dan memberi pemarkahan.

Jumlah mata dari Persembahan Tarian Permulaan dan Luncur Bebas adalah penentu keputusan terakhir.

ISU Four Continents Figure Skating Championship, yang akan berlangsung pada 14-19 Februari 2018 di lokasi Gangneung Ice Arena bakal menyaksikan julung kalinya acara kejohanan setelah siap dan lengkap lokasi baru Olimpik ini.

Lama jugak kami kat event ni. sampai petang kot…

(Budnamu Brewery)

Dari Gangneung Ice Arena kami Dinner di Budnamu Brewery. Kat sini kami makan Calzone, Gorgonzola gnocchi, Feta cheese salad, Chipotle prawn and Fish & Chips. Lebih kepada ala ala western. Menariknya di Budnamu Brewery ni cafe ni ala hipster. Kalau nak coffie2 petang-petang sesuai sangat sebab cantik kedai dia. 

Budnamu Brewery : Calzone, Gorgonzola gnocchi, Feta cheese salad, Chipotle prawn and Fish & Chips

  • 1961, Gyeonggang-ro, Gangneung-si, Gangwon-do
  • 033-920-9380

(Anmok Coffee Street)

Destinasi seterusnya kami ke  Anmok Coffee Street. Kedai dia agak unik dan boleh dikatakan agak popular di Korea. Kedai ni terletak tepi laut. Tapi masa kami datang tu waktu malam so tak nampak laut sangat. Maybe kalau datang petang cun. Kat sini ada macam-macam jenis kopi. Kalau korang peminat kopi tu boleh lah datang. Kopi kat sini semuanya di proses kat sini gak dari biji tu hinggalah jadi air kopi. Kedai ni bermula dengan 1 je, selepas 5 tahun kat sini dah ada lebih 20 buah mesin kopi. Well having coffee beside white sandy beach and the beautiful blue sea is great right?

(Ojukheon)

#DAY3: Ojukheon

*Shooting Location for Drama “Saimdang, Memoirs of Colors” Ok lepas check out kami gerak keluar dari Gangneum dan terus ke Ojukheon. Kat ni pun antara hotspot kat area Gangwon ni sebab kat sini lah lokasi penggambaran drama Saimdang. Drama ni sedang di tayangkan kat TV sekarang. Aku tak pasti dah espisode berapa cuma semalam ada nampak kat Oh K Channel tu. Cerita ni combination antara zaman dulu-dulu dan zaman sekrang di Korea, Kira banyak flashback gittu…

Ojukheon House mendapat nama dari pokok-pokok buluh yang berwarna hitam di kawasan ni. Kat sini juga merupakan tempat tinggal keluarga Sim Saimdang pada tahun (1504-1551). Kat sini juga anak pertama Saimdang di lahirkan iaitu Yi I atau lebh dikenali sebagai Yulgok. Anak pertama Saimdang ni cukup genius dan merupakan penerima biasiswa pada zaman Joseon dan merupakan seorang ahli politik pasa zaman itu. King of Joseon, King Jungjong (1506-1544). Rumah ni juga merupakan rumah lama di Korea di bina sejak tahun 1963 lagi. Reka bentuk asal dikekalkan utuk tujuan sejarah.

Terlalu banyak kisah Saimdang ni kalau nak diceritakan mungkin aku kena buat satu entry khas utk Saimdang sahaja. So nak tau lebih lanjut korang pi tengok sendiri drama Saimdang tu. Oh ya kalau korang tengok duit korea harga 5000 Won dan 10000 Won adalah gambar anak beranak Saimdang lah.

(Seongyojang)

#DAY3: Seongyojang

Selepas ke Ojukheon kami ke satu lagi tempat penggambaran Drama “Saimdang, Memoirs of Colors”. Seongyojang adalah lokasi kediaman dahulu untuk Naebon Lee (1703-1781), keluarga terhormat Gangneung-si di daerah Gangwon-do. Dalam tahun 1967, ia diiktiraf sebagai tempat ke 5 mempunyai kepelbagaian ciri kebudayaan tradisional. Erti istilah “Seon”  dalam Seongyojang adalah bot. Tasik Gyeongpo berhadapan dengan Seongyojang pada masa ianya dibina dan boleh diakses dengan bot. Tasik Gyeongpo pernah suatu ketika mencecah jarak sejauh 12km.  Saiznya telah berkurangan sebanyak 4km sehingga kini dan kedalamannya juga telah berkurangan sebanyak 1-2 km. Difahamkan seramai 10 generasi keturunan Naebon Lee telah menetap di Seongyojang. KBS (Korean Broadcasting System) telah memilih lokasi residensi ini sebagai antara 10 lokasi paling kekal warisan di Korea selama kewujudan yang lebih 300 tahun lamanya.

Tempat ni sangat luas dan banyak tempat-tempat cantik. Aku suka seni bina rumah di dalam ni. Nampak sangat klasik. Kalau korang datang ke Wilayah Gangwon ni sila-sila lah singgah sini. Mereka kata kalau musim bunga lagi cantik sebab boleh tengok tempat ni bertukar macam-macam warna.

Dah habis belajar sejarah kat sini kami terus gerak ke PyeongChang sebab petang tu kami ada satu lagi Main Event iaitu FIS Snowboard World Cup 2016/17 dan Gala Dinner “PyeongChang Tourism Night” yang akan berlansung di Phoenix Ski Resort.

(FIS Snowboard World Cup 2016/2017)

#DAY3: FIS Snowboard World Cup 2016/17

Aku sampai kat Phoenix Ski Resort dalam jam 2.30 petang. Mula-mula sampai tu dah excited kemain dah sebab nampak salji. Lagipun resort ni terletak tepi bukit. Dari tingkat boleh nampak orang main snowboard. Resort ni dibuka untuk org main snowboard dari 7 pagi sampai lah 4 pagi. Tapi harga ikut waktu jugak. Biasanya waktu awal pagi dalam jam 2 – 4 pagi tu mahal sikit.  

FIS Snowboard World Cup 2016/17

Snowboard Halfpipe ialah acara di mana para atlet melompat, berpusing, dan berpintal di udara semasa mereka meluncur lintas bersilang halangan separa bulatan (bentuk seperti potongan paip separuh panjang).

6 juri akan menilai keseluruhan persembahan dari segi ketinggian, pusingan, teknik, tahap kesukaran dan mata penuh adalah 100.

Kedudukan atlet dinilai berdasarkan jumlah purata pemarkahan dari 4 juri setelah menolak pemarkahan tertinggi dan terendah.

Kedudukan terakhir atlet dinilai berdasarkan pemarkahan tertinggi selepas 2 kali persembahan

Memang seronok dapat tengok secara live event ni. Nampak agak scary sikit tapi best. Walaubagaimana pun kami sekejap jer kat sana dalam 1 jam kot. Pastu kami kena check in dah bersiap untuk Gala Dinner “PyeongChang Tourism Night”.

(Phoenix Sky Resort)

#DAY3:  Gala Dinner “PyeongChang Tourism Night”

Gala Dinner “PyeongChang Tourism Night” diadakan khas bagi mempromosi sukan olimpik musim sejuk tahun depan. Kira-kira 150 ATR (Authorized Ticket Reseller), agensi pelancongan dan media daripada 15 negara termasuk US, Jepun, Rusia, UK, Filipina dan lain2 dijemput untuk Gala Dinner kali ini. Turut hadir adalah Jeong Chang Soo (Presiden Korea Tourism Organization) bersama Lee Hee Beom (Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Musim Sejuk Olimpik Pyeongchang 2018), satu sesi temubual juaga telah diadakan untuk media antarabangsa dari Germany, UK, Austria, Australia, Rusia dan Filipina tentang persiapan dan aktiviti promosi Sukan Musim Sejuk Olimpik 2018 Pyeongchang. Pada masa yang sama, satu lagi sesi yang diwakili oleh KTO, Seoul Metropolitan City, Wilayah Gangwon dan 30 operator pelancongan diadakan untuk para ATR untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program pelancongan berkaitan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang.

Memang betul-betul Gala Dinner lah. Selain tu, ada juga persembahan tarian tradisi dari pihak kebudayaan korea yang memukau para penonton.

Habis Gala Dinner kali jalan-jalan dulu ambil udara sejuk disekitar Resort. Bukan selalu kot stay di resort macam ni. Tapi cuaca sejuk sikit lah eh sejuk banyak. Sambil-sambil tu kami layan orang yang main snowboard malam-malam tu. Ramai gila orang duk main snowboard. Kami hanya mampu tengok jer. Dalam jam 11 malam kami balik billik masing-masing dan malam ni sempat lagi kami melepak kat bilik aku sambil bergosip. Bukan selalu boleh jumpa diorang ni. Walaupun masing-masing baru kenal dan jumpa tapi kami bercerita punya lah panjang. Sampai jam 3 pagi baru habis sesi bergosip. 

(Alpensia Resort)

#DAY4: Alpensia Resort (Ski Jump Lounge)

Pagi-pagi dah checkout dari Phoenix Resort sebab hari ke-4 ni kami akan ke Alpensia Resort. Kat sini akan berlangsungnya acara Ski Jump. Kalau korang pernah tengok filem “Eddie The Eagle” Seorang pemuda yang begitu gigih nak masuk bertanding di sukan Olympic untuk acara luncur papan salji. Inilah acara dia. Acara ni agak scary sikit bagi aku. Banyangkanlah nak meluncur dari ketinggian 120m kot. Gila kecut perut. Kami sempatlah naik ke puncak 120m tu. Fuhhh gayat beb.. Boleh tengok seluruh PyeongChang kot kalau duk atas lu. Selain tu ada juga ketinggian 98m jugak.

Alpensia Ski Jump juga merupakan simbol kepada PyeongChang Winter Olympic. Terletak di Alpensia Resort, ianya merupakan lokasi asal untuk majlis pembukaan dan penutup sukan olimpik nanti. Tapi atas sebab-sebab tertentu lokasi ini hanya menjadi tempat acara ski jump jer. Stadium ni mampu terima sebanyak 13,500 penonton pada satu-satu masa dan dijangka siap sepenuhnya pada Jan 2018. 

Dah habis, kami lunch di Daegwallyeong Memilteul Hwangtaeguk. Sedap jugak makan kat sini. Licin kot. Paling best ikan pollack tu. Suka sangat, aku rasa macam ala-ala tomyam sikit. Lain-lain tu pun boleh lah tahan. Mungkin sebab deria rasa melayu dah bertukar jadi korean kot. Tu semua makanan korea dah boleh telan dah. Masa nak balik tu salji turun sekejap tapi tak lebat lah bolehlah merasa salji turun tu. 

Daegwallyeong Memilteul : Hwangtaeguk (Dried pollack soup) and Makguksu (Buckwheat noodle with spicy sauce)

  • 35 Olympic-ro, Daegwallyeong-myeon, Pyeongchang-gun,Gangwon-do
  • 033-335-5121

Habis lunch kami terus gelak ke Yongpyong Resort. 

(Yongpyong Resort)

#DAY4: Yongpyong Resort *Shooting Location for Drama Goblin

Yongpyong Resort ni antara resort pertama wujud di Korea. Dibina pada tahun 1975 dan pernah menjadi lokasi sukan musim sejuk di Korea. Untuk event Winter Olympic kat Yongpyong Resort ni akan di adakan acara slalom dan giant slalom. Selain tu kat sini juga menjadi lokasi drama popular Goblin dan Winter Sonata. Serius tak tipu kat atas ni memang cantik. Dengar kata masa bukan winter pun tempat ni cantik. Dari bawah nak naik ke puncak mengambil masa lebih kurang 30 minit kot dengan cable car. Nampak tak betapa tingginya puncak dia. 

Dalam episod 9 drama Goblin, Eun Tak kerja part time kat sini lah. Kalau korang masih ingat lah. Dalam drama Winter Sonata diorang shooting outdoor. Tempat ni hampair 99% diliputi salji. Seronok boleh shooting kat sini. Sejuk tu dah tak hirau dah sebab excited dengan sajli kat atas ni.

Tapi sayang kami kat sini sekejap jer. Dalam 20 minit. Sebab nak kejar untuk next event iaitu K-Drama Fiesta. Konsert macam ni kena sampai awal sebab jalan jem. 

#DAY4: K-Drama Festa in PyeongChang

Kali pertama dalam hidup aku tengok konsert. kat korea pulak tu memang rare je rasa, Hahah kat Malaysia pun aku x pernah tengok konsert. rasa jakun kejap. Tak pernah terlintas pun nak tengok konsert di Korea. Satu pengalaman yang luar biasa bila dapat tengok fanatiknya penyokong korea ni. Ada sampai menangis kot. Gila betol. Tu belum lagi part yang bila diorng datang serang ramai-ramai kat depan tu. Kalau boleh diorang nak naik atas pentas kot. 

Antara artis yang buat persembahan malam tu adalah 

  • LABOUM: (Winter Story, Fresh Adventure, Shooting Love)
  •  D.Holic: (Let’s Go To The World)
  •  Boys and Men: (Yamato Dancing)
  •  Gummy: (Song from Drama <That winter the wind blows> 2013, Song from Movie <Sunny> 2008, Love Recipe, You are my everything /Song from Drama <Descendants of the Sun> 2016)
  •  Kim Bum-soo: (Appear /Song from Drama <Secret Garden> 2011, Song from Drama <Saimdang, Memoirs of Colours> 2017 I miss you /Song from Drama <Stairway to Heaven> 2003) 
  • BTOB: (Beep, 2nd Confession, I’ll be your man, It’s Okay)
  •  Lyn: (My Destiny / Song from <My love from Star> 2014, Song from Drama <Saimdang, Memoirs of Colours> 2017)
  •  Astro: (Confession, Growing Pains, Breathless)
  •  EXO-CBX: (Hey Mama!, The One, For You /Song from Drama < Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo> 2016)
  •  Koguryo Band *Performed with Taegeuk (Percussion Band), Nam Su Jeong (Soprano) and Jeongseon county chorus (Special stage of Jeongseon Arirang)

 
Walaupun penat tapi tetap puas hati sebab kebanyakkan lagu yang dinyayikan adalah lagu lagu OST yang aku pernah dengar. Habis konsert ni kami terus balik hotel. Sebab cuaca sejuk sangat malam tu nak merayau memang tak lah. Malam tu kami menginap di hotel Hotel Atrium PyeongChang. Hotel ni hotel baru buka. Besar dan puas hati menginap kat sini. Bilik luas gila pastu view cantik sebab nampak bukit penuh salji.
#DAY5: SkyRanch

Pagi-pagi lagi kami dah checkout dan terus breakfast. Hari kelima ni kami dah nak gerak ke Seoul dah tapi sebelum tu masih ada 2 lagi tempat yang kami perlu singgah di PyeongChang ni. Salah satu tempatnya adalah SkyRanch. Ditubuhkan pada 1974, Sky Ranch ini mempunyai sejarah berusia 40 tahun dengan ladang ternakan besar sehingga 900juta. Pada masa sekarang, sejumlah 400 lembu Holstein diternak di sini bersama ratusan lembu hanu (Lembu Korea) dengan kaedah mesra alam. Ladang ternakan ini terletak di kawasan tanah tinggi, cuaca sentiasa selesa sehinggakan waktu musim panas pun sangat sesuai untuk bersiar2.

Kat atas tu cuaca berangin gila. Dah lah sejuk nak mati kat atas tu. Mampu bertahan duk kat luar selama 10 minit je

(SkyRanch)

Paling best kat sini aku sempat main gelongsor atas ais tu. Dah lama mimpi nak main gelongsor atas ais tu maklumlah kat malaysia tak der. Walaupun nak gelongsor tu pakai guni je tapi tetap seronok sebab atas ais. Ada juga pelampung untuk gelongsor lagi laju turun kalau guna pelampung tu. Serius rasa macam kanak-kanak sangat masa tu. tak hirau dah sejuk sejuk pun yeng penting boleh main gelongsor atas ais tu.

(Luncur atas ais sambil pegang go pro ala2 Azwan Ali)

Dah habis jadi kanak-kanak kami lunch Bibimbap di Jeonggangwon. Bukan sahaja boleh makan Bibimbap tapi kami boleh tengok secara live in the making of bibimbab. Bibimbab ni agak popular jugak. Hasil gabungan nasi dan macam-macam jenis herba dan sayur. Aku kalau kat Malaysia tak makan bibimbap tapi tak tau kenapa bibimbap kat sini aku boleh habiskan. Sama ada lapar atau bibimbap sini sangat sedap. 

Jeonggangwon : Bibimbap

  • 21 Baekokpo-ri, Yongpyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do
  • 033-333-1011

(Cheese hasil tangan aku!!!)

#DAY5: Uiyaji Village: Cheese Making

Terletak di kawasan tanah tinggi di daerah Pyeongchang di mana bakal berlangsungnya Kejohanan Olimpik Musim Sejuk, Uiyaji Baram Maeul (Uiyaji Wind Village) adalah kampung pergunungan di kemuncak Daegwatllyeong. Di Uiyaji Wind Village, sesiapa pun dapat merasakan pelbagai aktiviti seperti membuat keju atau asikrim di samping melihat pemandangan indah kincir angin tersergam di atas permukaan beku. Juga, pelawat dapat mencuba berbagai jenis makanan termasuk memil-mandu (dumpling gandum), ongsimi-kalguksu (mee yang dipotong dengan pisau buatan tangan beserta sup doh), gamja-jeon (lempeng kentang), memil-kalguksu (mee gandum), sanchae-bibimbap (sayur bibimbap berempah) dan macam2 lagi.

Kat sini juga kami belajar buat cheese. Seronok jugak boleh buat cheese ni biasa tau makan jer. Cheese ni banyak jenis tau ada beratus jenis. yang kami buatni cheese yang pertama kali wujud. Dibuat menggunakan susu kelas AAA. Mudah je buatnya kalauikut step yang dia ajar tu. Rasa dia pun boleh tahan sedap. Tak macam cheese kat kedai tu. Depa kata kat sini boleh cecah suhu sehingga -30 atas puncak tu.

#DAY5: Transfer to Seoul

Dah habis dah kerja kami di wilayah Gangwon. Masa untuk bertolak ke Seoul. Dengan menaiki bas ianya mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Nanti bila dah siap train dari Seoul ke PyeongChang hanya dalam masa 1 jam setengah jer. Dalam bas aku tidur jer. Sedar-sedar je dah sampai Seoul. Penat woo 5 hari aktiviti padat gila. Sampai di Seoul dah petang dah. Hujan pulak waktu tu bertambah lah perut ni lapar. Kat Seoul sebelum check in hotel kami dinner siap-siap.

Goryeo Samgyetang : Samgyetang (Ginseng chicken soup)

  • 1 Seosomun-ro, Jung-gu, Seoul Metropolitan city
  • 02-752-9376

Kalau mencari restoren halal di Seoul boleh cuba makan di Goryeo Samgyetang : Samgyetang (Ginseng chicken soup). Jangan risau ada sijil halal cuma kena tempah nak ayam halal. Nanti dia asingkan dan ayam tu dibeli khas dari Itaewon. So tak payahlah hari-hari nak pergi Itaewon kalau stay kat Seoul untuk cari makanan halal. kat Seoul pun ada. 

Dah kenyang kami terus check in di Ibis Hotel MyeongDong. Strategik sangat hotel ni sebab sebelah dengan Myeongdong. Myeongdong ni kalau korang datang seoul memang wajib singgah dan kat sini ramai pelancong dari Malaysia. Kiri kanan ko akan jumpa orang malaysia. 

Malam tu dah jadi malam terakhir kami di Korea sebab esok dan nak fly ke KL dah. Sedih rasnya. So malam tu kami jalan-jalan sekitar Myeongdong dan lepas tu gi shopping kat Naemdaemun market. Kat sini banyak barang-barang murah kalau korang nak shopping. Lama juga kat sana sampai jam 12.30 pagi kot shopping. hahha market ni buka sampai jam 5 pagi. Akibat shopping tak hingat dunia terpaksa balik jalan kaki dari Naendaemum ke Myeongdong. 40minit gak jalan kaki sebab train dah tak der. Nak naik teksi mahal sangat. So jalan kaki je lah.

(K-Style Hub)

#DAY6: K-Style Hub Experience

Hari terakhir di bumi Korea Selatan. Pagi-pagi lepas breakfast kami terus ke K-Style Hub Experience. K-Style Hub Experience merupakan pusat informasi untuk pelanocng dapatkan segala jenis info di seluruh korea selatan sahaja. Kalau cari info pasal korea utara sila berambus dari sana ye. Hehe. Paling aku suka kat sini ianya bukan sehaja pusat informasi tapi korang boleh buat macam-macam kat sini. Banyak daya tarikan kat sini. Ada juga games jenis hologram untuk bergambar dengan artis-artis korea. Kalau nak bergambar dengan pakaian tradisional korea pun boleh datang sini. 

Lepas habis pusing-pusing dalam K-Style Hub Experience kami lunch di Hummus Kitchen. Ramai jugak orang kat sini. Kena buat tempahan dulu sebelum datang sebab ramai sangat orang dan yang penting kat sini Halal. 

Hummus Kitchen :

  • Kebab sets, assorted pizza, avocado and salmon and steakKebab sets, assorted pizza, avocado and salmon and steak
  • # 405, D Tower Replace Ganghwamun, 17 Jongno3-gil, Jongno-gu, Seoul Metropolitan City
  • 02-2251-8400

(Hummus Kitchen : Kebab sets)

#DAY6: Move to Incheon International Airport

Dengan itu berakhir sudah trip kami kali ini. Rasa macam sekejap jer. Apapun kami sangat seronok sepanjang kat Korea. Walaupun agat padat tapi semuanya berbaloi. InshaAllah lepas ni nak datang lagi ke Korea. Semoga di jemput sekali lagi ke Korea oleh pihak KTO. So korang Winter Olympic 2018 tak lama dah. Dah boleh mula beli tiket. Masa ni lah nak merasa winter olimpik sebab lepas ni tak tau bila dah akan ada kat asia. 

Akhir kata aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pihak KTO Malaysia atas trip yang awesome ini. Seronok sangat. Nanti jemput lagi ye. Thanks also to Gangwon Province for all the event. We are really enjoy it. 

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge