Home Ireland Dublin KEMBARA IRELAND DUBLIN 3 HARI 2 MALAM

KEMBARA IRELAND DUBLIN 3 HARI 2 MALAM

8700
10
4 Days in Dublin Ireland
4 Days in Dublin Ireland

 

KEMBARA EROPAH DUBLIN, IRELAND | TIP & ITINERARY.  ireland merupakan negara ke 3 untuk trip aku kali ini. Dah alang alang aku ke scotland memang rugi lah aku tak ke ireland terus. Lagipun aku dari dulu lagi memang teringin sngat nak ke Cliffs of Moher tu. Tempat kumpulan westlife buat muzik video tu. Memang amazing sangat. Dan Alhamdulillah tercapai juga hajat aku nak ke sana.

 

Aku kat ireland tak lama dalam 4 hari jer. So aku akan kongsikan apa yang korang boleh buat dalam masa 4 hari di Dublin Ireland ni Actually 3 hari jer lah sebab hari ke 4 tu aku gerak ke airport jam 4 pagi lagi. So totally memang hari ke 4 tu aku kat dublin sampai jam 7 pagi jer.

 

Sebelum aku kongsi apa yang aku buat untuk 4 hari di ireland ni aku nak kongsi sikit info tentang Ireland ni based on apa yang aku baca. Aku sejak travel ni memang suka baca tentang sejarah negara ni. kalau zaman study dulu orang bayar utk study sejarah pun aku boleh tolak. Benci nya dengan sejarah dulu.  Geografi pun aku dah mula minat. Hehe

 

Dulu dulu Ireland ni merupakan sebahagian dari United Kingdom. Dan masa tu Northern Ireland pun masih lagi dalam Ireland. Then ada sedikit konflik dan perang saudara antara pemimpin british dan ireland so ireland mengambil keputusan untuk keluar dari UK. Tujuannya Ireland tak nak bangsa Irish makin kurang. So Orang irish ni kita nak stand alone lah kot. After keluar dari UK Ireland pula terpecah kepada 2 di antara south and Northern. pemimpin di Northern more kepada UK. Jadi ada berlaku ketidakpersetujuaan then Ireland macam mula kehilangan kawasan di sebelah utara dan terjadilah Republic of Ireland dan Northern Ireland. Sekarng Northern Ireland masih lagi sebahagian dari UK dan Ireland pulak masih lagi salah satu negara anggota EU.

 

Ok cukup lah pasal sejarah ni. Hahha…

 

Ok apa yang korang boleh buat dekat Dublin selama 4 hari ni?

 

Actually di dalam Dublin tak banyak tempat yang menarik pun. Kalau nak pergi tempat cantik cantik korang kena keluar dari Dublin. Kalau totally nak discover Ireland 4 hari memang tak cukup. bagi aku yang kira Dublin merupakan salah satu pitstop cukuplah 4 hari tuh.

 

Ni antara summary perjalanan selama 4 hari aku di Dublin.

 

DAY 1

  • Arrived at 10pm
  • Take airlink express to the hotel €6
  • Check in Hotel 4D3N (The Ripley Court Hotel) €140.40

DAY 2

  • HRC RM179 (T Shirt + Glass)
  • Kebab + Fries + air kat Iskanders €10
  • Bas to Howth €3.50
  • Coffee at Starbuck €5.50
  • Bas to Dublin €3.50
  • Dinner Nasi Bryiani kat Dara Restaurant (Pakistan) €10

DAY 3

  • Breakfast Nasi Bryiani smlm. Portion byk boleh makan 2 kali
  • Jam 7 pg dah gerak ke Cliffs of Moher naik tour bus €50 (Tour)
  • Lunch kat Mc D di Galway €10
  • 8pm sampai di dublin
  • Dinner €13
  • Rest

DAY 4

  • 3.45am check out
  • 4.30am take bus air coach to the Airport €7
  • Fly to Frankfurt (Aer Lingus)
  • Lunch kat Frankfurt Airport €9
  • Souvenir kat Frankfurt €10
  • Fly to Ukraine (UIA)
  • Arrived at Ukraine
  • Fly tu Istanbul (UIA)

TIPS & INFO

  • Building dublin lebih moden. UK building lagi cantik
  • City dublin agak kotor sikit. Ada sesetgh tempat bau hancing
  • Kalau naik bas sila sediakan duit syiling cukup2. Sb dia x terima duit kertas.
  • Tip di Cliffs of Moher tu x payah bawak payung sb payung pun akan terbang. Angin terlalu kuat. X sesuai bawak baby or org tua.

 

Best place in Ireland

  • Cliffs of Moher (3-4 Jam dari Dublin)
  • Howth
  • Phoenix Park
  • Dublin Zoo
  • Samuel Beckett Bridge

 

Bajet in Dublin

  • Flight from Glasgow to Dublin (Aer Lingus) – RM108
  • Hotel – RM656 (3 Days) Another choice boleh amik backpacking hostel. Banyak area Dublin
  • Transport – €20
  •  Makan – €45
  • Tour to Cliffs of Moher – €50
  • Souvenir – €10

 

Tour to Cliffs of Moher.

Kalau datang Ireland aku rasa rugi gila kalau x datang sini. Agak mahal sikit tapi memang berbaloi. Kalaunak drive sendiri pun boleh tapi aku gi sorang2 takkan lah nak drive kot. Kalau datang ramai2 seronok lah drive sendiri boleh stop mana2 je untuk amik gambar. lagipun sepanjang perjalanan view memang cantik gila. Macam kat New Zealand pun ada. Kat sini juga ada tol kalau korang drive tau.

Masa sampai kat Cliffs of Moher angin punya lah kuat gila….Kalau korang pakai mufla ke topi ke baik korang simpan. Kamera Canon aku tu pun boleh terbang tau. Kalau yg kurus tu pun aku rasa boleh terpelanting. Ada satu tempat tu ko nak berjalan pun tak boleh. Nak lintas tempat tu pun susah gila. Sampai ada satu masa tu aku nak bernafas pun tak boleh. Tapi aku tak tahu lah kalau musim lain pun cuaca macam tu. aku pergi musim winter dan tpur guide aku pun dah warning hari yang kami pergi tu angin kuat gila. Walaupun angin kuat dan sejuk aku rasa sejam kat atas tu tak puas. Tempat dia besar gila. Then korang boleh jalan2 sepanjang tebing  cliffs tu. Orang cakap kalau hari biasa boleh je korang nak duduk bersantai tepi cliffs tu. Masa aku pergi tempat tu tutup. Kalau buka pun aku tak berani nak duduk tepi cliffs tu.

baik dari cliffs tu kami singgah kejap tgk view dekat Lisdoovarna. View dia cantik ya amat. Then kami singgah makan dekat town Galway. kast situ macam pekan kecik. Boleh beli souvenir dan aku makan Mc D.

 

Howth

Howth ni lebih kurang 45 minit dari Dublin. Boleh naik bas jer. Tak jauh mana pun. Tempat dia cantik gak. view kapal layar banyak kawasan tu. Cuma musim winter ni tak ramai orang lepak maybe sebab sejuk kot. kalaunak santai santai sesuai lah. orang kata chips kat situ pun sedap. aku tak try pulak sebab macam kosong je kedai tu.

 

Ok lain2 aku tak pergi pun. Cuma dekat city tu aku rasa macam biasa sangat. Building dia tak secantik building dekat UK. Lagi satu ada sesetengah tempat tu agak kotor macam ada bau hancing pun ada. Pastu city dia terlampau banyak construction. Sampai jadi tak cantik.

 

Transport kebanyakkan aku guna bas jer, sebab bas banyak dan senang nak naik. Nak bayar tiket kena duit syiling jer tak pun beli kad dia.

 

Erm apa lagi ek. Ru jelah kot. Aku pun tak tau nak tulis apa dah sebab kat sana tak lama pun. Maybe lepas ni aku nak target Northern Ireland lak. 

 

Aku kat Ireland hari ke 10 sampai hari ke 13 untuk 38 hari kembara eropah ni. Next destinasi aku adalah Istanbul Turkey. Ok part istanbul ni agak mencabar sikit. banyak nak di ceritakan. Nanti aku story utk next entry. 

 

Ok satu lagi sebelum aku lupa jika korang nak travel jauh2 better ada wifi lagi2 kalau travel sorang2 macam aku ni. Kalau nak jimat boleh sewa siap2 pocket wifi ni kat Malaysia. KLIA dan KLIA2 pun ada. Nak sewa boleh ke Sewa Pocket Wifi Here!!!

 

Hotel yg aku stay 3 malam. Agak terlebih selesa sikit utk bacpacker. Tapi korang boleh pilih hostel yg banyak katil tu kalaunak jimat. Sebab aku sorang aku taknak duk hostel. tak berani.

Tram kat dublin. Aku tak naik pun

Ni lah bandar Dublin. tak berapa menarik pun. Seni bini building kat duublin dah moden sikit

Hard Rock Cafe Dublin. Pun tak banyak design. Gelas local design pun tak der

Howth Harbour  kira2 45 minit naik bas dari dublin

Howth Harbour 

Howth Harbour 

Howth Harbour 

Howth Harbour 

Howth Harbour. Tak der lah meriah sangat maybe sebab cuaca sejuk kot

Cliffs of Moher

Cliffs of Moher

Cliffs of Moher

Cliffs of Moher

Cliffs of Moher

Cliffs of Moher

Cliffs of Moher

Cliffs of Moher. tengok angin kuat gila. Boleh terbang kot.

Cliffs of Moher. Geng travel dari USA

Cliffs of Moher

Cliffs of Moher

Cliffs of Moher. MAsa ni angin terlampau kuat woo. Nak turun ke bawah pun tak boleh

Cliffs of Moher. Kat atas ni memang kena jaga2 sikit. Angin kuat

Cliffs of Moher

Ni masa turun dari Cliffs of Moher

Wild Rover Tour. Aku naik bas ni lah ke cliffs tu

Galway

Aer Lingus. Dari Glasgow ke DUblin aku naik Aer Lingus. Cantik design flight ni

Aer Lingus International.

Bye Dublin…..Fly to Next Destination….

Till Then…See u at Istanbul, Turkey

London | Glasgow | Edinburgh | Dublin | Istanbul | Prague | Budapest | Milan | Monaco | Barcelona | Madrid | Lisbon | Paris

10 COMMENTS

  1. salam, boleh sy tahu awak ambil package ke utk ke CLIFFS OF MOHER??? dan untuk ke HOWTH HARBOURH awak naik bas dari mana yer??? sb sy akan ke Ireladn pd bulan Feb 2018 ini… harap ada tips dari awak, btw kalau ada FB blh kngsi kan sy nak tnya tips lebih detail… tq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge