Seharian di Stamford Bridge Chelsea Stadium

Seharian di Stamford Bridge Chelsea Stadium. Hari ni dah hari kedua aku di London untuk Jelajah Eropah musim sejuk. So far alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Cuaca kat London ni pun tak de lah sejuk sngat tapi masih sejuk. Around 9 darjah waktu pagi dan ptg dah masuk 11 darjah. Waktu siang kat London sekarang agak singkat. Matahari jam 8 pagi baru timbul pastu jam 4 ptg dah gelap dah. Kira sekejap je lah kalau nak jalan-jalan pun.

 

Untuk hari pertama aku tak banyak jalan pun. Sampai kat Heathrow Airport pun dan jam 5 ptg. Pastu amik train dan cari hostel pun dan makan masa berjam dah. Akhirnya aku sampai hotel aku dah jam 9 malam UK kat malaysia dah kol 4 pagi dah. Jarak masa kat UK lewat 8 jam.

 

Eh entri ni aku nak cerita aku kat stadium chelsea je. Untuk Episode London nanti aku buat lain. 

 

Hajatnya nak gi stadium chelsea ni tahun lepas lagi. Tapi tetiba je aku x sempat pun nak ke stanford bridge tu. Banyak sgt aktiviti. lagipun tahun lepas gi ramai. So nak buat kepala tu susah lah sikit.

 

Untuk ke stadium chelsea ni korang boleh stop di stesen Fulham Broadway Station. Then dari situ jalan kaki jer. Tak jauh pun. Dalam 500m jer.

 

Sampai di stadium tu aku terkejut gak sebab kecik gila stadium ni. Dengan stadium Kelantan lagi besar stadium kelantan. tahun lpas aku gi stadium Manchester United. Agak besar jugak. Stadium baru chelsea akan siap dalam masa 2 tahun lagi.

 

Tapi x kisah lah dah sampai kan. masuk jer lah.

 

Kat stadium tu aku amik tour untuk masuk stadium tu. Dalam 30 Pound. Boleh tahan mahal. Kalau x nak amik tour korang boleh bergambar dekat luar je lah. Dalam tour tu dia bawak masuk ke dalam stadium, museum chelsea, bila persalinan pemain away dan home dan bilik media. Kira puas hati lah sebab ko dpt tgk tempat2 pemain kesanyangan tukar baju bagai tu.

 

Dalam 1 jam tour habis. Aku sempat beli sedikit cendermata dari stadium tu. Barang tak yah cakpa lah mahal nak mampos. Tapi aku sempat beli jersi sehelai, keychain dan gelas 2. Habis dalam 90 pound. pejam mata lah bayar tu pun pakai kad kredit sebab duit cash tak cukup nak makan nanti.

 

Ni beberapa shoot gambar aku kat stadium Chelsea….

 

Bilik Media
Bilik persalinan pemain home
Tempat duduk Antonio Conte
70 Pound



Losyen Cosmoderm ni aku selalu bawak bila travel lagi2 kat europe. Cuaca kat europe ni membuatkan kulit jadi kering dan gatal2 so aku guna cosmoderm utk wlak kulit kering dan gatal2 ni

 

 

*******************************************

TIP TRAVEL KE OVERSEAS: Travel tanpa internet baik korang duk terperap kat dapur rumah korang jer. Unless korang ni jenis penyiasat sendirian atau pembunuh upahan. So untuk penjimatan semasa travel baik korang pi sewa SAIMURAI POCKET WIFI dulu sebelum fly...Coverage mantap jangan risau. InshaAllah boleh cover satu dunia.....

Share this post

5 thoughts on “Seharian di Stamford Bridge Chelsea Stadium

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

CommentLuv badge