TEMPAT MENARIK DI LONDON UK | KEMBARA SOLO EROPAH 2017. Episod 1 kali ni adalah London. London merupakan destinasi pertama aku untuk 36 hari jelajah Eropah untuk musim sejuk. banyak sebab aku memilih musim sejuk untuk kembara eropah 2016 & 2017. Salah satunya aku nak rasa salji tapi nampaknya setiap destinasi yg aku plan ni macam termiss je salji. Tapi tengok lah kalau ada rezeki jumpa salji kat budapest dan prague. Ok selain nak rasa salji aku travel pada musim sejuk adalah tiket biasanya murah. Almaklumlah sapa nak bercuti musim sejuk kan? Tapi ini lah peluang para traveller macam aku nak jalan jalan. Cuaca sejuk bukan penghalang untuk kami travel.
Ok. London kali ni merupakan kali kedua aku kat sini. Last April 2015 iaitu tahun lepas. Macam tak percaya gak back ti back aku datang london ni. Bezanya kali ni aku datang sorang. Dan travel aku kali ini agak teratur sikit. Belajar dari pengalaman. Dan aku target tempat dekat dekat jer memandangkan aku di London hanya 4 hari jer.
Aku sampai di Heathrow Airport dah dekat 5 ptg. 13 jam fly bersama Malaysia Airlines. Tiket dari KLIA ke London Heathrow aku dapat hanya RM304 sahaja!! Sampai Heathrow aku amik Heathrow Express terus ke Paddington Station untuk check in.
Ok sepanjang 4 hari aku kat London ni destinasi yang aku pergi.
Tempat Menarik di London UK
- Hyde Park
- Buckingham Palace
- London Eye
- London Bridge
- Sightseeing naik bus London
- Malaysia Hall London
Ok tak banyak tempat pun aku pergi sebab cuaca sejuk dan masa agak limited.
Untuk 4 hari aku di London aku stay di Karslake House (RM250 4D3N) berdekatan dengan underground Liverpool Street. Jalan kaki about 15 minit je.
Sepanjang aku kat London ni bajet aku habis
Bajet 4 hari di London UK
- Flight KLIA – Heathrow London RM304 (Malaysia Airlines)
- Heathrow Express from Heathrow to Paddington RM120 (£22)
- Oyster Card – RM80 (£15)
- London Hop On Hop Off – RM160 (£30)
- Hostel – RM250
- Lunch day 2 kat Malaysia Hall – RM33 (£6)
- Beli kuih kat Malaysia Hall – RM22 (£4)
- Beli barang kat Stadium Chelsea – RM450 (£80)
- Chelsea Stadium Tour – RM160 (£30)
- Breakfast kebab – RM22 (£4)
- Dinner kat Malaysia Hall – RM33 (£6)
- Souvenir – RM55 (£10)
- Hard Rock Cafe – RM38 (£7)
Ok ni beberapa keping gambar sepanjang aku di LONDON, UK!!!
Paddington Station – Underground

Malaysia Hall Canteen. Tempat wajib singgah untuk makan. Tak mahal pun.

Big Bus London Sightseeing. Kalau korang penat nak jalan kaki naik ni jer. tapi bagi aku lagi best jalan kaki jer. CUma kalau bawak family tu eloklah naik ni. Harga £30 satu hari. Kira ikut korang lah nak turun kat mana tapi pastu boleh naik balik.













Hyde Park






Ni rombongan mak jemah. terserempak kat London Bridge
Stamford Bridge
Cosmoderm. Losyen nak elakkan kulit jadi kering.
Till Then…
Faizal Fredley – London Dec 2016
See u on Glasgow Post
Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]
Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com
Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures
Wow ohsemmmm sharing thanks bro! ?
Bro..macam mana boleh dapat tiket flight murah tu?
assalam, murah gila flight tiket RM304, MAS pulak tu, camana dapat? bagi la tips sikit, anyway congrat. bro gambar2 tu memang menarik
Macam murah je RM250 utk 4D3N. Motel ke tu?
Karslake house book dekat mana ya?
murahnya ticket flight…ada tips tak caner nak cari ticket murah gini
Yg femes tu Tower bridge gambar atas tu bang bukan London bridge…
semoga selamat.perjalanan
ummi recently posted..Jenama Sendiri? Ya, tidak mustahil dengan kos yang munasabah!
Bila agaknya giliran aku pulak nak g sana. Hoho
Hafiz Rahim recently posted..Berbaloi Ke Pergi Bangi Wonderland?
Bestnya! Murahnya flight tiket tu.
Mama Kembar 3 recently posted..#MyTravelokaEscapade Bawa Ku Jalan Jalan di London!
FF gambar memang terbaik…cantik!!
wahhh, bestnyaa jalan2 london
bestnya! tiket MAS tu murah giler..