Air Asia Promotion KUL to MRU (Mauritius) Only RM700++ Return

stunning-mauritius
Air Asia Promotion KUL to MRU (Mauritius). Belanja sikit…heheh Sc. google

Air Asia Promotion KUL to MRU (Mauritius) Only RM700++ Return. Fresh aku update ni sebab masih lagi bersemangat. Panas-panas lagi orang kata. Hahha. Sebab aku baru je selesai booking flight dari KUL ke MRU (Mauritius) pada Jan 2017.

Asalnya member tanya ok ker kalau fly ke Mauritius tak ambil insurance flight? Katanya flight ke Mauritius ada buat promotion sampai esok. Bagi aku kalau perjalanan tu dekat aku rasa ok jer tak amik insurance. Tapi kalau ke Mauritius ambil masa 7 jam agak seram jugak tak amik insurance maklumlah Mauritius ni sebuah pulau kecil di tengah tengah laut hindi. laut yang paling dalam dan luas. Mesti angin pun kuat. Kena lak sepanjang penerbangan ada turbulence memang ingat mati je lah duk dlm flight. Dah terkena semasa fly dari New Zealand ke Sydney. Masa 3 jam rasa macam 3 hari je duk dlm flight. ok ni Over!!!

Ok berbalik kepada Promotion Air Asia ke Mauritius ni aku ada dengar masa mula2 lagi air asia buat route baru ke Mauritius. Tertunggu tunggu gak lah. Dan akhirnya nasib baik ada member bertanya kan pasal ni. Aku dah lupa dah sebenarnya…

screen-shot-2016-10-08-at-2-51-35-am
Yeay… Tak sabar nak tunggu bulan 1 nanti…hehe

Terus aku buka air asia dan book. Mula2 nak buat payment asyik decline jer. Maybe sebab awal pagi (Jam 2.30am masa aku book).  Guna Maybank2u tak boleh, guna CIMB Click pun tak boleh. Guna kad debit pun tak boleh. Fuhhh… bila check balik harga tiket dah jadi RM1500 return dah. Tapi nasib baik aku booking tu dah masuk dalam sistem cuma belum buat payment lagi. 

Last chance aku terpaksa guna kredit kad. haha…aku nak guna kredit kad ni malas sikit sebab ianya kita berhutang. tapi ini lah masanya guna kredit kad. Bila keadaan memerlukan.

Dan tadaa…. Booking aku dah siap…ready nak fly ke Mauritius…Cuma tinggal untuk book hotel dan makan minum ja…Ada masa lebih kurang 2 bulan lagi nak simpan duit….

Semoga di permudahkan….InshaAllah… duit kahwin? erkk….

location-map-of-mauritius-in-the-indian-ocean
Tuh dia….sebelah madagascar weh….

INFO

Mauritius adalah sebuah negara kepulauan di barat daya Samudra Hindia, sekitar 900 km sebelah timur Madagaskar. Selain Pulau Mauritius, negara ini juga mencakup Kepulauan Cargados Carajos, Rodrigues dan Kepulauan Agalega. Mauritius termasuk dalam Kepulauan Mascarene, beserta Pulau Reunion milik Perancis 200 km sebelah barat daya Mauritius. (Sc: Wikipedia)

*******************************************

TIP TRAVEL KE OVERSEAS: Travel tanpa internet baik korang duk terperap kat dapur rumah korang jer. Unless korang ni jenis penyiasat sendirian atau pembunuh upahan. So untuk penjimatan semasa travel baik korang pi sewa SAIMURAI POCKET WIFI dulu sebelum fly...Coverage mantap jangan risau. InshaAllah boleh cover satu dunia.....

Share this post

4 thoughts on “Air Asia Promotion KUL to MRU (Mauritius) Only RM700++ Return

Post Comment

CommentLuv badge