MAHA 2016 Last Day Esok! Rugi Tak Pergi

MAHA 2016 Last Day Esok! Rugi Tak Pergi. Tahun ni merupakan kali pertama aku jejakkan kaki untuk MAHA. Sebelum ni lokasi yang jauh membuatkan aku agat berat nak jejakkan kaki ke tempat tempat macam ni. So memandangkan tahun ni aku dah pindah Puchong aku rasa tiada alasan lagi aku nak skip MAHA 2016. Lagi2 aku ni memang sejenis manusia yang minat agroteknologi dan pertanian. Ingat lagi masa degree dulu aku apply bidang pertanian kat UPM tapi jodoh dengan Engineer agak kuat. Dan tahun depan InshaAllah aku akan sambung Master di UPM!!

Ok kenapa aku cakap korang wajib pergi ke MAHA 2016 kali ni?

MAHA 2016 ni semua ada. Memang korang tak kan rugi lah kalau datang. Mula-mula aku ingatkan ada secebis tu je MAHA 2016 tapi bila dah masuk dalam tu Ya Ampunnnn…besaq baq hang…Memang tak cukup kaki lah korang nak jalan nanti. Boleh tercabut woo  Tapi puas hati sebab macam macam ada.

Bagi aku tempat yang paling best aku pergi tadi adalah tempat jual bunga. Hehhe sebab aku memang suka tanam bunga tapi aku sempat singgah kejap je tadi sebab masa nak singgah tempat jual bunga tu hujan turun lebat gila. So aku skip tempat tu.

Hari ni seharian suntuk aku dan 34 lagi blogger duk menjelajah MAHA 2016. Kaki tu kalau pakai kaki palsu tu memang tercabut dah. Betullah orang kata kalau nak ronda semua tempat dalam MAHA 2016 ni memang tak cukup 1 hari. Sekurang kurang nya 3 hari baru habis tawaf keseluruhan. Antara tempat yang sempat kami jelajah tadi adalah Nafas Cube Cafe, Nafas Cube, Laman Nanas, Laman Armada, Lembu Sado, Madu Kelulut, Kampung Upin Ipin, Main Exhibition Hall, Laman Padi, Empayar Makanan, Castle of Fruit, Kampung Mok Cun, Jabatan Perikanan dan Light Sensation.

Tuh diaaa…banyak jugak tempat aku pergi tu pun ada lagi yang tak sempat nak pergi…

 

 

Kampung Upin Ipin

Lagi satu kalau korang ada anak-anak tu apa kata korang bawa diorang ke kampung upin ipin. Kompen memang happy lah diorang. Bila lagi kan nak bawak budak2 tgk upin ipin live. Tiket masuk ke kampung upin ipin pun hanya RM25 jer. Kat kg upin ipin tu ada persembahan live dari upin ipin dan kawan kawan, pastu ada juga replika rumah ipin upin, tayangan upin ipin pun ada. lagi hebat hologram upin ipin lagi. Yang tu aku pun terpegun dah macam budak2 pom ada. Pastu kalau masuk kg upin ipin ni korang akan dapat satu pasu. Dalam pasu tu anak2 korang boleh tanam pokok then bawak balik rumah.

 

Lembu Sado

Lembu sado ni sejak minggu lepas lagi agak viral di laman social. Sebab unik sangat lembu ni. Aku ingat orang je ada yang sado. Lembu pun ada tau. Lembu ni dari belgium rasanya. Dan dah jadi trend kat orang pantai timur. Kalau korang datang bukan setakat lembu sado ada tau. abam2 sado pun ramai kat sini. Hahah boleh lah nak cuci mata…

 

Tip Ke MAHA 2016

Ok ni beberapa tip kalau korang nak ke MAHA 2016 yang hanya tinggal sehari je lagi ESOK!!!

  1. Bawak payung siap siap sebab cuaca sekrang kalau panas memang panas betol. Pastu ptg2 selalu hujan
  2. Jaga anak2 sb keadaan agak crowded. Aku pun tak tahu manusia dari mana yg datang
  3. Pakai kasut sebab tempat ke tempat tu kena naik tram.
  4. Sediakan duit banyak2. heheh
  5. Boleh datang ikut pintu 2 sb pintu 1 penuh dengan manusia

 

 

Nafas Cube

Paling banyak banyak tempat yang aku pergi, tempat yg agak terkesan membuatkan aku nak datang lagi lepas MAHA 2016ni adalah Nafas Cube. Dia punya homestay memang menarik gila. Ala ala backpacker pun ada. Then kawasan dia pun agak menarik depan tu ada tasik. Kalau stay kat situ boleh memancing. Then under nafas Cube ada camp gak. Camp ni kalau tak silap aku namanya kampung pink. Hahah untuk gegirl jer.

MAHA 2016 mula beroperasi dari jam 10 pagi sampai lah ke malam. Malam lak akan ada konsert!!! Pagi2 tu korang boleh breakfast kat Cafe Nafas Cube tu. Ada nasi lemak lagi….

Ok so far yang tu je aku mampu tulis. Sebab seharian dah aku tawaf MAHA 2016 ni…so korang layan gambar je lah jer…org kata biar gambar jer berbicara..hehehe

 

NAFAS CUBE

CAMP KAMPUNG PINK NAFAS CUBE

SATAY TUNA! ONLY HERE AVAILABLE

JABATAN PERIKANAN

Kast sini macam macam jenis ikan ada. Paling mahal ada ikan yg berharga RM1800 1kg. Ikan jerung pun ada. Kalaunak bawak anak2 masuk sini memang sesuai. Tapi pun crowded dgn budak2 jer.

LAMAN ARMADA

HEART & VEGETABLE

LAMAN NANAS

LADANG MINI KELULUT

LEMBU SADO

BEDAK SEJUK IN THE MAKING

EXHIBITION HALL – JAGUNG 

LAMAN PADI

MEMANCING POM BOLEH

ORKID HUTAN DAN KACIP FATIMAH

LIGHT SENSATION

KG. UPIN IPIN – yg nilah pasu yg dia bagi utk anak2 korang tanam pokok

CASTLE OF FRUITS

TRAM

Sepanjang korang nak jalan2 kat dalam ni korang kena naik benda alah ni tau. Sebab satu destinasi ke satu destinasi tu jauh. Pastu korang kena beratur kat tempat yg disediakan. Crawded tu sudah pasti. heheh

Recommended Place!

  • Kampung Upin Ipin
  • Empayar Makanan
  • Nafas Cube
  • Laman Nanas
  • Laman Armada
  • Lembu Sado
  • Light Sensation

Untuk maklumat lanjut;
Website: www.maha.gov.my
Facebook: MAHA – Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism
Hashtag: #MAHA2016 #OurFoodOurFuture

*******************************************

TIP TRAVEL KE OVERSEAS: Travel tanpa internet baik korang duk terperap kat dapur rumah korang jer. Unless korang ni jenis penyiasat sendirian atau pembunuh upahan. So untuk penjimatan semasa travel baik korang pi sewa SAIMURAI POCKET WIFI dulu sebelum fly...Coverage mantap jangan risau. InshaAllah boleh cover satu dunia.....

Share this post

5 thoughts on “MAHA 2016 Last Day Esok! Rugi Tak Pergi

Leave a Reply to gja Cancel reply

CommentLuv badge