Seharian di Stamford Bridge Chelsea Stadium

Seharian di Stamford Bridge Chelsea Stadium. Hari ni dah hari kedua aku di London untuk Jelajah Eropah musim sejuk. So far alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Cuaca kat London ni pun tak de lah sejuk sngat tapi masih sejuk. Around 9 darjah waktu pagi dan ptg dah masuk 11 darjah. Waktu siang kat London sekarang agak singkat. Matahari jam 8 pagi baru timbul pastu jam 4 ptg dah gelap dah. Kira sekejap je lah kalau nak jalan-jalan pun.

 

Untuk hari pertama aku tak banyak jalan pun. Sampai kat Heathrow Airport pun dan jam 5 ptg. Pastu amik train dan cari hostel pun dan makan masa berjam dah. Akhirnya aku sampai hotel aku dah jam 9 malam UK kat malaysia dah kol 4 pagi dah. Jarak masa kat UK lewat 8 jam.

 

Eh entri ni aku nak cerita aku kat stadium chelsea je. Untuk Episode London nanti aku buat lain. 

 

Hajatnya nak gi stadium chelsea ni tahun lepas lagi. Tapi tetiba je aku x sempat pun nak ke stanford bridge tu. Banyak sgt aktiviti. lagipun tahun lepas gi ramai. So nak buat kepala tu susah lah sikit.

 

Untuk ke stadium chelsea ni korang boleh stop di stesen Fulham Broadway Station. Then dari situ jalan kaki jer. Tak jauh pun. Dalam 500m jer.

 

Sampai di stadium tu aku terkejut gak sebab kecik gila stadium ni. Dengan stadium Kelantan lagi besar stadium kelantan. tahun lpas aku gi stadium Manchester United. Agak besar jugak. Stadium baru chelsea akan siap dalam masa 2 tahun lagi.

 

Tapi x kisah lah dah sampai kan. masuk jer lah.

 

READ  Bukan Susah Pun Nak Tewaskan Manchester United (MU 0 Chelsea 1)

Kat stadium tu aku amik tour untuk masuk stadium tu. Dalam 30 Pound. Boleh tahan mahal. Kalau x nak amik tour korang boleh bergambar dekat luar je lah. Dalam tour tu dia bawak masuk ke dalam stadium, museum chelsea, bila persalinan pemain away dan home dan bilik media. Kira puas hati lah sebab ko dpt tgk tempat2 pemain kesanyangan tukar baju bagai tu.

 

Dalam 1 jam tour habis. Aku sempat beli sedikit cendermata dari stadium tu. Barang tak yah cakpa lah mahal nak mampos. Tapi aku sempat beli jersi sehelai, keychain dan gelas 2. Habis dalam 90 pound. pejam mata lah bayar tu pun pakai kad kredit sebab duit cash tak cukup nak makan nanti.

 

Ni beberapa shoot gambar aku kat stadium Chelsea….

 

Bilik Media

Bilik persalinan pemain home

Tempat duduk Antonio Conte

70 Pound



Losyen Cosmoderm ni aku selalu bawak bila travel lagi2 kat europe. Cuaca kat europe ni membuatkan kulit jadi kering dan gatal2 so aku guna cosmoderm utk wlak kulit kering dan gatal2 ni

 

 

.
#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & Samurai Wifi
SUPPORT BY:
#kelabbloggerbenashaari
POWER BY:  
Malaysia Tourism, Korea Tourism Organization, Skyscanner, Wonderful Indonesia
.

Winner of Favourite Travel Blog 2013 and Runner up Best Travel Blog 2014 in Malaysia Social Media Week (MSMW). A Telco Engineer by Profession. A Blogger and Traveler by Passion.

7 Comments

  1. Pingback: KEMBARA EROPAH DI MADRID, SEPANYOL - TIP & SUMMARY - Faizal Fredley

  2. Mazni Azmi

    April 7, 2017 at 9:34 AM

    Kagum tengok kebersihan stadium mereka ni. Tiket home game pun dah sold out sebelum masanya
    .
    Agaknya ada tak ulat tiket kat sana
    .
    Baju tu custom made 70 paun
    .
    Bagi saya mahal kot. Bagi peminat sejati murah agaknya
    .
    Mazni Azmi recently posted..Pendarahan Awal Kehamilan. Cara Elakkan Dari Berlaku?My Profile

  3. Pingback: 3D2N di Edinburgh Scotland - Tip Bajet Itinerary dan Tempat Menarik - Faizal Fredley

  4. Hafiz Rahim

    December 27, 2016 at 9:39 AM

    Stadium kecik, tapi nampak clean & kemas je. Jauh beza stadium kita. Haha

  5. YB Shehan

    December 20, 2016 at 10:08 AM

    70 pound tshirt tu? uhukss..
    YB Shehan recently posted..KOREA TRIP (DAY 1) | NAMI ISLAND, MOUNT SOERAK & DEL PINO RESORTMy Profile

  6. ira

    December 15, 2016 at 11:29 AM

    wahh, kalau peminat chelsea nih memang best laa

  7. Anuar

    December 15, 2016 at 9:00 AM

    Bestnya dapat pergi ke Stamford Bridge Chelsea Stadium… Salah satu tempat impian saya…
    Anuar recently posted..Siapa Raja Kamil? (Usahawan Internet yang WAJIB anda kenali)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge