KEMBARA CZECH REPUBLIC PRAGUE 3 HARI 2 MALAM - Faizal Fredley

KEMBARA CZECH REPUBLIC PRAGUE 3 HARI 2 MALAM

4 Days in Prague Czech Republic

KEMBARA EROPAH PRAGUE, CZECH REPUBLIC | TIP & ITINERARY. Lepas aku ke Istanbul aku terus kembali ke Eropah. Kali ni ke Prague Czech Republic. Kira journey aku back on track lah lepas tersasar jauh ke Turkey. Prague merupakan salah satu dream place untuk aku jejakkan kaki aku ni. Aku memang suka building dan culture di Prague. Memang cantik dan meriah.

 

Sesetengah orang define Czech Republic ni bandar Sex sebab banyak benda negative kalau sebut Czech Republic. Aku sendiri pun tak tau apa yang fames nya kat prague pasal sex (Innocent sgt kan).  Tapi bila sebut Czech ni aku teringat Ex Player Chelsea Peter Cech. Sekarang dah jadi Goal Keeper Arsenal dah.

 

Mengikut sejarah Czech Republic ni dulu dikenali sebab Czechoslovakia kalau tak silap lah. Masa ni sejarah form 5 aku rasa sebab kenapa Czechoslovakia terpecah kepada dua negara iaitu Czech Republic dan Slovakia. Tapi aku tak ingat lah pulak apa sebab maybelah peperangan. Cuma masa form 5 aku ni memang x suka subjet sejarah so tak berapa nak pay attention lah pulak. kalau korang nak tau boleh google sendiri. tapi aku tak rasa korang nak tau pun kan kan kan…Hahaha

 

Ok aku kat Prague ni seperti tempat lain jugak 4 hari 3 malam jer. Cukuplah sekadar nak terokai City of Prague. Sumpah memang cantik sangat cuma sayangnya hari kedua full day aku aku prague tu hujan tak berhenti. haha. Sedih jugak lah walaupun hujan aku gigih jalan2 gak. Sebab rugi pulak kalau nak balik hotel kan. Apa yang best hujan kat europe ni tak mcm hujan kat Malaysia weh. Dia hujan rintik2 jer. Hujan manja orang kata. Tak berapa nak basah sgt bila pakai hoodie tu.  Kalau kat Asian tu orang panggil hujan monsoon. Sekarang pun aku dengar kat Kelantan dan start banjir..Harap2 x seteruk 2014….

 

 

Malam kat Prague sumpah meriah gila. Hari kedua tu hujan stop dalam kol 6 ptg. Walaupun jam 6 ptg tp prague dah gelap mcm jam 10 kat malaysia dah. So malam tu aku merayau rayau sampai lah jam 12 malam. cantik sangat sampai aku ras ax nak balik pulak.

 

Hari ketiga alhamdulillah cerah. Cuma sayangnya suhu dia lagi sejuk dari hari hujan. Aku dah perati lama dah bila hujan suhu jadi panas kalau tak hujan suhu jadi sejuk kat eropah  ni. Pelik kan..So hari ketiga menggigil aku. haha. Aku naik ke Prague Castle. Angan2 nak tgk bandar prague dari atas lah sebab aku tgk kat google cantik gila view. Sekali lagi plan tak menjadi sebab kabus tebal sgt. So tak nampak apa pun atas tu tapi castle tu cantiklah. Dan sejuk tu boleh menusuk sampai ketulang. Habis ke Prague castle tu aku balik ke city nak cari Sorvenir lah sikit. Then dah jam 7 malam aku balik terus. Nak pack barang utk next pit stop.

 

Hari ke-4 aku tak banyak jalan pun. Flight aku petang so lepas check out aku terus ke Main terminal train.

 

 

SUSAH CARI RESTORAN HALAL

 

Seperti di jangka kedai halal sangat sangat susah nak cari kat sini. Kedai India ada tapi banyak tutup. So aku sarankan kalau korang nak datang sini bawak bekal lah sikit. Bagi tak sesuai bawak bekal sebab aku banyak pit stop nak pergi kalau aku bawak Maggie pun stok aku dah lama habis dah sebab aku kat sini dah hari ke 15 dah aku rasa. kat main terminal tu ada satu kedai pakistan halal. Boleh tahan sedap gak.

 

Ni aku shared sedikit Summary 4 hari aku kat sana.

 

DAY 1

  • Fly from Istanbul to Prague transit to Belgrade 45 minit (Air Serbia)
  • Jam 9.30pm sampai airport prague
  • Makan dulu kat mcd 145Kc
  • Ambil bas ke hostel 32Kv
  • Rest

DAY 2

  • HRC RM230
  • Pusing2 kat city sampai malam 24Kc
  • Makan kat McD 125Kc
  • 10.30 Balik dan rehat

DAY 3

  • Prague Castle (Makan roti 80Kc)
  • Makan di El Emir Rest 320Kc
  • Charles Bridge
  • Makan roti lagi 70Kc
  • Souvenir 513Kc
  • Lepak di dataran minum2 70Kc
  • Balik hotel

DAY 4

  • main train station utk ke budapest 
  • Lunch kat Fast Food Halal (dekat main station)
  • Naik train ke budapest dlm 6jam
  • Sampai budapest amik bas ke hostel
  • Rest

OVERAL BUDGET

  • Transport = 50Kc
  • Makan = 490Kc
  • Hotel = RM337 (4D3N)
  • Flight = – 
  • HRC = RM230
  • Souvenir = 513Kc
  • Lain2 = 400Kc (Hilang jatuh poket)

Tip & Info

  • Matawang Koruna
  • Temperature -2 sampai 7 darjah
  • Tiket bas boleh beli kat mesin dekat bas stand
  • Tiket train dia aku x pasti kena beli ke free sb aku tgk macam ramai x beli. Lgipun x de palang pun nak masuk dan nak keluar mcm masuk kan tiket tu. Aku beli dan scan. X berani pulak kalau x byr. Kan tetiba dia sportcheck. Tp ada gak aku tak beli. Main naik jer.
  • City dia memang cantik. Malam pun cantik dan ramai org.
  • Hari rabu malam adalah hari czech.
  • Escalators sini tinggi dan laju. Nak naik pun seram

 

Overall aku suka Prague dan kalau diberi peluang aku nak datang sekali lagi kat sini tapi bukan masa winter. haha sebab sejuk dia gila nak mammppposss…..Sampai bangun pagi tu semua beku kot pokok2. Pastu kalau beli pemegang tangan tu penuh ais. Memang tak leh pegang dah….

 

Ni antara gambar gambar aku kat sana tak banyak sangat tempat sempat pergi. Sebab winter ni hari cepat gelap. Tak banyak tempat boleh pergi. lagipun cuaca sejuk malas nak kuarkan kamera sangat.

 

Airport Prague. Praha tu dalam bahasa Czech

Train station terdekat dengan Motel aku stay

Tangga di punya lah tinggi. Boleh gayat woo. Aku tak leh banyang kalau tersandung…Meninggal terus..

Buah apa tah. Cantik. bangun pagi2 tgk suasana segar macam ni

Ni lah Motel 3 malam aku stay. Harga ok lah…Tak jauh sgt dari city dalam 20 minit naik train

Ni depan motel yg aku stay. cantik view dia

Hard Rock Cafe Prague. Banyak design cantik2 kat HRC ni. tempat pertama aku pergi sebab HRC ni biasanya terlepas kat best spot.

Roti ni sedap. Sangat popular di sini. kalau dtg korang kena try. Dia mcm roti bakar pastu di salut ngn gula then dalam tu dia letak cokelat atau pun nutella.

Hujan tapi org tetap ramai

Sex Museum. Aku tak masuk sb kena bayar. hahaa

Kat Prague ni banyak lorong2 kecik. Kadang2 boleh sesat woo.

Sepatah haram aku tak faham. Aku tgk gambar jer lah utk ingat jalan balik

Masih lagi mood krismas

Autonomik Jam, Ada masa masa tertentu patung 2 ekor tu akan bergerak. Jam ni terletak kat Tower Prague tu. Ramai bratur utk naik katanya seram. Aku macam biasa malas nak beratur.

Depan Charles Bridge

Cantik pokok ni walaupun pendek

Kat Prague Castle. Nak naik atas ni agak jauh dalam 400m. Separuh nyawa jugak lah. Org kata view atas ni cantik tapi sayang masa tukabus tebal sgt. Nampak samar samar jer

View dari Prague Castle. Kalau summer mesti cantik.

Ada cerita disebalik patong bogel ni. Katanya senpena pendatang asing. Pastu dalam patung ni menandakan remaja yg sihat sebab tu kotey dia warna emas. Kira diorng menghargai lah kot..

Prague Castle

Prague Castle

Prague Castle

Toilet kat sini. Kite nak membuang jadi segan

Train Main station. Baru siap rasanya. Kat stesen ni lah aku naik train ke Budapest

 

Bye Prague…..Fly to Next Destination….

Till Then…See u at Budapest Hungary

London | Glasgow | Edinburgh | Dublin | Istanbul | Prague | Budapest | Milan | Monaco | Barcelona | Madrid | Lisbon | Paris

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

14 Comments

  1. Sihat selalu

    March 27, 2017 at 11:05 AM

    Confirm lah, memang sedap roti bakar luar gula dalam nutella tu
    .
    nampak gambar pun dah terasa kesedapanya
    Sihat selalu recently posted..5 Tips Pemakanan Kawal Kencing Manis | VIVIX ShakleeMy Profile

  2. rozita

    January 9, 2017 at 4:56 PM

    bestnya.. dapat tgk gambar pun best sgt dah rasa.. buah tu macam buah blueberry kan? jalan2 kat lorong tu tak bahaya eh?
    rozita recently posted..Kat mana nak cari biskut Gery Saluut Malkist yang sedap ni?My Profile

  3. nor hazmira

    January 8, 2017 at 7:41 PM

    Bangunan kat putrajaya pun ada juga inspired dgn bangunan2 dalam gambar ni…

    Cantik sgt..
    nor hazmira recently posted..Bahaya Asid Amino dan Protein Yang Tak Cukup Dalam TubuhMy Profile

  4. Rayna

    January 7, 2017 at 3:41 AM

    cantik! teringin juga ke sana 🙂

  5. Shifa salim

    January 6, 2017 at 9:53 PM

    Keluar dari stesen keretapi… hala sebelah kiri. Ikut jalan utama melalui beberapa kedai akan jumpa restoran halal… kebab n beriani

  6. Khrzl

    January 6, 2017 at 8:58 AM

    Yg mcm tak beli tiket tu dorg guna weekly or monthly pass, tak payah validate tiket.

  7. Hanis Amanina

    January 6, 2017 at 8:47 AM

    Tertarik nak share pasal tiket naik train tu 😀 ni kiranya tram / metro ke? Actually semua transport kat Prague tu boleh beli tiket yang sama. Banyak kali jugak backpackers cerita yang diorang pakai naik je bas/tram/metro tu tak beli tiket. Hehehe. Memang kalau rezeki, boleh lepas je sebab takde orang check sangat. Cuma kalau sekali kena, memang melayang duit sebab biasa orang yang check mintak cash. Tiket expired pun kena hati-hati jugak. T_T

    Eskalator tuuu hahaha kalau balik Malaysia siap bawak beg 30kg, hati menangis jugak. Turun naik takde beg pun rasa melayang. Ada beg berat apatah lagi.

    Glad you enjoyed Prague! 🙂

  8. Azizul Abdul Samat

    January 6, 2017 at 1:37 AM

    Hebat

  9. Daus Redscarz

    January 5, 2017 at 10:57 PM

    Serius menarik ni.. terpegun.. kalau ada pulus mau dikirim sudah baju HRC.. apapun TQ ambik gambar blog kat Prague..

  10. Muhammad Khairuddin Lim

    January 5, 2017 at 6:36 PM

    Bersihnya negara depa….view pun cantik
    Muhammad Khairuddin Lim recently posted..“Segment: Follower meningkat dengan mudah”My Profile

  11. rahimah majid

    January 5, 2017 at 1:09 PM

    Bahagian eastern europe ni memang lawa -lawa kan? Saya pun tengah survey belah belah sana untuk next trip.

  12. Ira

    January 5, 2017 at 10:30 AM

    nice view there and have a safe journey
    Ira recently posted..Keputihan Di Kala Hamil – Bahayakah?My Profile

  13. haffizuliskandar

    January 5, 2017 at 9:31 AM

    entah bila agaknya berpeluang untuk merasai pengalaman macam ni. hehe.

    part ekslator tu. tinggi bapak. kalau la tiba2 tak function, macam mana tu?

    pastu, patung. anu warna emas? dekat sana ada banyak patung cam gitu ke?
    haffizuliskandar recently posted..Koleksi gambar-gambar menarik pemanjat papan tanda IPOH.My Profile

  14. Anuar

    January 5, 2017 at 8:36 AM

    Cantiknya pemandangan-pemandangan dekat sini..
    Tapi bab toilet tu… Alamak…
    Memang tak reti saya nak membuang macam ni…
    Tak ada alternatif lain ker? huhuhu
    Anuar recently posted..Motivasi 2017 : Rekod Jualan USD 1.1 Juta Dalam Tahun 2016My Profile

Leave a Reply

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge