Sehari di Pulau Nami, Korea Selatan

img_7813

Seharian di Pulau Nami

Sehari di Pulau Nami, Korea Selatan. Pulau Nami atau Nami Island memang salah satu tempat wajib jika ke Seoul, Korea. Tempat yang sangat popular terutama dalam kalangan orang malaysia. Di katakan pulau ni popular disebabkan drama winter sonata.

Semasa aku ke sana minggu lepas sempat juga aku ke sana. Memang ramai gila orang Melayu kat sana. Kadang-kadang aku rasa macam aku datang ke Putrajaya jer. heheh. Kiri kanan belakang depan orang Melayu.

Nak ke pulau ni ada 2 cara. Satu melalui udara satu lagi melalui laut iaitu ferry. Namun aku lebih tertarik untuk ikut laluan udara iaitu flying fox. Hehhe

Memang excited gila nak ke pulau nami naik flying fox, kalau naik ferry rasa macam common sangat. Untuk yg gayat atau family sesuai lah naik ferry.

Processed with Snapseed.

Nami Island

CARA UNTUK KE PULAU NAMI ATAU NAMI ISLAND

Kalau korang dari Seoul nak ke Pulau Nami ni korang boleh naik train. Nak naik bas atau teksi pun boleh tapi aku cadangkan naik train jer. Lagi senang.

  • Naik train mana2 ke station Wangsimi
  • Dari Wangsimi korang amik itx ke Sangbong
  • Tukar stesen dari Sanbong ke Gyeongchun still lagi itx
  • Dari Sanbong terus ke Gapyeong (lebih kurang 15 stesen)
  • Sampai je ke Gapyeong korang boleh amik bas atau teksi ke jetty pulau nami
  • Aku naik teksi je senang lebih kurang KRW3000
  • Sampai ke jetty boleh beli tiket ke pulau nami sama ada nak naik ferry atau flying fox
  • Flying fox akan di tutup pada musim sejuk

TIKET KE PULAU NAMI ATAU NAMI ISLAND

  • Ferry KRW10,000 (RM35.00)
  • Flying Fox KRW38,000 (RM120)

TIP KE PULAU NAMI ATAU NAMI ISLAND

Kalau nak ke pulau nami better korang bawak bekal siap2 sebab kat kawasan tu susah nak cari makanan halal. Lagi satu pulau nami ni tak besar mana korang boleh round dalam tu jer.

Dan kalau yg nak bermalam kat pulau nami pun boleh ada hotel gak dalam tu cuma aku tak pasti rate mcm mana. Maybe agak mahal kot.

Ok itu jelah kot. Bagi aku tak brapa best sangat pulau nami ni sebab ramai orang. Tapi dah alang2 ke seoul tu singgah je lah. Tak rugi pun.

Meh layan gambar-gambar kat sana. Tak banyak pun sebab crowded sangat. Putus angin nak amik gambar. hehe

2016_09_14_22292

yeah sudah sampai di nami island

img_8015

bunge jumping

nami Island

Macam best je. Geram je nak try hari tu.

Nami Island

Untunglah sampai bawah ada abam sado tolong sambut. Hahaha

Nami Island

Flying Fox ke Nami Island. 2 org sekali trip

img_2572

Lunch di Winter Sonata Restoran

img_2631

Nami Island

img_2629

Pulau ni penung dgn memori winter sonata

img_2601

Sewa basikal pun boleh. tapi aku tak sewa malas pulak nak kayuhnya

img_2600

mcm seronok jer kan

img_2598

info

Processed with Snapseed.

Tempat wajib bergambar

Nami Island

Processed with Snapseed.Cantik pulak pokok2 kat sini

img_2596

aku rasa kalau musim luruh lagi cantik

DCIM100GOPRO Processed with Snapseed.

Nami Island – Selfie je mampu sebab gi sorang.

Processed with Snapseed.

Kapal ke Pulau Nami. Ramai jugak boleh muat dalam ni.

Processed with Snapseed.

kapal ke Nami Island

Yg tgh2 tu adalah Nami Island. tak jauh mana pun

Yg tgh2 tu adalah Nami Island. tak jauh mana pun

Dengan itu berakhir sudah trip aku di korea. Untuk bajet dan itinerari ke korea boleh rrefer previous post aku. Next akan bz update entry di Bali dan Yoyakarta pulak. 

.
#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & Samurai Wifi
SUPPORT BY:
#kelabbloggerbenashaari
POWER BY:  
Malaysia Tourism, Korea Tourism Organization, Skyscanner, Wonderful Indonesia
.

READ  Persediaan Melancong ke Eropah dan Jepun
Winner of Favourite Travel Blog 2013 and Runner up Best Travel Blog 2014 in Malaysia Social Media Week (MSMW). A Telco Engineer by Profession. A Blogger and Traveler by Passion.

12 Comments

  1. Pingback: Gangwon Province Korea Selatan Destinasi Pilihan 2018 - Faizal Fredley

  2. Noriza Abdul Rahman

    March 20, 2017 at 12:58 PM

    Korea ni terkenal sebab kisah winter sonata 14 tahun dahulu. Memang meletup letup lah lepas tu. Semua pakat nak ke sana. pandai depa promosi kan

  3. Farah Alina

    October 14, 2016 at 1:44 PM

    Wahhhhhhhhhhhh.. coming soon next year insyaallah sampai sana 😉
    Farah Alina recently posted..Surat Bayi untuk Ibu TersayangMy Profile

  4. yanieyusuf

    October 11, 2016 at 1:56 PM

    teringin sangat nak jejak kaki kesini.. tak sabar nak try gi dr Busan ..
    yanieyusuf recently posted..Warung Mee Jawa Sungai Lembing Memukau PelangganMy Profile

  5. Shiqeen sattar

    October 10, 2016 at 8:02 AM

    Bestnyaa… awat pi sorang?

  6. Ato

    October 4, 2016 at 7:35 AM

    Sungguh indah permandangannya.
    Ato recently posted..Tarikh Pameran MAHA 2016 di siniMy Profile

  7. Doa Qunut

    October 1, 2016 at 8:04 PM

    Indahnya. Tenang dan mendamaikan.
    Doa Qunut recently posted..Doa Masuk Tandas dan Keluar TandasMy Profile

  8. malaysia sentral

    September 29, 2016 at 10:28 PM

    wowwwww

  9. Muhammad Khairuddin Lim

    September 28, 2016 at 6:11 PM

    Nampak ada tautan dengan Malaysia di Pulau Nami.
    Muhammad Khairuddin Lim recently posted..Muallim Country Run 2016My Profile

  10. Anuar

    September 28, 2016 at 3:44 PM

    Nampak cantik dan bersih kawasan Pulau Nami ni… Kalau pergi ke Korea memang kena lawat ni…
    Anuar recently posted..Koleksi Buku Perubatan Islam Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dalam #MYCYBERSALEMy Profile

  11. dkna abza

    September 28, 2016 at 3:24 PM

    bestnya naik flying fox tu.. berapa jarak nak sampai ke nami island kalau terbang flying fox?
    dkna abza recently posted..Luminate Serum Dan Body Spa GLAMORA Murah !My Profile

  12. Afiq Halid

    September 28, 2016 at 10:16 AM

    Bestnya FF. Berapa anggaran total budget gi sana?

Leave a Reply

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge