Home South Korea PyeongChang FAM Trip 2018 PyeongChang Olympic Site Tour South Korea – Part 1

FAM Trip 2018 PyeongChang Olympic Site Tour South Korea – Part 1

3351
4
Jimunjin Breakwater (Scene Goblin Drama Ep 1)

FAM Trip 2018 PyeongChang Olympic Site Tour South Korea. South Korea merupakan destinasi paling latest buat aku so far. Berbeza kali ini aku ke Korea dibawah FAM Trip anjuran Korea Tourism Organization Malaysia (KTO). Bersama aku ada lagi 19 orang rakan media terdiri daripada beberapa media tempatan antaranya dari Sinar Harian, Utusan Malaysia, Backpackerz Magazine, Hype Malaysia, Malaysia Kini, K-Poperz dan ramai lagi.

Kira FAM Trip kali ni merupakan trip ke 3 tak silap yang aku join. Istimewanya trip kali ini kami di bawa ke Gangwon Province salah satu wilayah yang terletak di timur Korea Selatan. Bila pergi kat sesuatu tempat yang rare ni aku jadi excited sikit. Maklumlah orang malaysia kalau ke Korea memang target Seoul, Busan, Jeju Island jer. So aku bawakan khas buat korang kali ini trip ke Wilayah Gangwon.

Di dalam wilayah Gangwon ni ada beberapa bandar. Antara yang popular adalah Pyeongchang, Gangneum dan Jeongseon. Dari segi geografi wilayah Gangwon ni terletak di sempadan dengan Korea Utara yang tengah hangat diperkatakan akibat masalah hubungan diplomatik dengan Malaysia setelah kes pembunuhan warga korea utara di KLIA2. Ok aku tak nak cerita banyak hal tu nanti kan jadi macam surat khabar pulak.

Kita biarkan dulu cerita Malaysia – Korea Utara. Kita fokus kepada FAM Trip. Tujuan utama trip ni adalah untuk Site Tour sempena Winter Olympic 2018 yang akan berlansung di 3 bandar-bandar yang aku sebutkan tadi. Sebagai tuan rumah iaitu PyeongChang sekarang sedang rancak menjalankan promosi mengajak orang ramai datang ke Gangwon Province ni.  Terima kasih aku ucapkan kepada pihak KTO untuk FAM Trip ini.

2018 PyeongChang Winter Olympic akan di adakan sekitar februari 2018. So kalau korang nak plan untuk datang ke Gangwon Province ni eloklah datang pasa Februari nanti. Lepas ni tak tahu bila lah winter olympic akan di adakan di asia pulak. Dah alang-alang dekat boleh lah plan dari sekarang. Sebenarnya bukan sahaja Winter Olimpik tarikan yang ada di Gangwon Province ni banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di sini. Kalau korang sejenis kaki K-Drama korang wajib datang. Sebab kat sini banyak menjadi tempat-tempat untuk shooting drama.

View from hotel

Antara drama-drama korea yang pernah shooting kat sini adalah drama Goblin, Winter Sonata dan Saimdang.

Dari Incheon Airport ke Gangwon it take about 3 hour by Bus. Begitu juga kalau dari Seoul. Tapi korang boleh juga naik train direct dari Seoul ke Gangwon. Ianya hanya mengambil masa dalam 1 jam 30 minit sahaja. Tapi so far aku tak pasti train ni dah siap ke belum kalau belum siap ianya dijangka siap sebelum berlangsungnya Winter Olympic 2018.

Kami di sana selama 7 hari. Bertolak malam 14 Feb dari KLIA dan tiba di Incheon Airport dalam 7 pagi. Pernerbangan menggunakan Korean Air mengambil masa selama 7 jam.

Untuk entri kali ni aku tak nak cerita detail sangat tentang itinerary aku just nak bagi summary antara tempat-tempat yang sempat kami singgah. Untuk full itinerary ke Gangwon aku akan kongsikan untuk next blogpost.

Susu Pishang. Aku tak faham kenapa org Malaysia obses sgt dengan susu ni

#DAY 1: Incheon Airport 

Bila dah touch down Incheon Airport kami terus gerak ke Gangneum by Coach. Dalam perjalanan kami di beri sedikit briefing dari pemandu pelancong Miss Angela tentang perjalanan kami sepanjang kami di Korea. Sepanjang perjalanan ke Gangneum aku rasa, aku banyak tidur jer dalam bas. Mengantuk woiii. Tido dalam flight apa lah sangat kan…Hahaha

Sonamujib Chodang Sundubu : Sundubu Jjigae (Soft Tofu Steamboat)

Destinasi pertama kami sudah tentu restoren sebab masing-masing dah lapar. Mula-mula tu risau gak takut taste orang Malaysia ngn Korea ni berbeza sikit. Hehhe. Tapi Alhamdulillah restoren pertama untuk lunch ni boleh lah sekadar nak mengeyangkan. Restoren untuk Lunch kami di hari pertama adalah Sonamujib Chodang Sundubu : Sundubu Jjigae (Soft Tofu Steamboat). Boleh lah masuk perut. Macam telur masak tomyam pun ada rasa dia. 

Restaurant: Sonamujib Chodang Sundubu : Sundubu Jjigae (Soft Tofu Steamboat)

  • Address: 95-5, Chodang Sundubu-gil, Gangneung-si, Gangwon-do
  • Tel: 033-651-1356

 

PyeongChang 2018 Olympic Centre.

Dah setel makan-makan tu kami terus gerak ke PyeongChang 2018 Olympic Centre. Olympic Centre ni kiranya pusat infomasi berkenaan dengan olimpik musim sejuk 2018 nanti. Kat sini korang boleh tanya macam-macam tentang olimpik. Ada juga demo tentang permainan yang akan di adakan untuk sukan olimpik musim sejuk. PyeongChang 2018 Olympic Centre ni ada 3 building. Aku sempat masuk satu building je. Kira main building lah.

Jimunjin Breakwater (Scene Drama Goblin)

Dah dapat semua info-info penting tentang Winter Olympic 2018 kami gerak ke next destination iaitu Jimunjin Breakwater. Kat sini antara hotspot kalau kat Gangneum ni. Sebab dia, kat sini merupakan lokasi penggambaran drama korea popular iaitu Goblin – Guardian: The Lonely and Great God. Kalau korang layan drama Goblin ni kat sini ada scene untuk Episode 1 dan Episode akhir. Dalam episode ni ada scene Goblin bagi bunga kat Eun Tak. Then kat sini jugak tempat pertama kali diorng jumpa semasa Eun Tak besar. Eh banyak pulak rasa nak nak cerita pasal drama Goblin ni. Hehhe Maklumlah aku pun layan drama ni sebelum aku ke Korea lagi. Korang nak tau lebih lanjut pi tengok sendiri. Tapi jangan menyesal lak sebab cerita ni sangat best. Ada 17 episode. 

Dekat sejam setegah jugak lah kami duk kat sana. Beratur kot orang nak amik gambar kat sini, Hahaha. Yang best siap boleh sewa scaf merah dan bunga lagi kat sana. Harga scaf 2000Won dan Bunga pun 2000Won. Dalam RM6 – RM7 lah…. Kalau nak tau kenapa boleh sewa scaf kerana dalam scen Goblin tu Eun Tak ada pakai scaf merah. 

Jumunjin Fish Market

Dah habis bergambar kat sana, kami ke Jumunjin Fish Market. Kat sini memang semua makanan laut segar-segar belaka. Dah macam masuk aquarium pun ada gak. Sotong, ikan, ketam tu kalau korang nak beli baru diorng tangkap dalam aquarium tu. Tak pun korang leh pilih dan tangkap sendiri. Kalau kat Malaysia, tempat ni macam pasar kat Sabah tu. Aku lupa apa dah nama pasar kat sabah tu. Eh korang kalau datang Gangneum tu mesti datang Fish Market gak ya…

Kat Fish Market tu pun kami tak beli apa pun. Hhahah kang kalau beli ikan ada yang akan masak dalam hotel nanti kang…

Restaurant: Daegewangguk  (Steamed snow crab + Fried rice + Ramyeon)

  • Address: 55, Saecheonnyeon-doro, Samcheok-si, Gangwon-do
  • Tel: 033-573-8185

Dah habis kat Fish Market tu kami gerak ke Restoren kedua kami untuk Dinner di hari pertama. Jarak dia tak jauh pun dari Fish Market. Restoren untuk dinner adalah Daegewangguk : Steamed snow crab + Fried rice + Ramyeon. Ni restoren makanan laut. Serius memang puas hati makan kat sini. Kat sini kami makan ketam. Ketam bapakk punya besar. Aku tak pernah makan ketam sebesar ni seumur hidup aku. Ketam pula fresh gila. Selain ketam tu ada lagi makanan lain. Standard masakan Korean lah. banyak side dish….Overall memang puas hati gila makan kat sini. kalau nak compared dengan harga ketam kat Malaysia jauh kat sini lagi murah. 

Samcheok Sol Beach Resort

Perut sudah kenyang, mata mulalah nak tutup. So lepas dinner kami gerak ke Hotel. Hotel kami di hari pertama adalah Samcheok Sol Beach Resort. Hotel 5 star kot. Selesa tu tak payah cakap lah. Lagi best, kat hotel ni macam dalam Mall. Kat bawah tu ada macam2 kedai yang ada dalam Mall tu. Then lokasi lak tepi pantai. View dari bilik sangat Ohsem. Cuma tak leh buka tingkap sebab sejuk gila kat luar. Tengah winter kan faham faham lah. Kan ada yang mati kebekuan sat lagi. Kami stay di Hotel ni selama 2 malam. 

Ok lah… Dah habis hari pertama. Rasa panjang pulak hari pertama ni. Hehhe. Ok lah nanti aku sambung untuk hari kedua lak. Sebab panjang sangat dah ni entri kali ni. Hahah awal-awal menaip ingat nak wak summary je. 

Sambung di hari Kedua…..

Ni sedikit gambar -gambar sepanjang hari pertama kami di sana..

PyeongChang 2018 Olympic Centre.
tetiba rasa nak makan sotong bakar lepas tengok pic nih
Jimunjin Breakwater.
Jimunjin Fish Market
Jimunjin Fish Market
Jimunjin Fish Market
Samcheok Sol Beach Resort

Ketam di Restaurant Daegewangguk
Test Event untuk 6 hari di sponsor oleh Korea Tourism Organization (KTO) dan Gangwon Province

4 COMMENTS

  1. wuuu kingkrabbb!! macam nak pergi sana pula nti . heheeh aneyong seoo …. ye la .. biasa dengan pulau nami , jeju , seul tu je.. bnyak tempat lagi sebenarnya kan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge