KEMBARA HUNGARY BUDAPEST 3 HARI 2 MALAM - Faizal Fredley

KEMBARA HUNGARY BUDAPEST 3 HARI 2 MALAM

 

Kembara Eropah Budapest, Hungary | Tip & Itinerary. Hari ke 19 sampai ke 21 aku kat Budapest. Salah satu dream place aku dari dulu gak. Sama macam Prague. As expected Budapest is really freezing. Sebenarnya aku baru tau je pun kewujudan negara Hungary ni lebih kurang setahun yg lepas. Maklumlah negara negara belah eastern europe ni tak berapa popular sangat dulu2. Sejak aku minat travel ni baru aku tau Hungary. So sejak tu aku dah mula pasang cita cita nak ke Hungary dah. Dan satu lagi selain Prague dan Budapest aku teringin nak ke Bosnia & Herzegovina . Tapi itu cerita lain next trip maybe aku akan cover Bosnia dan negara negara sekitarnya.

 

Banyak dugaan aku sepanjang aku kat Budapest ni. Mula2 sampai dari Prague tu pun aku dah pening kepala dah. Aku naik train dari Prague ke Budapest lebih kurang 6 jam kot. Lagipun nak tak larat nak naik flight jer. Kalau naik flight 2 jam sebelum fly dah nak kena kat airport. So better aku naik train jer. Train dia agak selesa juga. Sama macam flight ada org jual2 coffee dan biskut. Ada juga power supply kalaunak charge laptop atau phone tu. Cuma wifi jer tak der. Pelik gak sb aku ada dgr org ckp ada wifi dalam train. Maybe train lain kot.

 

 

Nak dijadikan cerita dekat2 nak sampai budapest tu aku dah rasa pening kepala dah. Mungkin sebab tgk laptop kot dalam train. So sampai Budapest dalam jam 10 malam. Kat sini 10 malam tu kira lewat dah. Kat stesen pun orang tak ramai sangat. Suhu masa tu pun dah sampai -3 dah punyalah sejuk. Duit Hungary pula tak de lagi sabab aku biasa akan keluarkan duit dari bank. Sampai kat stesen aku cari ATM dulu nak kuarkan duit utk beli tiket bas ke Hotel. Lebih kurang 4 ATM aku pergu semua tak boleh nak kuarkan duit. Pelik gak kot2 kad ATM aku yg problem. Guna CIMB dan Maybank. Takkan dua2 problem kot. Aku dah panic dah nak beli makanan dan tiket bas ni, Dengan cuaca sejuk gilabab duit lak tak leh withdraw, kepala lah pening. Aduhhh dudgaan tol..So aku try gemble ke mesin beli tiket dan nasib baik boleh beli pakai kad kredit. Cucuk lah kad kredit nasib baik boleh…..

 

Dah setel beli tiket bas. Terus naik bas ke hotel. Dalam hotel aku dah risau dah takut termuntah dalam bas sb dah mula rasa lain macam dah. Bas pulak tak stop tempat yg sepatutnya. Jauh pulak aku kena menapak malam2 buta dengan suhu -5 dekat 1.2km jugaklah…Serius sejuk gila. Masa tu aku rasa menyesal pun ada travel musim winter nih.

 

Sampai hotel, nak check in dan buat payment 2 kad aku pulak tak bioleh pakai. Nak bayar cash memang tak der cash masa tu. Tinggallah satu lagi kad ATM maybank. Nasib baik boleh bayar. Masa nak bayar tu aku ras anak muntah memang tak leh tahan dah.. Nak cari toilet x sempat terus aku kuar hotel muntah dalam pasu hotel tu. Tak pokok ada tanah jer. hahaha. Ok lahtu kan dari muntah kat lantai. lagi susah nak cuci nanti. Bising pakcik jaga hotel tu. kenapa x gi muntah kat toilet. masa tu aku mana sempat cari toilet dah. Main bedal jer… Sebelum masuk bilik pakcik tu bagi penyodok dan cangkul utk buang sisa2 tuh…berkebun lah aku malam tu dalam sudu -5….

 

Settel check in aku terus lena sampai kol 12 tgh hari esok,,,,,

 

 

Hari kedua aku macam biasa aku terget city dulu sebab city Budapest memang sgt cantik. Tempat pertama aku gi adalah Chain Bridge. cantik sgt rasa macam kat New York yer….Dah bergambar kat situ lepak2 kejap then gerak ke Hard Rock Cafe. Nak kumpul gelas dan baju. Jalan2 dan minum coffee kejap. Ingat nak tunggu New Year kat city tu tapi awal lagi. So aku balik hotel jer sebab sejuk gila kot nak lepak kat luar. Serius aku tak tahan sejuk kali ni. -5 baiii….beku jari ni..kalau tempat lain boleh tahan lagi lepak2…

 

SAMBUT TAHUN BARU 2017 DI BUDAPEST

 

Dah rehat2 hotel jam 10 malam aku keluar nak sambut tahun baru katanya…hahah first time nak sambut tahun baru negara orang. Kalau kat Malaysia sambut dalam rumah jer. tak der maknanya nak keluar tgk bunga api bagai…..Otw ke city tu dah nampak dah local people mula berarak kat town tu. Dengan sorang satu botol arak bertopeng bagai. tapi meriah lah jugakkk. Penuh diorng kat jalan2…Mula mula aku nak tgk bunga api kat city depan HRC tu sebab kat situ happening gila. tapi takut pun ada korang faham2 lah sekarang tempat crowded macam tu jadi tumpuan utk kena bom. lagipun sesak sgt kat sana mesti akan ramai org mabuk mabuk nanti.

 

So aku buat keputusan nak tgk bunga api kat chain bridge. Lagipun kat situ senang nak amik gambar. Orang pun tak crowded sangat tapi tetap ramai. sampai bergegar gegar kot jambatan tu. Takut gak kang tetiba runtuh kang… Hahaha…bila kat negara orang ni kan cepat sangat benda negatif bermain dalam kepala otak nih….

 

Sampailah detik 12 malam. Diorng sambut dgn minim arak dan beromen. Depan belakang kiri kanan arak dan org beromen. Aku taknak balik lewat sgt sebab jap lagi mesti penuh dgn org mabuk. Sepanjang jalan nak ke tempat tunggu bas tu jumpa dgn org mabuk. Scary pulak aku. Dah lah sorang2….Dah setel balik hotel kemas2 tido utk blah ke Milan pulak….Flight petang tapi aku kalau melibatkan flight ni takut nak sampai on time. Mesti bersedia awal2 kay airport…

 

Pagi ketiga bersamaan 1 jan 2017 tu lagi sejuk. Bangun pagi masa nak keluar ke airport tu seleuruh bandar budapest di cover dengan frost…Cantik pulakkk. Salah satu pemandangan yg aku teringin nak tgk…Excited weh gi goyang pokok nak fefeling snow…Hahah sejuk tu belakang kira….

 

So dengan itu berakhirlah kisah aku di Budapest…Sekejap jer…InshaAllah kalau di beri peluang aku nak repeat Budapest lagi…

 

 

SUMMARY 3 DAYS IN BUDAPEST HUNGARY

 

DAY 1

  • 10pm sampai Budapest by train from Prague
  • Ambil bus ke Hotel
  • Check in
  • Rest

DAY 2

  • Chain Bridge
  • HRC
  • Hosok Tere
  • Vorosmarty Square
  • Sambut New Year kat Chain Bridge
  • Balik hotel jam 2pagi
  • Rest

DAY 3

  • check out terus ke airport
  • Lepak kat airport je walaupun flight jam 8 malam. Kat luar terlalu sejuk byk frost.
  • Makan kat Airport €7
  • Print boarding pass €10
  • Flight dari Budapest ke Milan amik masa dlm 2jam

BUDGET 

  • €16 Transport
  • RM759 Hotel
  • – Flight
  • €30 Makan
  • €37 HRC
  • €10 Boarding Pass (Print kat cc lg murah)
  • €5 Souvenir
  • 22€ Cabin Beg

WIZZ AIR

  • Airline ni lagi teruk dari air asia
  • Boarding pass kena byr €10 utk print.
  • X de mesin print boarding pass
  • Beg pack kalau besar bawak naik atas kena byr lagi dlm €22 online. Kalau byr kat kaunter kena charge double. Tapi lepas aku masuk flight dia x check pun. Dan ramai yg bawak beg besar naik atas macam rugi je aku purchase large beg. Lagipun beg aku x de lah besar sgt. So korang yg naik wizz air ni boleh je bawak beg naik atas. X payah beli Extra luggage. Aku gi beli aku takut sangkut kat airport je.  Hahaha so next time aku dah x payah beli dah.
  • Pasni better x payah naik wizz air

TIP & INFO

  • Temperature -6 ke 1 darjah
  • Bahasa Hungarian
  • Matawang Hungarian Forint
  • RM1 = 65,000ft
  • ATM kat Hungary x accept kad Malaysia (maybe kad aku masalah dua2 kad cimb dan maybank) better korang bwk duit euro then tukar ke Ft kat sini
  • Sesetengah kedai terima Euro
  • Bandar Budapest cantik mcm Prague jugak
  • Public transport senang. Leh naik train dan bas
  • English sini ok.
  • Makanan susah nk cari kedai halal. Lebih kurang Prague
  • The worst hotel (lucky hotel) so far. Wifi teruk. Dlm bilik x dpt wifi. Nk online kna duk kat koridor. Kna byr €4 pulak tu
  • Airport Budapest pun teruk. Wifi slow dan hanya dpt connect kat certain area je. Dari main building nk ke gate kna lalu jln luar. Sb gate terletak building sebelah. Bkn building tp mcm gudang. Sejuk2 dgn suhu -6 kna bratur panjng pulak. But lucky me i got priority xpress but still need to que. Kena beratur dekat 20 minit seblum leh masuk ke dlm flight. Beku tetek wei.
  • Wizz Air pun the worst airline so far.
  • But budapest is a nice city. Must visit after this but not in winter maybe

 

GAMBAR – GAMBAR DI BUDAPEST HUNGARY

 

Ni lah hotel yg aku stay. 3 star tp mcm hotel bajet. Wifi tak der dlm bilik. 

Buka langsir tgk pokok2 dah membeku. Buat aku rasa malas betoi nak keluar. rasa nak duk dalam selimut ja.

Sampai ke tiang beku

Chain Bridge 

Chain Bridge 

Chain Bridge 

Chain Bridge 

Chain Bridge 

Chain Bridge 

Hosok Tere

Hosok Tere. kepala kat atas sekali. Seram pulak aku. rugi je gi zoom

Hosok Tere

Hosok Tere

Hosok Tere

Bunga Api Tahun Baru 2017

Bunga Api Tahun Baru 2017

Ni lepas tahun baru…sepanjang jalan kot…

Tak banyak tempat pun aku pergi. Sebab cuaca sejuk gila. Nak jalan pun rasa nak beku.

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

Student Engineering dari dari azali lagi. Semua ayat dan perkataan main hentam je.

10 Comments

  1. Joyfuljoy

    September 7, 2017 at 1:32 PM

    sape tukang amik gamba? local ppl?

  2. Kakda

    August 11, 2017 at 11:24 PM

    Budapest sangat cantik. Tau pun sebab duk tgk rancangan Korea Battle Trip.
    Lepas tu terus google blog dan jumpa lah blog ni.hehe

    Gambar-gambar tuan semua mantap!??
    Kakda recently posted..Tips: Kawal Eczema Anak Daripada Menjadi Melarat Dan Bertambah TerukMy Profile

  3. Nor hazmira

    January 25, 2017 at 4:26 PM

    Banyak bende yg boleh amik ikhtibar dr pengalaman rakan yang telah sampai kat sana.. Tq
    Nor hazmira recently posted..Apa yang Membuat Resveratrol Antioksidan Yang Unik??My Profile

  4. Ira

    January 18, 2017 at 12:44 PM

    banyak betol eh dugaan kat sana, negara orang kan biasalah.
    Ira recently posted..Istimewanya Ziarah Jordan dan Umrah Tahun 2017 NiMy Profile

  5. yanieyusuf

    January 16, 2017 at 10:13 AM

    bestnya ff .. teringin nak mgembara macam ff.. insya-Allha satu hari nanti..

  6. Rajee

    January 13, 2017 at 4:56 AM

    Apesal tak amik gambar pasu yang ko muntah tu? Hahahaha… Cantik weiii budapest, dulu slalu berurusan dengan kedutaan malaysia kat sana….

  7. saidila@kaklong

    January 12, 2017 at 8:27 AM

    seronok baca…..blog travel yang banyak info penting ….
    saidila@kaklong recently posted..Aku Hantar Karangan Dengan Kertas KosongMy Profile

  8. Afiq Halid

    January 12, 2017 at 8:13 AM

    Cantiknya scenary kat sana. Ada rezeki melimpah ruah One day nak jejak kaki gak. Haha. Nice sharing FF

  9. lisak

    January 7, 2017 at 11:31 AM

    bestnya .. hahaha rasa nak pergi pula, terasa dok sana dah ni …

  10. Mama Kembar 3

    January 7, 2017 at 9:47 AM

    Adoi laa boleh plak muntah dalam pasu. Ishh nasib baik lah tak berlarutan sakit tu kan, kalau tak rugi laa tak dpt jln jln
    Mama Kembar 3 recently posted..Tak Kan Sebab Asmak Herbs?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge