Best Hotel in Yogyakarta Indonesia | Greenhost Boutique Hotel - Faizal Fredley

Best Hotel in Yogyakarta Indonesia | Greenhost Boutique Hotel

img_3559

Best Hotel in Yogyakarta Indonesia | Greenhost Boutique Hotel.

Best Hotel in Yogyakarta Indonesia | Greenhost Boutique Hotel. Apabila travel hotel yang bagus dan selesa serta harga yang berpatutan menjadi salah satu perkara yang perlu di beri perhatian bagi memasti kan percutian korang akan jadi lebih awesome. Boleh usha hotel kat skyscanner jugak.

Dalam beberapa post yang lepas aku sudah banyak bercerita tentang tip memilih hotel semasa melancong. Salah satu tip yang aku tekankan adalah LOKASI yang strategik. Lokasi memainkan peranan penting dalam menenukan bajet yang anda perlu keluarkan. Hotel yang berada berhampiran kemudahan awam akan menjadi pilihan untuk para traveller.

Dalam post kali ini aku tak nak tekankan tip memilih hotel ketika melancong tapi aku nak fokuskan kepada hotel yang aku menginap sepanjang aku di Yogyakarta Indonesia bulan lepas.

Selama 6 hari aku di yogyakarta aku stay di Greenhost Boutique Hotel. Betemakan kehijauan hotel ni sememangnya unik dengan dekorasi yang di penuhi tumbuhan hijau di sekitar hotel dan juga di dalam hotel.

Mula-mula aku nak check in kat hotel ni aku dah ada perasaan wow dalam hati. Memang kali ini Greenhost Boutique Hotel lain dari hotel yang pernah aku stay sebelum ni.

Skyscanner membandingkan lebih dari 1000 penerbangan dan berjuta-juta laluan untuk mencari tiket penerbangan yang termurah dan cepat. Skyscanner juga membandingkan harga hotel dan kereta sewa untuk mendapatkan tawaran dan promosi yang terbaik. Layari www.skyscanner.com.my untuk matlumat lanjut.

Banyangkan hampir keseluruhan bangunan hotel ini diliputi oleh tumbuhan hijau yang berjalar membuatkan penginap merasa dingin dan tenang disebalik kehijauan tumbuhan ini.

Decoration dalaman juga di penuhi tumbuhan hijau dan beberapa jenis ulam ulaman. Salah satu jenis tumbuhan yang aku kenal adalah daun pudina yang di tanam di setiap floor hotel ini.

Greenhost Boutique Hotel merupakan salah satu hotel yang eco-friendly boutique di Prawirotaman, Yogyakarta. Hotel ini juga menyediakan pelbagai kemudahan yang sangat moden dengan sentuhan gaya tempatan yang membuatkan hotel ini amat istimewa.

Selain itu, Hotel ini juga menggunakan green system termasuklah dari bahan bahan binaan bangunan, sistem air kitar semula, penjimatan tenaga dan juga penggunaan kitar semula bahan bahan lain selaras dengan tujuaan asal pemilik hotel untuk menggabungkan teknologi hijau dengan pembinaan bagunan di yogyakarta.

img_3561

Greenhost Boutique Hotel

Paling aku suka adalah farm-to-table dining space. Sangat unik dan selesa untuk melepak sambil minum coffee. Rasa macam duk dalam kebun yang moden pun ada. Swimming pool juga terletak berdekatan dengan dinning room. So korang boleh swimming terus lepas makan. Tapi konsep open swimming pool ni aku tak berapa berkenan sebab terlalu open. Nak mandi pun jadi sengan. 

So kalau korang datang bercuti ke Yogyakarta ni apa kata korang cuba stay di Greenhost Boutique Hotel. Memang puas hati. lagipun hotel ni terletak berhampiran bandar. Nak cari kedai makan di sekitar hotel pun tak susah. Kalau jenis kaki clubbing tu berhampiran hotel ni banyak gak pub. Cuma pubnya tak der lah semeriah pub di Bali.

img_3519

Greenhost Boutique Hotel

Overal aku rate hotel ni 9/10

  • Sleep Quality 5/5
  • Rooms 4/5
  • Service 4.5/5
  • Value 4.5/5
  • Cleanliness 4.5/5

Hotel Facilities

  • 96 Artist – Designed Rooms
  • Swimming pool
  • Restaurant
  • Co – working and meeting rooms
  • Genetika Concept Store
  • Tea Spa
  • Safe Deposit Box
  • Laundry & dry cleaning
  • Fitness corner

In room facilities:

  • Wifi
  • Air conditioning
  • Cable TV
  • Hot/cold shower Hairdryer (upon request)

Contact information

  • For room reservation: reservation@greenhosthotel.com
  • For Art Kitchen and banquet service: art_kitchen@greenhosthotel.com
  • For partnership and other enquiries: info@greenhosthotel.com & communication@greenhosthotel.com
  • Facebook: GreenhostHotel
  • Instagram: @greenhosthotel & @artkitchen_greenhost

Address: 

  • Jl. Prawirotaman II No.629 Brontokusuman, Yogyakarta Indonesia 55153 W. http://greenhosthotel.com
14463270_10210543350762471_8662537713682596234_n

Lobby

14500412_10210543365882849_4961152237751823826_o

Bath Room

14543706_10210543365922850_8961833829398516949_o

King Bed

14570478_10210543367922900_3127796239392046190_n

Adapter di Indonesia. So kalaunak dtg Indon prepare lah adapter yg bersesuaian.

img_3555

Greenhost Boutique Hotel

img_3560

Katil King. Sorry aku baru lepas berguling baru amik pic..haha

img_3563

Coffee

img_3564

Almari yg unik

img_3565

table hipster sgt kan…

Till Then…Bye…..Untuk book This awesome hotel boleh ke Skyscanner.com.my!!!

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

7 Comments

  1. JULIA JOHARI

    November 2, 2016 at 6:52 PM

    Simple dan moden tatarias hotel ni…less perabot tp sgt praktikal

  2. shiqeen sattar

    November 2, 2016 at 2:12 AM

    Entah bilalah berpeluang dapat pergi sini… mcm best jer huhu

  3. Bahrain

    November 1, 2016 at 10:16 PM

    Bestnya dah lama tak datang Jogja.. Rindu dengan suasana Malioboro waktu malam
    Bahrain recently posted..Pengalaman Kali Kedua Ke VietnamMy Profile

  4. Muhammad Khairuddin Lim

    November 1, 2016 at 5:56 PM

    Hotel memang klas..
    Muhammad Khairuddin Lim recently posted..Teaser 6 : TakayamaMy Profile

  5. Aina

    November 1, 2016 at 3:39 PM

    bestnye! Dulu ke yogyakarta tinggal kat hotel dalam universiti gadjah mada. Ok juga. Sangat selesa, price not bad dan makanan kat hotel dia pun ok. Stabdard harga macam makan kat kedai makan malaysia la.

  6. yanieyusuf

    November 1, 2016 at 1:50 PM

    wah menarik.. boleh plan ke yogyakarta plak nanti.. cantik hotel nya..
    yanieyusuf recently posted..Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai LautMy Profile

  7. Uncle Zuan

    November 1, 2016 at 9:06 AM

    klu mcm ni setting dia, duduk sebulan pun aku xde hal
    Uncle Zuan recently posted..Video Red Mosque dan Tempat Menarik di ColomboMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge