Lepak di Pretz n Beanz Solaris Mont Kiara

img_5352
Pretz n Beanz Solaris Mont Kiara

Pretz n Beanz Solaris Mont Kiara. Baru baru ni aku singgah di Solaris Mont Kiara. Sebab utama aku kesini untuk meeting denagn salah sorang client. So dah alang-alang aku dekat sini aku cubalah makan di Pretz n Beanz Solaris Mont Kiara. Dengar citer ada menu baru. Jadi nak jugak lah aku terjah sebab sebelum ni aku dah pernah makan di sini memang puas hati.

Untuk pengetahuan korang Pretz n Beanz mempunyai beberapa cawangan dan salah satunya di Mont Kiara, Tak silap aku satu lagi ada di ada di Bangsar. Kira cafe ni cafe hispterlah juga sebab bagi aku decoration dalaman agak menarik membuatkan customer rasa selesa duk dalam ni.

Bagi korang yang nak datang sini just waze je solaris mont kiara. Pretz n Beanz terletak tepi jalan jer. Bila dan sampai solaris mont kiara tu korang memang akan nampak sign board PnB belah kiri.

Ok berbalik kepada menu paling menarik perhatian aku adalah  Pretzel Tower dan Pritzel Pizza. Memang nampak menyelerakan. Paling menarik Pretzel Tower datang bersama beberapa sos antaranya Cream Cheese Dip, Caramel Dip, Chocolate Sauce Dip, Passion Jam, Sour Cream Onion Dip dan 4 lagi sos baru iaitu Cheedar Cheese Dip, Praline Hazelnut/Nuttella, Satay Sauce, serta Tomato Salsa.

Selain roti pretzel disini juga menyediakan sajian lain seperti Pretzel Pizza, Sarapan Pagi, Waffle, Soup, Salad, Sides menu, pelbagai Sandwich, Thick Toast, dan Menu Kanak-kanak. Bagi minuman pula ada lebih 30 pilihan yang terdiri daripada Pretz n Beanz Coffee Beans, House Blend, Ice Blended, Tea & Chocolate, Smoothies, Milkshake, Sparkling Sodas, dan Healthy juice.

img_5317
Set Christmas Turkey

Untuk menu istimewa sempenan krimas pula ada Set Christmas Turkey. Dalam set ni ada:

  1. Mushroom Soup with Christmas Stollen
  2. Caesar Salad with Turkey slice
  3. Satu (1) pilihan sajian utama/Main Course dari pilihan Christmas ala carte items
  4. Christmas Gingerbread
  5. Americano Coffee / Gourmet Tea

So kalau korang datang order set krismas ni pun dah berbaloi baloi dan kenyang perut dah. Sebab set ni bagi aku dah lengkap untuk memenuhi perut korang.

img_5334
Nihaaa yg kami sempat makan hari tu…..
img_5345
Mini Tower dengan 4 plain pretzel dan dipping sos. RM19 for 6 Mini Plant Pritzels dan RM35 for 12 Mini Plant Pritzels.
img_5316
Caesar Salad with Turkey slice
img_5309
Chicken Breast stuffed dengan Turkey slice, Spinach dan Cheese with Brown sauce
img_5308
Aglio Olio Turkey slice Spaghetti
img_5305
Mushroom Soup with Christmas Stollen
img_5299
Filled Pretzel : Cheesy Chili Chicken
img_5294
Turkey slice Pizza
img_5362
Christmas Pastry

Paling menarik semepena krismas ni juga korang boleh dapatkan menu di atas dengan promosi yang kebabom. Dan promosi ini akan bermula pada 24 November sehingga 30 Disember 2016 dengan tawaran harga RM46+ untuk seorang. Bagi yang inginkan tempahan pastri korang boleh membuat tempahan selewat-lewatnya 5 hari awal tetapi ianya bergantung kepada stok tempahan.

Bagi Exclusive Members, korang boleh dapatkan Christmas Gingerbread secara percuma dengan sebarang pembelian pada 25 Disember 2016 ini (tertakluk kepada syarat).

Waktu operasi :

Isnin – Jumaat : 7.00 pagi – 1.00 pagi

Sabtu & Ahad: 7.00 pagi – 2 pagi.

Untuk maklumat lanjut:

 

Pretz n Beanz Cafe Solaris Mont Kiara

Alamat: Cawangan Solaris Mont Kiara No. 22, Ground Floor, Jalan Solaris 4, 50480 Kuala Lumpur

No. tel : +603 6204 97 33

E-mail : ipc@pretznbeanz.com

Website : www.pretznbeanz.com

Facebook: Pretz n’ Beanz

Instagram: @pretznbeanz

 

#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
#BERTUKAR KEPADA WORDPRESS? BOLEH BELI HOSTING DAN DOMAIN DI DIGITALPREFIX

 

 

4 Comments on “Lepak di Pretz n Beanz Solaris Mont Kiara”

Leave a Reply to Afiq Halid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge