Home LIFESTYLE Kecewa Dengan Sony Xperia Z5 Premium

Kecewa Dengan Sony Xperia Z5 Premium

1835
5
img_0133
Sony Xperia Z5 Premium

Kecewa Dengan Sony Xperia Z5 Premium. Bagi pengguna iPhone, memiliki smartphone android memang sesuatu yang pelik. Sejak aku guna iPhone 4 lebih kurang 4 tahun lepas aku dah mula tak boleh terima android dalam hidup aku. Tapi ada juga aku guna Lenovo vibe Z dan ASUS tu pun sebab fon review dan habis review terus dapat kat aku. Kalau nak beli memang tak rasanya. Dan aku pernah juga guna Samsung S4 itu pun hadiah birthday aku. Tapi semua tu merupakan fon kedua aku. S4 lepas beberapa bulan guna aku terus bagi kat mak aku.

Tahun lepas sony kuarkan siri Z5, Dari segi design memang cun lah siri Z ni. Dari Z1 lagi aku berkenan dengan sony. Tambahan pula kamera sony memang terbaik menurut beberapa member aku lah.

So, aku amik keputusan untuk beli sony xperia z5 premium sebagai fon kedua. Mula mula nak pilih Z5 Premium Silver tapi masa tu tak der stock lagi. Jadi aku pilih Gold.

img_0135
Sony Xperia Z5 Premium

Setahun juga aku bertahan guna Xperia Z5 premium ni. Tapi sepanjang aku menggunakan z5 ni aku agak kecewa dengan kemampuan sony. Aku baru nak buka hati kepada android tapi sony z5 ni buat mood aku spoil dengan “kehebatan” sony.

Dari segi luaran memang cantik. Tapi aku mengalami beberapa masalah dengan z5 ni. Paling ketara adalah kamera sony z5 yang tidak seperti di gembar gemburkan. Sangat-sangat teruk kualiti kamera sony. Untuk shoot video maybe boleh tahan dengan kualiti 4K tapi untuk gambar memang mengecewakan. Shoot waktu malam lagi lah teruk. Nasib baik aku ada iPhone 6 Plus boleh backup semua fungsi kamera.

lagi satu aku tak suka xperia z5 premium ni cepat sangat panas. Sampai boleh buat untuk masak air aku rasa. Padahal x der lah heavy sangat aku guna. Then touch screen sony agak sensitif. Tersentuh sikit pun dan terbuka apps kat screen.

Dan tetiba boleh terdail walaupun duk dalam poket dan dalam keadaan lock. Stress betul dengan sony z5 ni.

img_0142
Sony Xperia Z5 Premium

So dengan itu hari ni aku putuskan untuk jual je lah sony xperia z5 premium kat housemate aku. Walaupun harga dibawah pasaran tapi aku tak kisah. Dari terperuk je dalam kotak tu baik aku jual terus. Lagipun aku dah ada buah hati baru untuk my second phone iaitu iPhone 7. Kamera boleh tahan…..

Bagi sesiapa yang nak beli sony xperia z5 premium ni aku sarankan fikir dua kali….Design memang smart…aku memang x boleh nak move on lagi sebenarnya…

 

 

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge