Home DESTINATIONS ASIA KEMBARA TURKI ISTANBUL 4 HARI 3 MALAM

KEMBARA TURKI ISTANBUL 4 HARI 3 MALAM

10425
8
4 Days in Istanbul Turkey

KEMBARA EROPAH ISTANBUL, TURKI | TIP & ITINERARY. Dah masuk episode ke 5 dah. Secara jujur aku tak plan pun Istanbul dalam itinerary aku kali ni. Destinasi yang sepatutnya adalah Berlin Germany untuk  White Christmas tapi entah some how aku terpaksa cancel trip ke Berlin dan terus lencongkan trip aku jauh ke selatan eropah. Agak jauh dan lari dari landasan yang sepatutnya tapi itulah journey kehidupan tak semestinya apa yang kita plan tu follow exactly apa yg kita rancangkan. So hera i am Istanbul aku datang sudah…..Macam biasa aku kat Istanbul tak lama cukuplah 4 hari untuk pusing2 kota istanbul.

 

Dari Dublin aku terpaksa transit kepada 2 airport iaitu Frankfurt Germany, Kiev Ukraine dan baru sampai ke Ataturk Airport Istanbul. Dekat satu hari jugak lah main turun naik kapal terbang ni. Dari Air Lingus ke Ukraine International Airline. At least aku sempat jejakkan kaki di bumi Ukraine sekejap. Walaupun sekadar transit. 

 

Perbezaan waktu antara Ireland dan Turkey memang buat aku rasa blur blur kejap. ialah ireland beza dengan Malaysia 8 jam lewat. Turkey pulak 5 jam lewat. Singgah kat Germany dan Ukraine 7 jam lewat. Nak biasakan perbezaan waktu  ni pulak dah satu hal. Kalau kat UK tu jam 5 pagi aku dah celik mata dah sebab kat Malaysia dah jam 12 tgh hari dah. Tapi kat turkey ni 12 tgh hari baru aku rasa nak buka mata. Maybe sebab penat naik turun kapal terbang kot.

 

Dalam jam 10 malam aku sampai kat Istanbul. Mula2 sampai tu aku terus hilang mood sebab Beg yg aku check in tu dari jauh atas rail beg tu macam ada terbuka tempat aku simpan duit RM400. Duit tu duit yang lebih aku belanja kat KL hari tu. So aku tak nak menyemak aku simpan dalam begpack. Dalam hati dah fikir habislah duit aku tuh. Dan memang tepat aku ambil je beg tu duit tu dah tak der. Agak sedih gak lah masa tu. Hilang mood kejap. Then masa tu terfikir kalaulah aku tak ke Istanbul boleh juga aku rasa white christmas. Rasa rugilah hari krismas aku keluar dari eropah. So dah ambil bagpack tu aku terus buat aduan pasal beg ni kat UIA sebab mana tau dapat cover balik dengan insurance yang aku ambil. Beg pun kotor gila sebab check in. Basah lagi. Nak salahkan airline pun tak leh gak sebab aku dah ada pengalaman sebelum ni kalau check in begpack sebaik baiknya wrapping lah dulu. Beg pun tak kotor dan tak rosak. Itulah manusia dah tau tapi masih buat taktau.

 

 

Sampai kat Airport aku amik bas terus ke Taksim dlm 12TL. Then amik Uber terus ke Hotel.

 

Habis day 1 kat Istanbul. Serius penat gila rasa. Keesokan jam 12 tgh hari aku bangun. Walaupun hati rasa tak seronok ke Istanbul tapi aku bersyukur aku dapat makan sedap2 kat sini. Sebab ada satu restaurant Malaysia aku boleh order Asam pedas, masak lemak, dan macam2 masakan melayu. Sedap pulak tu. Rasa rindu kat kampung tu terubat sikit. Selama aku kat istanbul aku makan kat kedai tu jer. Hahha. Itu salah satu perkara apa yang aku suka tentang istanbul. Senang nak cari makaanan halal. maklum lah next destination aku adalah Prague dan Budapest 2 tempat ni sangat susah nak cari kedai halal yg sedap. 

 

Apa yang korang wajib cuba kat istanbul ni adalah ais cream dia. Serius sedap gila. rasa lemak lemak dan kenyal sikit. Tak cair dalam mulut korang siap boleh kunyah lagi ais krim tu. Cuma sayang waktu winter boleh makan sikit jer kang sengal gigi  nanti. 

 

CABARAN DI ISTANBUL

 

Sepanjang aku di sini aku hadapi dengan satu cabaran yang agak tuff bagi aku. Sampai nak nangis je ase. Hehhe. cabarannya adalah komunikasi denagn orang turki. Diorng ni memang sangat sangat tak pandai bahasa inggeris. Serius even one two three pun tak tau beb. Adoii sakit kepala nak berkomunikasi. Tapi itulah pengalaman yang aku dapat kat sini. Ada satu hari tu aku nak pos barang ke malaysia. Sebab terlebih muatan pulak dan turki adalah paling dekat dengan Malaysia better pos dari sini. lagi murah. Nak cakap kat org pejabat pos tu Ya Allah…sakit beb. Nak cari kotak lagi nak sumbat barang2 nak pos tu. kat pejabat pos tak der kotak. So kena cari kat supermarket. nak kena cakap dgn penjual tu lak satu hal. Kaedahnya terpaksa mtk tolong dgn org hotel yg tau ckp english. Suruh dia bgtau driver teksi apa yang aku dan. Dan Alhamdulillah semuanya selesai…Barang dapat gak pos ke Malaysia. Dalam 3.3kg harga 145TL dalam RM160. Ok lah tu kalau kat Europe mau beratus ratus.

 

Cuaca kat sini alhamdulillah kurang sejuk dari tempat lain. Walaupun suhu mencecah 2 darjah tapi sejuknya masih boleh diterima akal lagi. Hari ketiga aku tak istanbul hujan all day. Tak banyak tempat boleh berjalan dan sedar2 aku dah hari keempat kat sana. haha..So time to pack again then fly to prague czech republic.

Ni sedikit summray tentang apa yang aku buat sepanjang 4 hari kat sana.

 

4 DAYS IN ISTANBUL TURKEY

Day 1

  • Arrived at Ataturk Airport 12am
  • Take a bus to Taksim 12TL
  • Take uber to hotel from taksim

Day 2

  • Jam 12 tgh hari baru keluar.  Penat sangat smlm dari dublin – frankfurt – keiv – istanbul
  • Take taxi tu kedai makan 20TL
  • Lunch kat Restaurant Malaysia Nur Muhammad 27TL
  • Naik bas ke Fatih 2TL
  • Makan ice cream 20TL
  • 6pm balik hotel naik teksi 20TL
  • Dinner sekali lagi kat Rest Nut Muhammad 20TL. Nasi putih asam pedas
  • Naik teksi return dlm 40TL

Day 3

  • naik teksi ke Sultan Ahmad 20TL
  • Blue Mosque (Haiga Sofeya Masjid)
  • Masa kat Blue Mosque tu ada sorg local nak mtk tunjukkan jalan2 kat kawasan ni. Free katanya. Last2 dia bwk ko pusing jauh naik bukit then stop kat kedai dia. Dlm dekat 30 minit dia duk promote mcm2 kat dlm kedai dia. Aku tgk je. Mmber aku yg duk layan. Rugi masa jer. Dah lah waktu siang sini kejap je. Nak gi blue mosque lagi. Then nak ke hrc lg.
  • Naik tram ke HRC 195TL
  • Beli waffer dpn masjid biru. 4TL
  • Jalan2 kat Taksim
  • Beli souvenir FM 14 TL
  • Naik bas ke restaurant malaysia. 2TL
  • Dinner 20TL
  • Amik teksi ke hotel 17TL
  • Rest

Day 4

  • 9am dah keluar cari pejabat pos. nak pos barang balik malaysia. Tu lah byk sgt bawak. Dah tau beg akan beranak pinak bak lagi bawak brg byk dari malaysia. Nak communicate dgn org sini ya Allah azab nyaa. Terpaksa mtk tlg org hotel ckp dgn driver teksi. 3.3kg 148TL
  • Teksi return dari hotel – PTT(pejabat pos) – Hotel 45TL
  • 12pm check out terus ke airport by teksi 52TL
  • Lunch kat Airport 20TL
  • Fly to Prague….

TOTAL

  • Transport = 376TL
  • Makan = 87TL
  • Hotel = 0 (Tumpang hotel member)
  • Flight = will update
  • HRC = 195TL
  • Souvenir = 14TL
  • Lain2 = 124TL

 

TIPS & INFO DI ISTANBUL TURKEY

  • Matawang Turkey Lira
  • English diorang sgt teruk
  • Pengangkutan utama bas/teksi
  • Pemandu teksi bawak mcm org gila. Haha. Kdg2 ckp ngn ko mcm nk cari gaduh. Tp tu lah mmng cara org sini kot. Kasar
  • Teksi aku x berani sgt sb byk bad review dari pelancong malaysia
  • Another choice boleh req uber
  • 1 Lira bersamaan dgn RM1 lebih kurang
  • Temperature around 2-8 darjah
  • Waktu di Istanbul lewat 5 Jam dari Malaysia
  • Kucing kat sini gemok2 belaka. Geram nak bawak balik
  • Boleh beli istanbul kart di stesen metro utk itk naik bas
  • Dari satu tempt ke satu tempat tu x jauh tp punyalah lama nak sampai. 4km pom amik masa dekat 45 minit baru sampai

 

Ok itu jelah apa yg mampu aku ceritakan pasal turkey ni. Tak banyak cerita pun dan tak banyak tempat pun aku pergi. Sebab malas nak hardcore sangat sebab banyak tempat lagi aku nak pergi pasni.

 

Ni antara random pictures yg aku ambil. tak cantik pun!!! sebab bukan profesional photographer .

 

Restoran malaysia. Serius sedap. Rasa macam duk kat Malaysia jer. terubat rindu aku. 3 hari aku kat sini hari2 aku datang

Masjid Fatih rasanya lah. Sebelah dgn restaurant Malaysia tadi

tempat amik wudhu. kat luar yer. simen tu musim winter memang sejuk gila. seliper tak der pulak.

bahagian dalam masjid. Cantik gak

Masjid ni aku tak pastinama

Ais krim kat istanbul korang wajib try. rasa dia lemak2 dan kenyal sikit. boleh kunyah. Sumpah sedap.

Litte Hagia Sophia Mosque. Saku solat zohor kat sini sebab kat sini x ramai tourist. kalau nak zohor kat masjid biru tu ramai sgt orang nanti.

Litte Hagia Sophia Mosque

Litte Hagia Sophia Mosque

Blue Mosque. masjid terbesar di Istanbul.

Blue Mosque

Blue Mosque

Kucing kat Istanbul memang gemok2 belaka…rasa nak wak balik jer

Bye Istanbul…..Fly to Next Destination….

Till Then…See u at Prague Czech Republic

London | Glasgow | Edinburgh | Dublin | Istanbul | Prague | Budapest | Milan | Monaco | Barcelona | Madrid | Lisbon | Paris

8 COMMENTS

  1. Istanbul antara bandaraya yg paling menarik di dunia, penuh karekter. Terlalu bnyk tempat menarik utk dilawati di Istanbul … 10 hari pn tak cukup. Makanan sedap2. Public transportation tram, tren, bus dan ferry sgt mudah, murah, efisyen dan on time. Makanannya kita akn teringat2 bila balik Malaysia. Jgn lupa bwk balik baklava dan cokelat yg mmg tak boleh dilupakan. Masjid terbesar Istanbul ialah masjid Suleymaniye yg terletak di Suleymaniye … belakang Istanbul Üniversitesi. Baju murah dan berkualiti (local brand). Penginapan sgt murah walau apartment yg fully furnished.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge