Home General Advertorial & Contest Set Travel Cosmoderm Pilihan Ketika Melancong

Set Travel Cosmoderm Pilihan Ketika Melancong

2256
8

 

Set Travel Cosmoderm Pilihan Ketika Melancong.  Bagi seorang yang suka travel krim atau lotion memang akan sentiasa ada didalam list travel untuk di bawa. Tak kisahlah destinasi korang tu tempat sejuk atau panas krim cosmoderm bagi aku memang wajib ada dalam beg travel aku.

 

Bukan nak mengampu atau di bayar ke apa tapi secara jujur dan ikhlas set travel cosmoderm memang banyak membantu aku di setiap destinasi aku pergi. Last aku pergi ke Mauritius. Salah satu pulau yang terletak di benua africa. Korang bayangkan panas macam mana. Di pulau kat asia yang bercuaca katulistiwa ni pun dah panas, ni pulau di benua africa. Aku memang tak dapat di gambarkan. 5 hari aku kat sana memang terasa bahangnya. tapi nasib baik aku bawak losyen dari cosmoderm. Ada lebihan lagi lepas bawak balik dari eropah.

 

Selama aku 40 hari di Eropah pun set travel cosmoderm ni aku bawa. Dalam set ni ada 3 + 1 jenis losyen. Antaranya Tea Tree Oil, Moisture Cream, Vitamin E Cream dan +1 Deep Heat Lotion. Semuanya memang berguna. Paling aku suka adalah Deep Heat Lotion. Maklumlah bila travel ni kita banyak berjalan dan pikul beg berat. So balik hotel selepas mandi sapu lotion ni kat belakang dan betis. Fuhhh berangin dan panas sikit tapi dapat melegakan mana mana yang lenguh tuh. Bangun pagi esok kompen segar balik.

 

Teringat lagi masa dekat Milan, Itali. masa tu aku tersalah bantal orang kata. Bangun pagi tengkuk rasa sakit. tak boleh nak toleh kiri kanan. nasib baik ada deep heat lotion ni boleh lah sapu sementara beli plaster. pastu satu lagi masa aku naik train dari Prague ke Budapest. Aku sakit kepala sebab lama dalam train. Sapu sikit lotion ni hilang sekejap.

 

 

Cream Vitamin E pula untuk intense Moisture. yang ni aku pakai kat muka sebelum tidur bagi mengelakkan kulit muka kering. Cuaca kat Eropah sejuk. So kulit orang asia macam kita ni memang cepat sangat kering. Bila kat Mauritius pula cuaca yang panas pula mudah membuatkan kulit kita terbakar. Susah kan..Hehhe panas pun tak boleh sejuk pun tak boleh…Patutlah kulit orang asia ni cantik cantik.

 

Magic Body Lotion Tea Tree Oil pula aku guna kat badan. Serius nak cakap ni kalau tempat sejuk terutama kat eropah kulit akan jadi merekah tau. pastu akan rasa gatal gatal. Nak tidur pun tak selasa. So aku sapu lotion ni sedikit sebanyak boleh kurangkan rekahan dan gatal gatal.

 

Bagi korang yang ada maslah tumit merekah sebab banyak berjalan tu boleh pakai Therapy Cream. yang ni amat sesuai untuk tangan yang kering dan juga kaki merekah. Aku hari tu tak guna sebab tak pernah alami tumit merekah.

 

Set Travel Cosmoderm ni dah memang seusai untuk bawak travel. So tak payah risau untuk bawa atas flight sebab semua kuantiti lotion ni bawah 100ml.

 

Bagi korang yang nak beli Lotion Cosmoderm ni boleh beli di farmasi atau boleh juga order secara online di laman web rasmi Cosmoderm.com.my. Sekarang pihak Cosmoderm keluarkan khas set Umrah dan Haji dengan hanya RM60.00 termasuk GST.

 

 

SET UMRAH DAN HAJI COSMODERM

Set ini diformulasi khas untuk jemaah Umrah dan Haji, ia bebas haruman bagi kegunaan ketika di dalam ihram. Set mini yang mudah dibawa untuk kegunaan sekeluarga.
  1. Vitamin E Cream 3,000iu (50ML) – Melembapkan kulit wajah yang kering
  2. Tea Tree Oil Magic Body Lotion (60ML) – Memberikan kesegaran dan meredakan kegatalan kulit akibat cuaca panas kering atau dingin kering di Tanah Suci
  3. Advanced Moisture Therapy Cream (50ML) – Memulihkan tumit kaki yang merekah dan meredakan kepedihan akibat rekahan, boleh digunakan ketika Saie.
  4. Vanity’s Favourite Deep Heat Lotion (100ML) – PERCUM – Melegakan otot-otot yang lenguh akibat berjalan jauh.

6 kelebihan menggunakan set Umrah Dan Haji ini :

  1. Tidak mengandungi wangian
  2. Tidak mengandungi Paraben
  3. Saiz kompak dan mudah dibawa bersama kemana mana
  4. Boleh digunakan ketika ihram
  5. efektik dan pelbagai fungsi
  6. Mempunyai sijil Halal dari Jakim.

 

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge