F&A Qiblat Sensor Watch Sesuai Untuk Travel

#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI

F&A Qiblat Sensor Watch

F&A Qiblat Sensor Watch Sesuai Untuk Travel. Aku ni kalau bab jam memang gila. Dalam koleksi aku tu dah macam-macam jenis jam aku kumpul. Aku pun tak tau kenapa aku suka sangat kumpul jam. Padahal sekali pakai satu jer. Cuma kalau boleh aku suka hari hari tukar jam. Ikut kesesuaian tempat atau event yang aku nak pergi.

 

Kalau jam untuk majlis formal aku akan pakai jam warna hitam + gold sebab akan naikan seri orang kata. Kalau aktiviti lasak atau pulau aku akan bawa jam ringan dan tahan lasak. Dan untuk travel pulak aku akan pakai F&A Qiblat Sensor Watch. Jam ni adalah jam paling latest aku dapat. Baru sebulan aku pakai. So far Alhamdulillah aku suka pakai jam ni lagi lagi untuk travel.

 

PyeongChang, South Korea

Kenapa F&A Qiblat Sensor Watch?

 

Ok ni sebab sebab F&A Qiblat Sensor Watch jadi pilihan aku bila travel. Bila travel ni korang kena faham kita nak minimun kan barang barang yang kita bawa termasuklah barang barang yang kita pakai kat tubuh. Dari segi baju, kasut dan accessory memang kena ringan dan smart. Thats why aku pilih jam ni. Bukan setakat ringan, design jam ni pun dah nampak simple dan smart. So kalau pakai tu orang tak nampak jam plastik pun.

 

Lagi satu ciri ciri pemilihan jam ni korang kena selesa dengan tangan korang sebab korang nak pakai bukan sejam dua. So selesa tu penting. Aku kalau pakai jam ada rasa sakit kat tangan tu aku akan masukkan dlm kotak je jadi perhiasan. berlainan jam ni aku tak rasa sakit pun. Rasa macam tak pakai jam. 

 

READ  INI ENTRY COOL BUKAN ENTRY HOT

Paling penting jam ni adalah based on Islamic. So bagi kita kita ni yang muslim dan musafir, jam ni ada Qiblat sensor. Walau kat mana mana kita berada senang nak tgk Qiblat. Mungkin kalau korang stay kat Hotel di Malaysia tak der masalah sebab setiap hotel aku rasa ada sign Qiblat. tapi kalau korang travel ke luar negara jam ni akan memainkan peranan penting. Korang boleh check Qiblat dgn tepat. 

 

Selain tu, Jam ni juga boleh set waktu solat. Lokasi korang boleh tukar secara manual since jam ni bukan smart watch. Apa korang kena buat just pilih lokasi yang korang berada. Satu dunia kot Sebab jam ni dah di programkan utk digunakan seluruh dunia.

 

 

5 + 1 SEBAB KENAPA ANDA MESTI MILIKI JAM F&A™ QIBLAT SENSOR

  • Teknologi QIBLAT SENSOR yang pertama di Malaysia. Anda hanya perlu tekan QIBLAT SENSOR, dan jam ini akan menunjukan arah kiblat secara automatic ‘LIVE’ seperti digital compass
  • Arah kiblat 3x lebih tepat dari compass biasa. Ketepatan menggunakan GPS coordinate sebagai asas lokasi anda menjadikan ia tepat dan yakin arah solat anda. Diuji khas dengan alat piawaian Mufti Negeri.
  • Waktu Solat automatik di bandar utama seluruh dunia. Di programkan khas lebih dari 1000 bandar utama. Kini, anda tidak perlu risau lagi untuk solat di awal waktu. Dilengkapi dengan system alarm yang akan berbunyi apabila setiap kali masuk waktu solat.
  • Dilengkapi dengan semua surah dan ayat Al Quran untuk memudahkan anda menanda surah dan ayat terakhir bacaan anda. Mudah untuk anda travel.
  • Satu satunya jam di dunia ini yang mempunyai kelebihan mampu mengukir nama anda. Jadikan keunikan jam ini sebagai identiti diri anda.
  • Kini dilengkapi dengan Taqwim Malaysia – waktu solat yang lebih tepat bagi Malaysia, Singapura & Brunei Darussalam.
So jam ni memang sesuai utk muslim travel mcm kita kita ni. hehe.
 
Travel tu memang menyeronokkan tapi lagi seronok sepanjang kita travel kita jaga solat. Dengan solat yang terjaga kita boleh mendekatkan diri dengan Pencipta. Bukan dengan manusia jer kena jaga hubungan ni tau..

 

READ  10 Perkara Wajib Ada Pada Lelaki Zaman Sekarang

HARGA – RM 420.00

  • Specification       : 47.4mmx47.4mmx15.6mmx240mm
  • Battery                 : Maxell battery CR2032
  • Movement           : Japan
  • Material               : Steel keel and plastic resin strip
  • watch weight       : 0.069KG
  • Case and watch  : 0.28KG
  • water resistance : 3 ATM
  • Glass                     : FSTN
KESIMPULAN
Kesimpulannya jam ni memang sesuai utk musafir. Senang nak tgk waktu solat dan arah Qiblat selain selesa dan design yg cantik….So kalau korang berminat nakbeli ke usha ke boleh ke www.fawatch.com.my. Lagi satu jam ni ada timer 30 minit selepas masuk waktu solat. So kita akan sentiasa alert utk solat awal waktu. 

Related Post

THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting)Samurai Wifi
SUPPORT BY:
#kelabbloggerbenashaari
POWER BY:  
Malaysia Tourism, Korea Tourism Organization, Skyscanner, Wonderful Indonesia

3 Comments on “F&A Qiblat Sensor Watch Sesuai Untuk Travel”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge