7D6N in Bali Indonesia | Tempat Menarik di Bali

DCIM100GOPRO
Pantai Jimbaran

7D6N in Bali Indonesia | Tempat Menarik di Bali. Kali kedua aku jejakkan kaki di Bali. Last tahun 2012 masa aku mula-mula start nak travel jauh-jauh. Cuma beza nya dahulu aku ke Bali ambil pakej dari travel agent. Almaklumlah tak biasa travel. Gi bali je pun.

Ok untuk trip aku agak lama sikit 6 hari kat Bali dan 5 hari di Yogyakarta. So aku ada 10 hari untuk terokai #wonderfullIndonesia. Untuk trip kali ini juga merupakan sponsored sepenuh daripada skyscanner indonesia.

Lebih menarik trip aku ke Bali juga disertai oleh 20 orang travel blogger di seluruh dunia dan aku adalah salah seorang travel blogger dari Malaysia.

Memandangkan trip ini secara berkumpulan jadi itinerary juga telah di sediakan oleh pihak skyscanner. Aku sebagai tetamu hanya follow jer.

img_7189
Tijili Hotel

DAY 1

Untuk hari pertama aku di Bali, aku hanya stay kat hotel jer. Lagipun sampai airport Den Pasar, Bali pun dah tengah malam. Selepas touch down aku di jemput oleh wakil dari skyscanner di airport bersama 3 org blogger masing masing dari india dan juga perancis. Dari airport kali terus ke Hotel about 30 minit dari airport.

Hotel Tijili, yang terletak di seminyak merupakan tempat yang agak strategik bagi pelancong sebab hotel ini berhampiran dengan tempat tumpuan pelancong dan juga berhampiran dengan pantai.

Settel check in aku di beri bilik seorang. Dapat bilik yang agak luas dan selasa dan juga katil king. Hahha puas lah bergolek golek atas katil. Malam tu aku sempat jalan2 sekitar seminyak kejap sebelum balik semula ke hotel rehat dan tidor untuk aktiviti hari kedua.

img_7259
Sanur Beach

DAY 2

Untuk hari kedua aktiviti kami masih lagi free and easy. Maksudnya workshop kami dari skyscanner akan bermula pada hari ketiga dan keempat.

Hari kedua aku bangun pagi sikit dalam jam 7.30 pagi dah terpacak untuk breakfast di hotel. Sebab cuaca kat bali ni matahari terbit awal. Dalam jam 5 pagi tu dah cerah dah. So kalau jam 8 pagi dah macam jam 11 pagi kat malaysia. Waktu di bali juga awal satu jam dari malaysia.

Selesai breakfast kami berkumpul di swimming pool hotel untuk sedikit taklimat dari pihak hotel. Aku suka pool kat hotel ni. Cantik dan nampak best. Lagipun pool hotel ni berdekatkan dengan restoran hotel.

Setel bergambar bagai, aku naik bilik rehat dan lepak lepak dalam bilik. jam 1 tgh hari berkumpul di lobby untuk lunch bersama di WARUNG EROPA. Kat warung ni popular dengan bebek atau itik. Eh sebenarnya kat Indonesia bebek atau itik agak popular uol…

img_8333
Bebek Goreng

Lepas makan kami balik hotel dan bersiap untuk lepak kat tepi pantai sambil layan sunset. Pantai yang terdekat dan tumpuan pelancong adalah Pantai Jimbaran. Pantai Jimbaran juga merupakan salah satu hot spot untuk layan sunset di bali.

Apa yang menarik mengenai pantai Jimbaran ni adalah pantainya yang luas dan bersih. kalau nak minum2 kebanyakkan kedai kedai kat sini menyediakan bean beg tepi pantai. memang selasa ya amat. Sambil minum mojito sambil baring sambil saksikan sunset yang sangat awesome.

Habis sunset kami singgah dinner kat pantai jimbaran then masing-masing balik hotel. Ada yang stay sampai lewat malam. tapi aku dah tak larat. Siap makan terus balik hotel. Kira2 10 minit jalan kaki.

Processed with Snapseed.
Sunset di Jimbaran Beach

DAY 3

Hari ketiga di bali, workshop kami dah bermula. Pagi-pagi macam biasa breakfast kat hotel cuma hari ketiga ni lewat sikit aku bangun sebab tilam hotel tijili ni selesa ya amat. Rasa sayang pulak nak tinggalkan katil. hahahha

Dalam jam 8 pagi aku turun breakfast dan siap-siap untuk terus ke Mercure Hotel. Mercure Hotel merupakan penaja lokasi untuk workshop kali ni. Lebih kurang 35 minit dari seminyak.

Apa yang aku suka tentang hotel ni adalah kerana hotel ni terletak di tepi Sanur Beach. Memang tenang dan sesuai untuk korang nak honeymoon sb hotel ni sangat romantik dan view yang awesome.

Workshop hari pertama banyak membincangkan tentang matlamat dan apa yang skyscanner tawarkan. Melaui workshop ini juga aku dapat banyak input tentang dunia travel yang sangat luas. 

Kalau nak tau tentang skyscanner boleh baca sini. 

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Tiket Penerbangan Melalui Skyscanner

Processed with Snapseed.
Uluwatu temple

Habis workshop kami terus ke Uluwatu temple. Salah satu tempat yang ada view paling best di Bali. Scenic ocean view yang korang wajib pergi. Kat temple ni banyak monyek liar so kalau korang bawa barang tu kena hati-hati lah sikit.

Dari uluwatu kami singgah dinner dan balik hotel…

img_8305
Antara blogger yang terlibat. Ada dari US, UK, Australia, India, Singapore, Philipines, Indonesia, Japan, France

DAY 4

Hari keempat di bali kami sambung untuk workshops hari kedua untuk membincangkan tentang tip untuk menjadi travel blogger yang berjaya. Apa yang perlu ada di dalam blogpost. memang inpit yang sangat di perlukan untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

Petang tu kami ke ubud untuk tengok tarian kechak. tarian kechek ni merupakan ritual traditional orang bali. Mengisahkan dewa dewa satu ketika kahulu. aku pun tak pasatu sangat pasal cerita ni. Yang aku tengok melalui tarian tu kisah tentang seorang raja yang jahat berlawan dengan sang garuda untuk mendapatkan seorang puteri. Si garuda sangat berkuasa masa tu. Then diaorng lawan-lawan akhirnya sang garuda yang menang. Lebihkurang macam tu lah cerita nya.

Habis show kami di jemput untuk dinner di sana. Then balik ke hotel!

img_3297
Kechak Dance

DAY 5

Hari kelima pagi2 kami dah keluar ke Pantai Greenbowl dan Pantai Padang Padang. Paling best nak mandi pantai adalah di greenbowl beach. Pantai ni agak tersorok sikit. Nak ke pantai ni kena turun tangga yang dalam. Memang tercabut nafas gak lah nak naik balik. Masa turun tu ok lagi hehehe…btw ianya sangat berbaloi dengan keadaan pantai yang bersih, air yang jernih ombak yang tak begitu kuat.

DCIM100GOPRO
nak kena turun tangga ke greenbowl beach

Habis je mandi mandi kat pantai tu kami ke pantai padang padang. View pantai padang padang ni pun boleh tahan gak. Dari atas kita leh tgk view laut sambil layan mat saleh / minah saleh meluncur. Memang ohsem….

Settel kat 2 pantai tu dalam plan nak ke Tanah Lot tapi hujang pulak lebat tambah keadaan yang sangat jem teruk. Jadi kami putuskan untuk balik hotel jer. Malam tu aku rehat je dalam bilik sebab dah penat gila dah mandi kat pantai. Muka pun dah legam!

img_7533
Pantai Greenbow

DAY 6

Hari last sebelum kami ke Yogyakarta. Kami keluar dlm jam 10 pagi selepas breakfast. Destinasi pertama adalah Campuhan Ridge Walk, Ubud

Campuhan Ridge Walk ni kena jalan kaki agak jauh dalam 2km kena mendaki. Sekali lagi aku dah hampir putus nyawa dah. Campuhan Ridge Walk ni view dia sawah padi yag bertingkat tu. kalau nak view tu silalah datang ke Campuhan Ridge Walk ni.

Campuhan Ridge Walk
Campuhan Ridge Walk
img_8316
Campuhan Ridge Walk

Then kami gerak ke Monkey Forest. Banyak temple gak kat kawasan ni. kalau korang jenis takut monkey jangan datang..haha tapi monkey sini jinak. Siap boleh duk atas bahu lagi.

After that kami ke Air terjun Tegunungan. Cantik tapi nak kena jalan jauh gak. Hahaha turun tangga lagi. Aku walaupun penat aku nak jugak pergi. Ye lah buakn selalu datang. So kerah kan je lah segala tenaga yang ada. Air terjun cantik tapi air kurang jernih sikit. So aku tak mandi kat air terjun tu. Maybe sabab hari hujan kot air jadi keruh.

Balik Hotel…..rehat!!! packing barang untuk fly ke Yogyakarta!!!

img_8317
Monkey Forest
14500747_10210543331761996_6044261023756196121_o
Air terjun Tegununga

DAY 7

Pagi-pagi terus ke air port……fly to Yogyakarta…Continue….

Dibawah ni aku kongsikan antara tempat yang wajib pergi kalau datang ke bali….

TEMPAT MENARIK DI BALI

UBUD

  • Menunggang ATV
  • Sawah padi yg cantik
  • Papan Luncur Terbang (Fly boarding). Akan ada training. yg penting body kena kuat
  • Kena bersenam dulu sebelum cuba Fly Boarding ni
  • Kek Beras makanan tradisional popular di Bali
  • Sate Bali
  • Campuhan Ridge Walk
  • Air terjun Tegunungan

PANTAI JIMBARAN

  • Spot untuk tgk sunset yg menarik
  • Bersantai di tepi pantai

PANTAI PADANG – PADANG

  • Spot untuk meluncur
  • Pantai yg unik dan tersorok
  • Nak ke pantai ni kena turun tangga yg agak tinggi tapi berbaloi

PANTAI KUTA

  • Pantai paling popular di Bali
  • Terletak berhampiran bandar
  • Salah satu spot untuk tengok sunset
  • Ombak tak besar sesuai untuk mandi
  • Makanan lebih murah

TANAH LOT

  • Spot untuk tengok sunset
  • View yang menarik
  • Tanah Lot merupakan tempat untuk memuja Dewa Laut
  • Semasa air surut kawasan ni akan di penuhi oleh ular laut yg tidak merbahaya. Di kata ular ini sbg penjaga tempat ni.

ULUWATU

  • Tarian kechak
  • Sebahagian dari cerita kepercayaan agama hindu dan tradisi masyarakat bali

TIP TRAVEL TO BALI

  • Wear shorts and light shirts.
  • Non moslems can enjoy cheap alcohols here
  • Vast choices of lodging available. Kuta is more to family destinations and Seminyak for fun activities.
  • Do not forget to bring ur camera to capture amazing shots of Bali views.
  • Most importantly u need to find the most cheap flight tickets. And the cheapest flight can be found from skyscanner website
img_7180
Good Morning Bali!!!

Sumpah gila best hotel ni. Dah la dekat dengan pusat tumpuan pelancong. Cozy sangat. Rasa macam tak nak tinggal kan katil jer setiap pagi. tapi itu lah rugi pulak kalau sekadar datang bali tapi duk dalam bilik jer.

img_7268
Uluwatu temple
img_7298
Uluwatu temple. Scenic Ocean View

Kawasan ni memang seusai nak shoot panorama. Salah satu hot spot gak untuk tgk sunset. Dulu masa 2012 pun aku ada datang sini. Cuma kat sini banyak monyet. Liar pulak tu. so kena jaga-jaga brang yang bawak kalau datang sini.

img_8307
Sunset di Jimbaran

Pantai Jimbaran ni dekat je dengan seminyak. Boleh jalan kaki about 10 minit. kalau petang tempat ni terlalu crowded nasib baik pantai nya luas. So nak berlari pun boleh. Salah satu tempat tgk sunset terbaik pernah aku tengok.

Processed with Snapseed.
Sanur Beach belakang dgn Mercure Hotel.
snapseed
Pantai Padang Padang
Processed with Snapseed.
Greenbowl Beach. Kalau dtg bali korang wajib datang pantai ni. Sebab air dia cantik sangat
img_7696
Crystal Clear water….
img_8189
Ni aku tak ingat apa nam tempat. tapi cantik jugak tempat ni. Spot utk main papan luncur
Processed with Snapseed.
Greenbowl beach
Campuhan Ridge Walk, Ubud
Campuhan Ridge Walk, Ubud
Campuhan Ridge Walk, Ubud
Campuhan Ridge Walk, Ubud
img_7353
Air Terjun Tengunan
DCIM100GOPRO
muka puas hati dpt mandi air terjun…bersama blogger dari india dan singapore

Berakhir sudah cerita di Bali…nanti aku sambung untuk cerita di Yogyakarta pulak..Thanks a lot kepada pihak penaja dan sponsor iaitu Wonderfull Indonesia, Skyscanner, Tijili Hotel atas tajaan penginapan kami di Bali dan kepada semua blogger blogger Internasional yang terlibat. Thanks for the awesome trips….

So korang apa tunggu lagi jom fly ke bali. Terlalu banyak tempat menarik di Bali yang pasti menjanjikan kepuasan maksimum untuk anda. Untuk tiket yang awesome boleh search and compare di Skyscanner.com.my. 

*******************************************

TIP TRAVEL KE OVERSEAS: Travel tanpa internet baik korang duk terperap kat dapur rumah korang jer. Unless korang ni jenis penyiasat sendirian atau pembunuh upahan. So untuk penjimatan semasa travel baik korang pi sewa SAIMURAI POCKET WIFI dulu sebelum fly...Coverage mantap jangan risau. InshaAllah boleh cover satu dunia.....

Share this post

3 thoughts on “7D6N in Bali Indonesia | Tempat Menarik di Bali

Leave a Reply to anuar Cancel reply

CommentLuv badge