4 Days in Prague Czech Republic | Kembara Eropah 38 Hari

4 Days in Prague Czech Republic

4 Days in Prague Czech Republic | Kembara Eropah 38 Hari. Lepas aku ke Istanbul aku terus kembali ke Eropah. Kali ni ke Prague Czech Republic. Kira journey aku back on track lah lepas tersasar jauh ke Turkey. Prague merupakan salah satu dream place untuk aku jejakkan kaki aku ni. Aku memang suka building dan culture di Prague. Memang cantik dan meriah.

 

Sesetengah orang define Czech Republic ni bandar Sex sebab banyak benda negative kalau sebut Czech Republic. Aku sendiri pun tak tau apa yang fames nya kat prague pasal sex (Innocent sgt kan).  Tapi bila sebut Czech ni aku teringat Ex Player Chelsea Peter Cech. Sekarang dah jadi Goal Keeper Arsenal dah.

 

Mengikut sejarah Czech Republic ni dulu dikenali sebab Czechoslovakia kalau tak silap lah. Masa ni sejarah form 5 aku rasa sebab kenapa Czechoslovakia terpecah kepada dua negara iaitu Czech Republic dan Slovakia. Tapi aku tak ingat lah pulak apa sebab maybelah peperangan. Cuma masa form 5 aku ni memang x suka subjet sejarah so tak berapa nak pay attention lah pulak. kalau korang nak tau boleh google sendiri. tapi aku tak rasa korang nak tau pun kan kan kan…Hahaha

 

Ok aku kat Prague ni seperti tempat lain jugak 4 hari 3 malam jer. Cukuplah sekadar nak terokai City of Prague. Sumpah memang cantik sangat cuma sayangnya hari kedua full day aku aku prague tu hujan tak berhenti. haha. Sedih jugak lah walaupun hujan aku gigih jalan2 gak. Sebab rugi pulak kalau nak balik hotel kan. Apa yang best hujan kat europe ni tak mcm hujan kat Malaysia weh. Dia hujan rintik2 jer. Hujan manja orang kata. Tak berapa nak basah sgt bila pakai hoodie tu.  Kalau kat Asian tu orang panggil hujan monsoon. Sekarang pun aku dengar kat Kelantan dan start banjir..Harap2 x seteruk 2014….

 

 

Malam kat Prague sumpah meriah gila. Hari kedua tu hujan stop dalam kol 6 ptg. Walaupun jam 6 ptg tp prague dah gelap mcm jam 10 kat malaysia dah. So malam tu aku merayau rayau sampai lah jam 12 malam. cantik sangat sampai aku ras ax nak balik pulak.

 

Hari ketiga alhamdulillah cerah. Cuma sayangnya suhu dia lagi sejuk dari hari hujan. Aku dah perati lama dah bila hujan suhu jadi panas kalau tak hujan suhu jadi sejuk kat eropah  ni. Pelik kan..So hari ketiga menggigil aku. haha. Aku naik ke Prague Castle. Angan2 nak tgk bandar prague dari atas lah sebab aku tgk kat google cantik gila view. Sekali lagi plan tak menjadi sebab kabus tebal sgt. So tak nampak apa pun atas tu tapi castle tu cantiklah. Dan sejuk tu boleh menusuk sampai ketulang. Habis ke Prague castle tu aku balik ke city nak cari Sorvenir lah sikit. Then dah jam 7 malam aku balik terus. Nak pack barang utk next pit stop.

 

Hari ke-4 aku tak banyak jalan pun. Flight aku petang so lepas check out aku terus ke Main terminal train.

 

 

SUSAH CARI RESTORANT HALAL

 

Seperti di jangka kedai halal sangat sangat susah nak cari kat sini. Kedai India ada tapi banyak tutup. So aku sarankan kalau korang nak datang sini bawak bekal lah sikit. Bagi tak sesuai bawak bekal sebab aku banyak pit stop nak pergi kalau aku bawak Maggie pun stok aku dah lama habis dah sebab aku kat sini dah hari ke 15 dah aku rasa. kat main terminal tu ada satu kedai pakistan halal. Boleh tahan sedap gak.

 

Ni aku shared sedikit Summary 4 hari aku kat sana.

 

DAY 1

  • Fly from Istanbul to Prague transit to Belgrade 45 minit (Air Serbia)
  • Jam 9.30pm sampai airport prague
  • Makan dulu kat mcd 145Kc
  • Ambil bas ke hostel 32Kv
  • Rest

DAY 2

  • HRC RM230
  • Pusing2 kat city sampai malam 24Kc
  • Makan kat McD 125Kc
  • 10.30 Balik dan rehat

DAY 3

  • Prague Castle (Makan roti 80Kc)
  • Makan di El Emir Rest 320Kc
  • Charles Bridge
  • Makan roti lagi 70Kc
  • Souvenir 513Kc
  • Lepak di dataran minum2 70Kc
  • Balik hotel

DAY 4

  • main train station utk ke budapest 
  • Lunch kat Fast Food Halal (dekat main station)
  • Naik train ke budapest dlm 6jam
  • Sampai budapest amik bas ke hostel
  • Rest

Transport = 50Kc

Makan = 490Kc

Hotel = RM337 (4D3N)

Flight = – 

HRC = RM230

Souvenir = 513Kc

Lain2 = 400Kc (Hilang jatuh poket)

Tip & Info

  • Matawang Koruna
  • Temperature -2 sampai 7 darjah
  • Tiket bas boleh beli kat mesin dekat bas stand
  • Tiket train dia aku x pasti kena beli ke free sb aku tgk macam ramai x beli. Lgipun x de palang pun nak masuk dan nak keluar mcm masuk kan tiket tu. Aku beli dan scan. X berani pulak kalau x byr. Kan tetiba dia sportcheck. Tp ada gak aku tak beli. Main naik jer.
  • City dia memang cantik. Malam pun cantik dan ramai org.
  • Hari rabu malam adalah hari czech.
  • Escalators sini tinggi dan laju. Nak naik pun seram

Overall aku suka Prague dan kalau diberi peluang aku nak datang sekali lagi kat sini tapi bukan masa winter. haha sebab sejuk dia gila nak mammppposss…..Sampai bangun pagi tu semua beku kot pokok2. Pastu kalau beli pemegang tangan tu penuh ais. Memang tak leh pegang dah….

 

Ni antara gambar gambar aku kat sana tak banyak sangat tempat sempat pergi. Sebab winter ni hari cepat gelap. Tak banyak tempat boleh pergi. lagipun cuaca sejuk malas nak kuarkan kamera sangat.

 

Airport Prague. Praha tu dalam bahasa Czech

Train station terdekat dengan Motel aku stay

Tangga di punya lah tinggi. Boleh gayat woo. Aku tak leh banyang kalau tersandung…Meninggal terus..

Buah apa tah. Cantik. bangun pagi2 tgk suasana segar macam ni

Ni lah Motel 3 malam aku stay. Harga ok lah…Tak jauh sgt dari city dalam 20 minit naik train

Ni depan motel yg aku stay. cantik view dia

Hard Rock Cafe Prague. Banyak design cantik2 kat HRC ni. tempat pertama aku pergi sebab HRC ni biasanya terlepas kat best spot.

Roti ni sedap. Sangat popular di sini. kalau dtg korang kena try. Dia mcm roti bakar pastu di salut ngn gula then dalam tu dia letak cokelat atau pun nutella.

Hujan tapi org tetap ramai

Sex Museum. Aku tak masuk sb kena bayar. hahaa

Kat Prague ni banyak lorong2 kecik. Kadang2 boleh sesat woo.

Sepatah haram aku tak faham. Aku tgk gambar jer lah utk ingat jalan balik

Masih lagi mood krismas

Autonomik Jam, Ada masa masa tertentu patung 2 ekor tu akan bergerak. Jam ni terletak kat Tower Prague tu. Ramai bratur utk naik katanya seram. Aku macam biasa malas nak beratur.

Depan Charles Bridge

Cantik pokok ni walaupun pendek

Kat Prague Castle. Nak naik atas ni agak jauh dalam 400m. Separuh nyawa jugak lah. Org kata view atas ni cantik tapi sayang masa tukabus tebal sgt. Nampak samar samar jer

View dari Prague Castle. Kalau summer mesti cantik.

Ada cerita disebalik patong bogel ni. Katanya senpena pendatang asing. Pastu dalam patung ni menandakan remaja yg sihat sebab tu kotey dia warna emas. Kira diorng menghargai lah kot..

Prague Castle

Prague Castle

Prague Castle

Toilet kat sini. Kite nak membuang jadi segan

Train Main station. Baru siap rasanya. Kat stesen ni lah aku naik train ke Budapest

 

Bye Prague…..Fly to Next Destination….

Till Then…See u at Budapest Hungary

London | Glasgow | Edinburgh | Dublin | Istanbul | Prague | Budapest | Milan | Monaco | Barcelona | Madrid | Lisbon | Paris

*******************************************

TIP TRAVEL KE OVERSEAS: Travel tanpa internet baik korang duk terperap kat dapur rumah korang jer. Unless korang ni jenis penyiasat sendirian atau pembunuh upahan. So untuk penjimatan semasa travel baik korang pi sewa SAIMURAI POCKET WIFI dulu sebelum fly...Coverage mantap jangan risau. InshaAllah boleh cover satu dunia.....

Share this post

13 thoughts on “4 Days in Prague Czech Republic | Kembara Eropah 38 Hari

  1. Tertarik nak share pasal tiket naik train tu 😀 ni kiranya tram / metro ke? Actually semua transport kat Prague tu boleh beli tiket yang sama. Banyak kali jugak backpackers cerita yang diorang pakai naik je bas/tram/metro tu tak beli tiket. Hehehe. Memang kalau rezeki, boleh lepas je sebab takde orang check sangat. Cuma kalau sekali kena, memang melayang duit sebab biasa orang yang check mintak cash. Tiket expired pun kena hati-hati jugak. T_T

    Eskalator tuuu hahaha kalau balik Malaysia siap bawak beg 30kg, hati menangis jugak. Turun naik takde beg pun rasa melayang. Ada beg berat apatah lagi.

    Glad you enjoyed Prague! 🙂

    Reply

Post Comment

CommentLuv badge