SHARE

hrh_2
Hard Rock Hotel Penang View

 

Hard Rock Hotel Penang FAM Trip With Media & Blogger. Baru baru ni aku berpeluang untuk review sebuah hotel yang agak gah di Penang. Kalau cakap nama hotel ni confirm ramai yang memang teringin nak stay di hotel ni. Aku dulu pun memang teringin sangat nak stay di Hard Rock Hotel Penang nih. Dan alhamdulillah aku dapat invitation dari pihak Hotel Hard Rock Penang sempena HRH Penang memperkenalkan new look untuk bilik di HRH Penang.

 

Sempena dengan itu aku ditawarkan untuk stay di Hard Rock Hotel Penang selama 3 hari 2 malam. Sudah semestinya 3 hari yang amat aku hargai dan akan di gunakan sebaik mungkin di HRH penang nanti.

 

Aku driving dari KL ke Batu Ferringhi lebih kurang 4 jam. Sebuah perjalanan yang agak mencabar bagi aku yang memang tak suka drive jauh jauh ni. Namun disebabkan excited nak stay di HRH ni aku tempuhi jua. Dalam keadaan yang tidak berapa sihat aku gagahkan diri untuk drive sendirian ke Penang. Lebih kurang jam 4 ptg aku sampai di Hotel. Terus checkin dan ready untuk dibawa oleh pihak hotel bagi melihat beberapa buah bilik di hotel ni.

 

hrh_3
Di Balkoni Hard Rock Hotel Penang

 

Sebelum aku teruskan dengan bilik di hotel ni aku terangkan serba sedikit info tentang Hard Rock Hotel Penang.

 

Hard Rock Hotel Penang merupakan salah satu hotel yang mewah dan popular di persisiran pantai Batu Ferringhi. Terletak di Negeri Pulau Pinang hotel ni juga merupakan salah satu icon kepada kemewahan negeri ini. Hotel ini juga sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun seorang untuk merelekskan minda dan juga agak sesuai untuk bersantai terutama di hujung minggu.

 

Dengan 250 bilik secara keseluruhan dan di designkan khas bagi menenangkan fikiran semestinya HRH Penang pilihan aku dikala aku datang ke Penang. Di dalam bilik ini juga disediakan Wi-Fi connections, BOSE Sound System dan 50-inch LED screen TVs.

 

Untuk makan makan pula HRH Penang menyediakan hidangan yang boleh memenuhi citarasa korang sebagai asian dan kalau tekak korang tu tekak mat salleh HRH Penang juga menyediakan hidangan  western.

 

Paling aku suka dan menjadi treadmark HRH Penang adalah potret potret yang di lekatkan di setiap dinding hotel dan bilik yang dihiasi oleh bintang2 lagend. Selain tu music yang di pasang di hotel juga boleh membuatkan minda jadi fresh. Masa aku stay hari tu dalam bilik aku ada potret Mandonna di dinding katil dan potret Elvis Presley di dlm toilet.

 

Hard Rock Hotel Penang mempunyai pelbgai jenis bilik antaranya adalah:

  1. Hillview Deluxe (from RM400++ per night)
  2. Seaview Deluxe with balcony (from RM480++ per night)
  3. Seaview Terrace (from RM590++ per night)
  4. Lagoon Deluxe (from RM590++ per night)
  5. Rock Royalty Seaview Deluxe with Balcony (from RM610++ per night)
  6. Roxity Kids Suite (from RM610++ per night)
  7. Roxity Kids Suite (from RM660++ per night)
  8. Seaview Studio Suite (from RM730++ per night)
  9. Rock Star Suite (from RM1,600++ per night)
  10. Kings Suite (from RM3,000++ per night)

*The above prices are inclusive of breakfast for 2 adults and 2 children below 12 years old.

 

 

Hari tu aku dapat bilik Seaview Studio Suite! Memang puas hati. Maybe lepas ni nak try Lagoon Deluxe. Sebab bilik ni ada connection terus ke swimming pool. hehe Boleh mandi puas-puas. tapi paling best King Suite. Memang VVIP punya bilik. tengok harga pun dekat RM3000++ per night uoils…..Bukan per weeks…

 

Ada sesetengah bilik di sini juga ditawarkan pakej Rock Royalty Level privileges. Antaranya Rock Royalty Seaview Deluxe with Balconi, Seaview Studio Suite, Rock Star Suite, Kings Suite. Apa yang istimewa Rock Royalty Level privileges ni korang akan dapat access level 4 dimana level ni agak limited dan korang juga boleh breakfast, tea time dan macam-macam lagi. kira korang akan ada space sendiri tak perlu nak crowded sangat makan di ground level. Kalau korang stay bilik biasa pun masih boleh menikmati Rock Royalty Level privileges dengan hanya top up RM170++ per night for 2 persons.

 

Nak tahu apa yg ada kat level 4 ni silalah datang sendiri hehe..

 

Selain itu, Kalau korang stay kat HRH ni korang boleh menikmati hidangan yang best di Pizzeria. Kat sini juga ada memperkenalkan banyak menu baru seperti:

 

  • Minestroni Soup
  • Pollo & Spinaci Pizza
  • Carbonara Pizza
  • Ricotta Spinach Ravioli with choice of Napolitana, Bolognaise and Pesto
  • Lemon Cake
  • Tiramisu
  • Fruit Zabaglione

 

hrh_4
Sumpah rasa x nak keluar dari bilik.

View from my room

hrh_5
Swimming Pool di best hingga nak meninggal.haha

hrh_6
Hillview Deluxe

Hillview Deluxe

Bilik stylo dan rekaan terkini dengan perhiasan moden dilengkapi dengan pemandangan panorama bukit. Setiap bilik dilengkapi dengan peralatan moden.

Katil : 1 King atau 2 Single

 

Hillview Deluxe with Balcony

Lebih ruang dan keselasaan. Dengan sumber inspirasi rock dan alam semulajadi, rekaan bilik ditambah dengan ruang legar di luar untuk menikmati pemandangan luar tanpa batasan.

Katil : 1 King atau 2 Single

 

hrh_7

 

Rock Star Suite

Hanya 1 unit Rock Star Suite, layanan VIP beserta pengalaman kelas pertama terunggul disediakan. Rock Star Suite direka khas dengan penuh kecanggihan dan mempersembahkan adunan rock star dan dekorasi berstail. Bilik ini menyediakan ruang legar privasi dan 1 bilik tidur, yang semestinya sangat luas bagi anda. Rekaan yang semestinya menepati kehendak rock star hebat. Deposit tanpa pulangan akan dicaj 48jam sebelum waktu ketibaan anda.

Katil : 1 King dan 1 Katil Sofa

 

hrh_8
Roxity Kids Suite

 

Roxity Kids Suite

Sempena nama Roxity Kids Suite, ianya direka khas untuk rock star yang lebih muda. Dilengkapi dengan semua kemudahan moden untuk seluruh keluarga melayan kanak kanak, pastinya semua dapat merasai bilik yang lebih luas, glamer dan gah. Dilengkapi dengan set televisyen peribadi, Play Station 3, video muzik, menu tempahan dalam bilik untuk kanak kanak dan snek lengkap di mini bar, pastinya percutian sebenar rok star muda bermula di sini. Semua bilik Roxity Kids Suite adalah kawasan larangan merokok dan menawarkan pemandangan bukit yang tenang.

Katil : 1 King dan 1 Single Bertingkat

 

Roxity Kids Suite with Courtyard

Percutian yang premium untuk seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak pastinya memerlukan ruang yang sangat luas. Direka untuk rock star yang muda, bilik ini dilengkapi dengan set televisyen peribadi, Play Station 3, video muzik, menu tempahan dalam bilik untuk kanak kanak dan snek lengkap di mini bar. Buka pintu gelongsor, terus sahaja ke ruang permainan di luar. Suite yang direka khas untuk kanak kanak ini menawarkan katil saiz King dan satu katil single bertingkat. Bilik ini juga adalah kawasan larangan merokok.

Katil : 1 King dan 1 Single Bertingkat

 

Rock Royalty Seaview Deluxe with Balcony

Rock Star juga perlukan percutian dari kehidupan realiti. Di sini, anda pastinya dapat menikmati privasi keseluruhan dan akses ke Rock Royalty Lounge. Hanya 10 unit bilik jenis ini ditempatkandiaras tertinggi iaitu paras 6, anda pastinya dapat kepuasan bercuti dan menikmati pemandangan terindah laut dari paras ini.

Katil : 1 King sahaja

 

hrh_9
Seaview Deluxe Terrace

 

Seaview Deluxe Terrace

Menikmati cahaya matahari pagi di ruang teres peribadi dengan pemandangan laut dan kolam renang yang luas ada lah kebaikan bilik ini. Ditempatkan di paras 2, bilik Seaview Deluxe Terrace menawarkan kemudahan moden yang lengkap untuk untuk rock stars yang inginkan keselesaan utama di bilik sendiri, Dilengkapi dengan sofa besar dan kerusi santai di teres, anda pasti selesa dengan semua ciri ini. PAsang earphone, nikmatilah cahaya matahari di teres peribadi anda.

Katil : 1 King atau 2 Single

 

hrh_22
Seaview Deluxe with Balcony

 

Seaview Deluxe

Berlainan dari bilik seaview yang biasa, ini adalah bilik yang lebih menarik diadukkan stail yang unggul dan kukuh. Dicirikan dengan bilik air konsep terbuka atau tertutup menghasilkan suasana lebih menarik. Tidur lebih nyenyak dan bangun keesokan hari untuk pemandangan laut dan kolam renang yang luas.

Katil : 1 King atau 2 Single

 

hrh_12
Studio Suite

 

Seaview Studio Suite

Perlukan ruang luas dan keselesaan? BIlik ini pastinya menawarkan ciri2 tersebut. Direka kahs berinsipirasikan rock star, kontemporari tetapi unggul. Buka jendela dan bunyi ombak lautan pasti menghiburkan anda. Nikmati kemudahan sarapan pagi privasi dan koktail waktu malam di Rock Royalty Level Lounge sepanjang penginapan anda.

Katil : 1 King sahaja

 

hrh_11
Lagoon Deluxe

 

Lagoon Deluxe

Inovasi rekaan terbaru untuk bilik Lagoon Deluxe. Terus ke kolam renang dari balkoni bilik anda. Keunggulan yang anda cari adalah keutamaan kami kepada anda semua rock stars. Konsep yang pertma kali diperkenalkan di Pulau Pinang, jadilah antara yang pertama menikmati suasana ini.

Katil : 1 King atau 2 Single

 

hrh_21
King Suite

 

Kings Suite

Impikan untuk jadi King of Rock seterusnya? DIreka menggabungkan 2 bilik tidur dan 1 ruang legar privasi memberi keselesaan utama. Katil saiz King Hollywood di bilik tidur pertama dan katil saiz King biasa di bilik tidur kedua. Nikmati keseronokan di tab mandi pasangan menghadap kolam renang utama. King Suite disediakan di aras bawah mempunyai kemudahan akses terus ke kolam renang peribadi tanpa gangguan awam dan akses ke ruang letak kereta. Deposit tanpa pulangan akan dicaj 48jam sebelum waktu ketibaan anda.

Katil : 1 Hollywood King dan 1 King

 

hrh_13
Rock Royalty Lounge

hrh_14
Aerial View

hrh_15
Rock Shop
hrh_16
hrh

hrh5

hrh_17
Lobby

hrh_18

hrh_19

hrh_20

pizzeria
Pizzeria

hrh4

Malam2 layan live band kat hard rock cafe bawah tu.

 

hrh2
Ni lah bilik aku sepanjang 3 hari stay di HRH Penang

 

Untuk features bilik yang baru pihak Hard Rock Hotel Penang telah mengupgaredkan beberapa ciri ciri yang lebih menarik dah lebih fresh antaranya TV 32 inci kepada 50 inci dan juga BOSE Sound System.

 

Selain itu pihak HRH Penang juga menyediakan bebrapa menu baru untuk Pizzeria yang pasti membuat air liur korang meleleleh… Ari tu aku rugi sbab tak berana sihat so tak boleh nak bantai semua makanan yang disediakan.

 

Ni antara hidangan yg dihidangkan kat Pizzeria

 

Begitulah berakhirnya percutian 3 hari 2 malam aku di Hard Rock Hotel Penang. Bagi aku HRH Penang merupakan salah satu hotel terbaik di penang yg pernah aku stay. maklumlah tgk harga pun tahu kan. memang agak mahal tapi berbaloi untuk stay di sini. Kalau bawak anak2 bercuti kat penang pun tak payah risau nak bawak ke tempat lain. Lepaskan je anak2 bermain kat pool tu. Lagi satu kalau mak bapak nak releks boleh ambil bilik Roxity Kids Suite. Sebab dalam bilik tu pun dan ada mini taman utk budak2 main…

 

Overal aku rate hotel ni 9/10

  • Sleep Quality 5/5
  • Rooms 5/5
  • Service 4.5/5
  • Value 4.5/5
  • Cleanliness 4.5/5

 

Untuk matlumat lanjut boleh ke:

Tip Travel

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

17 COMMENTS

  1. Hmmm saya pun tgh berkira-kira nak duduk hotel ni … hmm kalau tahu ada farm trip ke penang hari tu, dah lama saya join. Tak tahu pula ada trip ke sini, yang sampai ke saya semua trip ke selatan .. adeh .. memang tak dapatlah sbb saya dok penang.
    ..
    Tapi ni mmg tgh bajet dan cari peluang nak lepak hotel ni. Baru ni dah lepak kat Lexis Suites Penang, sampai 3 kali lepak situ .. huhu .. so ingat nak try hard rock… hotel sebelah2 hard rock dah pernah duduk .. huhu .. Bayview, Golden Sands. .

Leave a Reply to shiqeen sattar Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge