10 Tempat Menarik Wajib Pergi di Yogyakarta, Indonesia

14570484_10210543384723320_498325261829315177_n-1-2

10 Tempat Menarik Wajib Pergi di Yogyakarta, Indonesia. Trip wonderfull Indonesia by skyscanner di teruskan ke Yogyakarta setelah 7 hari kami berkampung di bali. Daripada bali kami di pecahkan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan fly ke Komodo Island dan satu team lagi akan ke Yogyakarta. Team aku terpilih ke Yogyakarta walaupun dalam hati ni teringin sangat nak ke Komodo Island. tapi tak mengapalah maybe one day aku akan ke Komodo Island sendiri.

kali ini aku akan stay di Yogyakarta selama 5 hari. Agak singkat masa 5 hari disebabkan banyak tempat menarik di yogyakarta yang ada dalam list aku. lagi pun antara sate destinas ke satu destinasi agak jauh dan jalan di indonesia ni tak banyak highway. So jalan kecik-kecik ni kebiasaan akan mengalami trafik yang agak teruk terutama di waktu puncak.

aku sampai airport yogyakarta dalam jam 10 pagi dari bali. Penerbangan yang hanya mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit ni berjalan dengan lancar tanpa adanya sebarang masalah.

img_3694

Di puncak Borobudur Temple

5 DAYS IN YOGYAKARTA , INDONESIA (DAY 1)

  • Jam 9AM sampai jogjakata dari Bali
  • Waktu di jogja lewat 1 jam dari Bali dan KL
  • Kalibiru. 
  • Tip: kalau nak gi sini better gi pagi. Atau weekdays. Sb kalau gi weekend ya ampuuunn ramai gila org. 
  • Sb nak bergambar kat spot2 menarik tu kena tunggu sampai 2-3jam kot…
  • Spot 1 kena bayar 15,000rp
  • Spot 2 n 3 10,000rp
  • Each spot akan ada photographer amik pic korang. So pic akan jd ohsem 
  • Dari jalan besar nak masuk kalibiru tu kena naik motor or 4×4 sb jalan kecik
  • Lunch di Ramingtan restoren
  • Lunch + dinner balik hotel 

5 DAYS IN YOGYAKARTA , INDONESIA (DAY 2)

  • jam 3 pg gerak dari hotel sb nak catch up sunrise dekat Borobudur temple. It take almost 1 hour 30 minutes
  • Sampai kat sana dlm jam 4.30pg. Kami breakfast dulu bawa bekal roti dari hotel. Pagi2 tadi dan siap mtk roti dgn pekerja hotel. 
  • Nak masuk ke Borobudur dlm 400,000rp
  • Kat Borobudur ni memang smart gila kalau amik pic sunrise. Memang berbaloi ar bangun awal2 pagi ke sini. 
  • Utk siap seluruh candi ni mengambil sebanyak lebih kurang 2juta block batu. 
  • Dekat jam 8pg turun terus breakfast. 
  • Then terus ke batik house. Bagi aku batik ni dah biasa sgt. Tp bagi blogger yg dari negara selain indon dan malaysia nampak diorg excited sgt. 
  • Balik dari mencanting batik kami balik hotel + lunch
  • Jam 2.30pm gerak ke prambanan temple
  • Nak masuk tiket kena bayar 234,000rp dewasa dan 117,000rp utk kanak2 atau student
  • Operationg hour from 6.00am to 5.15pm
  • Temple gate close at 5.30pm
  • Dah hbs bergambar salan kat temple tu kami terus gerak ke ratu boko sunset. Kira2 15-20 minit dari temple tu. Kata nya sunset sini bagus bangat. Tapi sayangnya hari ni too cloudy…. sunset malu malu pulak nak kelua… so amik je lah pic apa pun. Janji ada pic kat ratu boko ni. Lepak2 dulu kat atas ni nice view jugak lah walaupun sunset tak ada. Lepas mahhrib baru kami beredar untuk dinner dan balik hotel…

5 DAYS IN YOGYAKARTA , INDONESIA (DAY 3)

  • jam 7 gerak dari hotel lps brekfst terus ke jomblang cave
  • Bayaran masuk sekitar 450,000rp
  • Masa utk ke gua ni antara jam 9amsampai 2pm
  • Kena pakai safety shoes 
  • Dari atas nak turun ke dlm gua tu dalam 3 minit lebih kurang 90m dalam
  • Then kena jalan masuk dlam gua about 250m
  • Balik hotel 
  • Malam keluar jalan2 sekitar mariboro

5 DAYS IN YOGYAKARTA , INDONESIA (DAY 4)

  • Kalibiru
  • Hitan Pinus

5 DAYS IN YOGYAKARTA , INDONESIA (DAY 5)

  • Fly back to KL

Itu je lah itinerary sepanjang 5 hari aku di Yogyakarta. Agak padat dan banyak tempat tempat menarik di Yogyakarta yang aku tak sempat nak cover. Anyway seterusnya aku kongsikan beberapa tempat tempat menarik di Yogyakarta yang ajib singgah kalau korang ke sini.

14581313_10207833664783491_9196517194614584901_n

One of the best view in Yogyakarta (Kalibiru)

KALIBIRU

Kalibiru ni antara tempat yang paling popular di yogyakarta. Boleh dikatakan sebagai trade mark di sini. Terletak kira kira 2 jam dari bandar jogja, kalibiru hanya boleh masuk dengan motor ataupun 4×4. Kalau korang sewa kereta atau van korang kena parking jauh sikit then amik 4×4 untuk ke puncak kalibiru. 

Tempatnya sangat cantik dan unik untuk bergambar. Dari atas boleh nampak view tasik di jogja. 

Tip di Kalibiru

  • Operating Hour 9 pagi – 5 ptg
  • Terdapat lebih kurang 6 spot untuk bergambar dan setiap sport perlu di bayar dengan harga tertentu untuk bergambar
  • Seloknya datang weekdays sebab kalau weekend korang kena beratur lama untuk bergambar. 
  • Hari tu aku gi weekend. ramai gila org. Last2 balik tampa bergambar.
img_4069

Hutan Pinus

14724642_10207833665623512_3092831402509147252_n

Hutan Pinus

HUTAN PINUS

Hutan Pinus ni juga merupakan salah satu tempat bergambar popular di Jogja. Kalau korang pernah ke Bandung, Hutan Pinus pun lebih kurang jer. Banyak pokok – pokok pinus. Kadang-kadang boleh nampak macam kat Nami Island. Terletak agak jauh dari bandar. Kira-kira 1 jam 30 minit.

Hari tu aku naik motor jer daro kalibiru terus ke hutan pinus dalam sejam jugak lah. Mau nak patah pinggang duk atas motor. Tapi bila teringatkan view yang cantik layankan jugak lah. Lagipun Hutan Pinus ni diantara tempat yang terdekat dengan bandar jogja.

Kat sini ada kedai makan dan kalau yang nak cuba bermalam dekat dalam hutan ni pun boleh rasanyanya. Cuma sewa khemah. Tapi kalau aku memang tak berani sebab nampak scary gila kalau waktu malam.

HOUSE OF RAMINTEN

Ramingtan restoren ni salah satu tempat wajib singgah. terletak dekat jer dengan bandar. Cuma kalau korang jenis suka menunggu tu boleh lah kesini. Sistem dia macam gi klinik jer. Korang sampai amik no giliran then tunggu di ruangan menunggu sementara tempat duduk di sediakan atau ada kosong.

Hari tu mau sejam jugak kami tunggu. Namun disebabkan nak jugak merasa terpaksa lah tunggu walaupun masing masing dalam keadaan berlapar. So bila dah dapat tempat duduk tu memang order kaw kaw ar. nasib baik skyscanner yang bayar. Hahaha…

Menu yang popular bebek goreng. haha..Tapi bagi aku makanan lebih kurang je ngn Malaysia. biasalah serumpun kan.

img_3801

Itu dia pintu masuk Jomblang Cave. Nampak scary nak nak masuk dlm tuh..hahah rasa mcm nak masuk lubang naga

img_3851

Dalam Gua Jomblang…Atas tu lah cahaya akan masuk ke dalam gua. Unik sangat….

JOMBLANG CAVE

Mula -mula aku dapat tahu aku akan ke Jogja aku terbayang jomblang cave. Dulu aku pernah tengok the amazing race, diorang pernah shoot kat situ. So memang jomblang cave ni salah satu wish list aku.

Nak datang sini agak jauh. Kalau tak silap aku dalam 2 jam jugak lah drive. Sepanjang jalan kami semua tido jer. Buka mata dah sampai jomblang cave. Untuk turun ke gua ni kena pakai tali. Dan tali ni manual tau. Akan ada org yang tarik tali tu di bawah dan di atas. Kira-kira 250m kebawah kena turun. Then bila sampai di bawah kena jalan dalam 500m ke dalam gua untuk sampai ke spot yang boleh tgk cahaya masuk.

INFO

  • Bayaran masuk sekitar 450,000r
  • Masa utk ke gua ni antara jam 9am – 2pm
  • Masa paling best nak tgk view cahaya masuk dalam gua antara jam 11 pagi keatas
img_3611

Auwww so romantic….Nanti nak bawak binik aku dtg sini lah..menanti sunrise sama2…

img_3657

Puncak Borobudur Temple

BOROBUDUR TEMPLE

Spot terbaik untuk tengok sunrise. Borobudur temple ni agak popular disebabkan tersenarai di dalam list Warisan dunia UNESCO. Masa belajar sejarah tingkatan 4 dulu mesti ada cerita pasal candi borobudur nih. Kalaunak tengok sunrise korang kena datang sini seawal jam 4pagi lagi. Matahari terbit kat sini pun awal. dalam jam 5.20pagi dah naik dah. 

Borobudur ialah kuil atau

 candi agama Buddha yang terletak di desa Boro , Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.

Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.

1950 Sejarawan J.G. de Casparis kajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan, Borobudur dibina oleh raja dari dinasti Syailendrabernama Samaratungga sekitar 824. Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu Pramodhawardhani memerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.

img_3730

Borobudur Temple…Boleh tahan tinggi

Jika Mesir berbangga dengan piramid dan Sphinx, China dengan Tembok Besar , Kemboja dengan Angkor Wat. Maka, warga Indonesia berbangga dengan Borobudur.

Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang.

Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades

img_3720

View dari atas Borobudur Temple

Sumber wiki

Terlalu banyak sejarah mengenai temple ni. kalau nak cerita satu satu ibarat korang masuk kelas sejarah pula. lantas korang akan klik pangkah je kat bucu belah kanan. Hhaha. Nak tahu lebih lanjut korang pi baca kat wiki.

INFO

  • Nak masuk ke Borobudur dlm 400,000rp
  • Spot for Sunrise
img_3767

Prambanan Temple. Antara candi yg tercantik bagi aku

14900520_10207833664623487_9220685163750651776_n

Prambanan Temple

PRAMBANAN TEMPLE

Prambanan temple juga merupakan salah satu tapak warisan dunia UNESCO. Structure temple yang unik membuatkan ramai photograper yang memilih prambanan sebagai tempat untuk shoot. Disebabkan temple ni terlalu luas photographer selalunya menhadapai cabaran yg sukar untuk shoot. Lagipun temple ni memang akan menjadi antara top destinasi di Yogyakarta.

Candi Rara Jonggrang atau Lara Jonggrang yang terletak di Prambanan ialah kompleks candi Hindu terbesar di Indonesia. Candi ini terletak di pulau Jawa, 20 km di timur Yogyakarta, 40 km barat Surakarta dan 120 km selatan Semarang. Kuil ini di antara Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta. Candi Rara Jonggrang terletak di desa Prambanan yang wilayahnya dibhaagi antara kabupaten Sleman dan Klaten.

Candi ini dibangun pada sekitar tahun 850 Masehi oleh Rakai Pikatan, raja kedua kerajaan Mataram I atau Balitung Maha Sambu, semasa kerajaan Sanjaya. Tidak lama setelah dibangun, candi ini ditinggalkan dan mulai rosak.

INFO

  • Nak masuk tiket kena bayar 234,000rp dewasa dan 117,000rp utk kanak2 atau student
  • Operationg hour from 6.00am to 5.15pm
  • Temple gate close at 5.30pm
img_3778

Ratu Boko. Smart gila tempat ni. Kecik jer tapi spot terbaik layan sunset

RATU BOKO

Ratu boko ni terletak dekat jer dengan Prambanan Temple. Dalam 15 minit jer. So kalau korang dah pergi ke prambanan temple korang wajib singgah sini. Lagi pun sini view dia unik dan memang cantik kalau nak tengok sunset. Masa aku pergi dulu cuaca mendung. X cantik sangat sunset dia.

img_3743

Batik House

BATIK HOUSE

Kalau datang indonesia buat kali pertama aku rasa korang akan excited untuk datang ke batik house ni. Aku dah selalu ke Indon jadi bila ke tempat ni aku x excited sangat. Lagipun kat Malaysia pun aku dah selalu buat batik. 

14494687_10207575121160062_6490238939997324188_n

Dalam bling bling car

14691007_10207833953590711_8234906749687753563_n

Bling bling car di Malioboro

MALIOBORO

Salah satu aktiviti malam yang boleh korang buat di Jogja. Boleh tahan popular jugak lah lagi pun selain Malioboro ni aku tak pasti ada tempat lain yang happening macam kat sini. 

Apa yang korang boleh buat dekat sini korang boleh naik bling bling car. car dia unik gak lah. tapi kalau korang selalu gi Melaka lebih kurang lah. Cuma kalaukat Melaka guna beca. kat sana guna kereta.

**********************

Ok tu lah antara tempat tempat menarik yang sempat aku pergi sepanjang 5 hari kat Yogyakarta. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik tapi masa singakt sangat tambah pulak satu tempat ke satu tempat amik masa yang lama untuk pergi. So agak limited tempat yang sempat pergi. 

Till Then….Jumpa lagi untuk Next Trip…..Sebelum tu layan dulu gambar-gambar selebihnya sepanjang aku di Jogja…

14573024_10207833666023522_9036736408409184355_n

Borobudur Temple

img_3571

Sunrise di Borobudur Temple. Pic ni aku shoot dalam jam 5 pagi

img_3613

Maenunggu Sunrise

img_3690

Masing2 excited nak shoot sunrise

img_3711

Borobudur Temple

img_3715

Pintu Masuk Borobudur

img_3732

Borobudur Temple

img_3766

Prambanan Temple

img_3792

Jomlang Cave. Sebelum turun ke gua

Skyscanner membandingkan lebih dari 1000 penerbangan dan berjuta-juta laluan untuk mencari tiket penerbangan yang termurah dan cepat. Skyscanner juga membandingkan harga hotel dan kereta sewa untuk mendapatkan tawaran dan promosi yang terbaik. Layari www.skyscanner.com.my untuk matlumat lanjut.

Till Then….Bye!!!! Untuk penerbangan murah dari Kuala Lumpur ke Yogyakarta boleh ke Skyscanner.

.
#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & Samurai Wifi
SUPPORT BY:
#kelabbloggerbenashaari
POWER BY:  
Malaysia Tourism, Korea Tourism Organization, Skyscanner, Wonderful Indonesia
.

READ  Travel - Panorama Indah Di Bandung Indonesia
Winner of Favourite Travel Blog 2013 and Runner up Best Travel Blog 2014 in Malaysia Social Media Week (MSMW). A Telco Engineer by Profession. A Blogger and Traveler by Passion.

5 Comments

  1. Ira

    November 27, 2016 at 3:42 PM

    wahh , bestnya bercuti kat sana.

  2. Herusant

    November 26, 2016 at 8:42 AM

    1 hari cuti. Keliling Jogja belum semua. Hanya 2 tempat yng bisa singgah. Kita tunggu k Jogja lagi di lain waktu. Kabar2 saja teman.

  3. rahimah

    November 19, 2016 at 2:06 AM

    Seronok berjalan kena sponsor ni. Saya travel duit sendiri. Kena simpan sampai cukup baru dapat keluar.
    rahimah recently posted..Apa Dia Frostbite Dan Cara Mengelakkan Terkena GangreneMy Profile

  4. lokmanamirul

    November 3, 2016 at 4:37 PM

    macam menarik je bercuti di sana…kalau ada duit lebih bleh ja gi melancong!

  5. Wan Syahida

    November 3, 2016 at 4:14 PM

    Fuh 5 hari pun padat dan tak cukup yek.. Memang betul-betul tempat pelancongan. Indonesia memang indah.
    Wan Syahida recently posted..Pengalaman Anak Saya Terkena RotavirusMy Profile

Leave a Reply

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge