A Whole New Travel Experience with Malaysia Airlines

#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI

mas-737-800

A Whole New Travel Experience with Malaysia Airlines

A Whole New Travel Experience with Malaysia Airlines!

Hey semua traveler, kalau korang ingin merasai pengembaraan yang selesa dan berkualiti, aku rekomen korang pertimbangkan Malaysia Airline (MAS). Semestinya pilihan utama aku setiap kali aku travel, ianya bukan hanya sekadar suatu penerbangan biasa. Sesuatu yang istimewa untuk ditawarkan oleh perkhidmatan di Asia Tenggara ini. MAS airline goes the extra mile menerapkan rasa keselesaan berada di tempat sendiri, sememangnya citarasa Asia yang menawarkan perkhidmatan bukan hanya dari mulai menaiki flight sahaja. Biar aku cerita sikit kenapa syarikat penerbangan ini menjadi pilihan utama aku dari booking tiket, check in dan pengalaman berada dalam penerbangan.

Tempahan Penerbangan Amat Mudah dengan MAS Online Booking

Aku rasa semua ada smartphone sekrang kan? Even kanak2 tadika pun ada iPhone di zaman sekrang ni. Berbalik pada topic menarik penerbangan MAS ini, syarikat yang mempunyai apps terkini yang mana korang boleh cari, tempah dan daftar masuk dengan amat mudah. Aku ni jenis pengguna tegar smartphone, rasa macam tak ada life tanpa smartphone ni. Jadi, bila aku dapat tahu pasal apps ni, aku dapat rasakan inilah paling senang untuk aku menempah setiap tiket penerbangan aku. Interaksi dengan apps ni simple giler sampaikan aku rasa budak2 usia 5tahun pun tahu nak beli tiket penerbangan.

Tapi, andainya korang bukan jenis yang kaki smartphone, jangan risau. Masih boleh beli tiket secara online. Malaysia Airlines online booking pun amat mudah untuk digunakan. Jika cara ini pun korang tak tahu, paling mudah pergi ke kaunter daftar masuk atau tempahan, kakitangan syarikat sentiasa ada untuk membantu.

READ  MAHER ZAIN - INSYAALLAH VERSI MALAYU

Tempahan sudah, daftar masuk sudah, naiki pesawat pun sudah, jom aku kongsi pengalaman yang paling best antara semua – THE IN-FLIGHT FOOD.

15109627_10208017668143460_3485693553154931521_n

Jom Fly…

Menu Dalam Penerbangan MAS yang Teramat Sedap

 

Korang bayangkan, makanan yang disediakan khas untuk dijamah pada paras 36,000 kaki. Specially on MAS Airline. Kalau korang tempah makanan dengan gunakan ciri Chef-On-Call, korang dapat membuat pilihan menu sendiri. Dihidangkan di atas bekas yang menarik (berbaloi nak selfie masuk Instagram), dengan citarasa yang unggul, aku dapat simpulkan segalanya sedap berada dalam mulut.

Bukan itu aja, Ada lagi yang lebih menarik bila terbang dengan syarikat penerbangan ini. Korang dapat makan satay Asian juga. Semestinya sedap, daging yang dibakar cukup segala rasa rempah herba dan terhidang seperti original bercucuk, inilah hidangan istimewa MAS. Satay adalah kegemaran setiap warga Malaysia tak kira bangsa, latarbelakang penumpang dan usia. Ianya telah mula dihidangkan sebagai menu sejak penerbangan ini memulakan operasi dalam tahun 1973.

malaysian-airlines-halal-menu-for-japan

Melas dalam MAS…

Dihidangkan bersama kuah kacang yang dimasak berjam2 untuk rasa yang memukau, nasi impit, hirisan timun dan bawang segar, sudah pastinya korang tak akan cukup dengan sekali hidang. Minta aja lebih pada krew penerbangan…(aku memang sangat suka dengan satay dalam Malaysia Airlines).

Ada lagi ni, syarikat penerbangan ini juga boleh kasi korang diet special samada atas sebab kesihatan atau keagamaan. Ada lebih kurang 20 makanan khas yang boleh ditempah khas. Semuanya dijamin HALAL dan ikut syarat2 yang ditetapkan oleh pihak syarikat.

Jadi, aku harap korang dapat pertimbangkan banyak kelebihan dengan MAS, yang sentiasa memastikan kepuasan para penumpang. Sentiasa peka dengan tawaran hebat melalui Traveloka.com, sebab utama untuk menaiki MAS.

READ  Bercutian Di Putrajaya

 

THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting)Samurai Wifi
SUPPORT BY:
#kelabbloggerbenashaari
POWER BY:  
Malaysia Tourism, Korea Tourism Organization, Skyscanner, Wonderful Indonesia

Winner of Favourite Travel Blog 2013 and Runner up Best Travel Blog 2014 in Malaysia Social Media Week (MSMW). A Telco Engineer by Profession. A Blogger and Traveler by Passion.

4 Comments

  1. Iskandar @ JomJalan

    December 5, 2016 at 4:30 PM

    Makanan MAS mmg nice. Cuma x tau la kalau sekarang ni masih bawah sykt yg ada kena mengena dgn Pak Lah.

    Apapun, harap MAS makin kuat lepas restructuring hari tu

  2. Razali

    December 3, 2016 at 12:47 PM

    Ramai rakan I cakap MAS membekalkan makanan yg lebih dan banyak jenis untuk mereka. Makanan juga amat sedap berbanding dengan Air Asia.

  3. Ira

    November 27, 2016 at 3:45 PM

    best servis gituu
    Ira recently posted..Respon Keluarga Bila Insan Tersayang Dapat KesanMy Profile

  4. Amir Mazlan

    November 23, 2016 at 3:15 PM

    otai dalam industri..memang wajib kena bagi semua servis best dan special 🙂
    Amir Mazlan recently posted..Template Facebook timeline cover free tapi smart untuk tokey ubat kurusMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge