5 Cara Ambil Gambar Cantik Ketika Travel Solo. Sejak akhir akhir ni banyak pulak soalan tentang cara ambil gambar cantik masa travel, lagi lagi bila aku travel sensorang. Bukan nak kata gambar aku cantik tapi mungkin lah kan gambar2 aku tu nampak macam ada orang tolong ambil kan dalam erti kata lain macam aku tak travel sorang. Apabila kita travel solo ni kita perlu kretif utk dapatkan pic yg cantik. Ya lah bila kita travel ni gambar sangat penting. Nak lah jugak post gambar travel cantik-cantik kan dekat facebook dan instgram. Tak cukup tido pun tak kisah janji gambar meletop. Sebab tu kalau kita tengok sekarang banyak kes viral selfie atas bumbung bangunan, atas mercu tanda ipoh, gambar masa berak, gambar masa fly.

 

Dulu dulu hanya photographer jer yang mampu ambil gambar cantik sebab diorng ni belajar tentang photography dan diorang memaximumkan penggunaan kamera. Tambahan dengan support kamera yg berkualiti. Hasil gambar diorang memang tiasa bandingan.

 

Dulu dulu bagi aku “depa ada kamera mahal patutlah gambar cantik”. Memang tak dinafikan kamera berkualiti dan mahal ni cantik tapi skill ambik gambar pun memainkan peranan penting hokey. Aku masih igt lagi tahun 2015 aku gi Maldives gambar aku teruk kena kutuk sb buruk. Hahha serius kecik hati weh masa tu. Tapi aku belajar dari pengalaman…Aku cuba belajar basic tentang pothography ni. belajar dari member member je. Tak mampu nak masuk kelas.

 

Budapest

Berbekal dengan CANON G1X MARK II dan GO PRO serta IPHONE 7. Aku cuba ambil gambar terbaik sepanjang aku travel untuk tahun 2016 dan 2017. Alhamdulillah gambar aku byk peningkatan kata member member la…hahaha at least tak der lah aku amik gambar kat Tokyo tapi nampak macam Putrajaya dah..

 

Sepanjang aku travel 2016, aku banyak travel solo. Dan soalan paling banyak aku terima adalah “Cara ambil gambar cantik ketika travel solo”. Selain tu soalan tentang kerja aku pun boleh tahan banyak aku dapat. tapi tu cerita lain. Ni aku nak cerita 5 Cara Ambil Gambar Cantik Ketika Travel Solo.

 

Ni tripod aku pakai. Boleh jadikan dia kecil. CUma kaki dia pastikan stabil dulu baru letak kamera korang sb takut tumbang. Kaki dia boleh lock so x der lah akan auto masuk balik….Tripod ni sesuai utk jenis kamera mirrorless tu. So senang nak connect by bloototh utk setting

1. TRIPOD

Ok. Yang ni menjadi pilihan aku. Malah kalau aku tgk profesional photographer pun diorang duk usung tripod je untuk amik pic yang cantik. Cuma bezanya dengan aku, aku ni style backpacker aku nak minimumkan barang barang yang aku bawak. So aku beli satu tripod yang boleh di muatkan dalam beg galas aku yang kecik tu. Senang lepas guna aku boleh simpan terus. Boleh lah jalan jalan tanpa mengusung tripod. Lagipun bila nak amik pic malam yang memerlukan skill yang high level tripod ni sangat penting. Tapi tak semua tempat  sesuai untuk guna Tripod tau. So aku cadang kan cara kedua…

 

2. GO PRO

Bila sesetngah tempat yang tidak boleh guna tripod aku akan keluarkan go pro. Go pro ni aku akan amik gambar bila tempat tu crowded. Mana mungkin korang boleh pasang tripod kat tengah2 orang lalu lalang tu kan. So masa ni lah gunanya Go pro… Aku sekarang guna Go Pro Plus tapi kualiti tak berana nak ok. Lagi pun Go Pro Plus tak der timer. So agak susah nak setting. Target aku nak beli Go Pro Hero 5. Tu pun kalau ada bajet lebih.

 

3. ORANG AWAM

Cara ni agak risiko sikit tapi berkesan untuk ambil gambar cantik. Cuma apa yang perlu korang buat sebaik baiknya pilih orang untuk amikkan gambar korang. Pilih target yang betul supaya nanti kamera korang tak di larikan. hahah. Style aku aku akan cuba target traveller. Korang akan tau siapa traveller di sekeliling korang. Bisanya traveller ni memang mahir ambil gambar. Silap2 korang akan jadi model diorang nanti. Macam 2 gaya dia mintak korang buat. Sebab bila dah jiwa traveller ni dia akan cuba dapatkan gambar yg terbaik. Kalau tak der traveller korang boleh cuma mintak tolong perempuan. Kalau perempuan ni dia lari pun InshaAllah korang  mampu kejar balik. Nak hasil lagi “wow” perempuan tu cari yang cantik. Kompen seri muka korang akan naik. hahah. kalau agak agak segan nak mintak tolong tu korang cari target orang yg duk sorang sorang. Aku dah biasa kena ambil gambar sebab aku travel solo. So peluang utk org mtk tolong tu tinggi.

 

4. DRONE

Drone ni aku nak komen lebih tak berani pulak sebab aku sendiri pun tak pernah try guna drone ni. Tapi based on aku tgk dekat blog blog kengkawan gambar yang di ambil guna drone ni memang awesome. Cuma masalah dia drone ni tak dibenarkan utk sesetgh negara. Leceh lah kalau macam tu. Mungkin satu hari nanti aku punnak angkut satu kot. Tu pun tunggu aku berminat nak shoot video. Buat masa sekarang aku tak berapa minat nak buat video. Drone ni kalau korang suka shoot video mamng sesuai lah..

 

5. EDITING

Editing ni salah satu cara gak nak tambah keserian gambar. Even profesional photog pun akan edit gambar dulu sebelum publish. Aku secara jujur tak berapa nak pandai bab editing ni. Cuma guna apps kat fon jer lah. hahah.

Tip edit gambar: Jangan teralu over sangat edit sampai boleh hilang mutu asal gambar tu.

 

Haa tu dia terjawab sudah cara aku ambil gambar bila aku travel sensorang. Aku ni pemalu sikit part tanya orang awam tu jadi last choice aku. So lepas ni kalau sapa2 tanya sapa amik gambar aku masa travel aku bagi link ni jer nanti…Korang pun kalau ada skill lain nak amik pic boleh kongsi ngan aku jugak.

 

Till Then….Love u….Bye….

#TIPTRAVEL Walau dimanapun anda berada, MyMed akan sentiasa memberi matlumat tentang infomasi medical travel yang anda perlukan ketika anda betul-betul memerlukannya..

#TIPTRAVEL: Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum travell! Boleh kongsi ramai-ramai. Boleh pickup di KLIA/KLIA2. Ada 3 pilihan pocket wifi yang korang boleh cuba antaranya Samurai Wifi, TravelRecommends dan RoamingMan.

Perlukan Khidmat Translation untuk blog? Jom ke veqta.com semua bahasa boleh di translate. Bahasa Alien pun boleh!!.

18 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge