SHARE
GT Mobile GT-888 Review

GT Mobile GT-888 Review. Baru baru ni aku berpeluang untuk review satu model smartphone dari Singapore. Katanya smartphone ni baru di keluarkan jer. Dah lama rasanya tak review gadget ni. So sebagai permulaan tu aku review dari segi pengalaman aku sepanjang menggunakan smartphone dari GT Mobile GT-888. 

Pandang pertama aku tentang GT Mobile ni nit bad lah.Dari segi design dan luaran boleh tahan. Warna grey screen 5.5 inci. Agak besar sikit tapi ringan, then nipis sikit. Kamera depan 5MP. Klau nak selfie tu sesuai lah. Manakanla kamera belakang adalah 8MP. Satu lagi yg aku rasa agak boleh tahan bila ambil gambar semasa low light. Not bad lah. Nak kata excellent maybe kena naik taraf banyak lagi.

Cip pemprosesan Mediatek MT6735P dengan kelajuan 1.00 GHz daripada 4 teras kelajuan. RAM sebesar 2Gb dan saiz storan sebesar 16Gb dimuatkan kedalamnya untuk memberikan kelancaran serta kepuasan yang lebih kepada pengguna.

Dari segi bateri pula, ia dilengkapi dengan bateri sebesar 2,550mAH. Yang mana berdasarkan pengalaman aku menggunakannya selama beberapa hari, boleh dikatakan ia mampu bertahan selama 1 hari penuh. Serta, panel di bahagian belakang peranti GT Mobile ini juga boleh dibuka. Sekaligus membenarkan pengguna untuk menukar bateri tanpa peralatan khas sekiranya didapati bateri itu bermasalah.

Overall smartphone ni bagi aku boleh laaa….Kalau tak silap ni keluaran ketiga dari GT Mobile. Harga pula 400 SGD. Anyway terpulang kat korang lah nak buat pilihan. Secara jujur bagi aku agak mahal sikit dari segi harga. Performance boleh lah. Design pun ok juga. Dan apa yg aku nak highlight untuk GT Mobile GT-888 ni adalah ringan & fast charging. Lain2 aku rasa standard smartphone di pasaran. 

Bagi pengguna iOS mcm aku sejak 8 tahun lepas lagi mengguna android ni agak kekok sikit. Namun ianya tak mendatangkan sebarang masalah.

GT Mobile GT-888

Jadi, sekiranya korang juga berminat untuk memiliki telefon pintar GT Mobile ini, boleh dapatkannya melalui laman web www.gtmobile.sg. Harga yang dijual adalah SGD400, bersamaan dengan RM1200+ sahaja.

Perlukan Khidmat Translation untuk blog? Jom ke veqta.com semua bahasa boleh di translate. Bahasa Alien pun boleh!!

#TIPTRAVEL: Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum travell! Boleh kongsi ramai-ramai. Boleh pickup di KLIA/KLIA2. Antara negara yang aku pernah guna Samurai Wifi adalah Eropah, Jepun, Indonesia, Thailand, South Korea, Mauritius, New Zealand dan Australia TravelRecommends Pocket Wifi aku dah guna di Eropah dan South Korea! Boleh sewa DISINI RoamingMan Pocket Wifi aku dah guna di Jepun! Boleh sewa DISINI

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge