
Tempat Menarik di Seoul, Korea Selatan | 7D6N. Minggu lepas aku berjaya survive sorang diri kat Seoul Korea. Walaupun agak sunyi tapi seronok jugak bila boleh melawat tempat orang ni. Untuk Itinerary dan Bajet boleh refer previous post aku. Tang Itinerary boleh lah ikut tapi bajet tu jangan ikut sb macam over bajet lak.
Untuk entry kali ni aku shared tempat menarik di Seoul Korea. Tempat ni antara tempat popular di seoul. Alhamdulillah aku sempat lah sampai almost tempat yang aku aim nak pergi.
Dan tempat menarik di Seoul ni juga aku banyak refer kepada blog-blog lain yang pernah ke Seoul.

GYEONGBOKGUNG


Merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Kedudukannya sangat strategik kerana dilindungi oleh Gunung ganang di utara dan Sungai Han di selatan. istana ini dibina pada tahun 1395 selepas masihi (lebih awal dari tarikh Kesultanan Melayu Melaka diasaskan iaitu 1400 mengikut sejarah melayu dan 1402 mengikut suma oriental) Istana ini sangat besar dan Boleh Patah Kaki Jika Ingin Melawat Keseluruhannya
Di pintu belakang Gyeongbokgung, Anada akan sampai ke Korean Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi President Korea Selatan.
Di luar Gyengbokgung, terdapat tempat yang Diberi Nama Gwanghamun Square..
Di Gwanghamun Square ni ada Tugu peringatan King Saejong The Great (salah seorang Raja dinasti Joseon dan beliaulah yang mencipta huruf korea). Terdapat juga tugu peringatan laksamana Yi Sun Shin. Di bawah Gwanghamun square terdapat Museum pringatan King Saejong dan Laksamana Yi Sun Shin.
How to get here:
Direction ( Subway ) : Gyeongbokgung Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5
info lain: Tutup hari Selasa, Harga Tiket 3000 Won ( Sangat di sarankan beli tiket gabung 4 Palace berharga 10.000 Won ),
jadual tukar pengawal jam 10:00, 13:00, 15:00
INSADONG


Kalau Anda nak beli hadiah dan cenderamata dari Korea untuk keluaraga, sahabat dan orang tersayang, datanglah ke Insa-dong. Jalan ini dipenuhi dengan kedai2 yang menjual cenderamata pada pada harga Agak yang berpatutan. Selain itu, kalau fasih berbahasa Korea, boleh tawar menawar. Kat sini juga Banyak barang2 perhiasan macam gelang, rantai dan lain2…
Kalau anda bernasib baik dan datang pada masa yang sesuai, dapat lihat persembahan kebudayaan di Insadong ni. Sambil shopping boleh belajar budaya Korea.
How to get here:
Naik Seoul Subway Line 1, turun di Jonggak station exit 3 (jalan kaki sekitar 5 menit)
Naik Seoul Subway station Line 1, turun di Jongno 3-ga
Angguk station line 3 exit 6
MYEONGDONG



Merupakan syurga fesyen dan kosmetik di korea. Di siNi terdapat banyak kedai baju dan kosmetik samada indoor mahupun outdor. Tapi kalau nak pergi sini kena jalan dengan hati2 sebab ramai sangat orang. Dianggarkan seramai 1500000 orang melalui Myeong-dong setiap hari.
How to get here:
naik subway ke Myeongdong Station , line 4, exit 6 atau
Naik subway ke Euljiro 1-ga Station, line 2, exit 5
NAMSAM



Namsam merupakan sebuah gunung yang berada di tengah2 kota Seoul.. Di sekitar Namsan terdapat banyak tempat-Tempat yang menarik untuk Anda lawati.
Di kaki gunung Namsan terdapat Namsagol Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional orang2-orang korea. terdapat juga Seoul Time Capsule. Apa tu Time capsule…
Seoul Time Capsule…Sebuah batu yang terdapat ukiran di atasnya. Apa yang menarik, di bawah batu tu tertanam sesuatu yang tak ada siapa pun tahu apa bendanya. Time capsule ni hanya akan digali 1000 tahun lagi dan ada rahsia besar yang bakal diketahui oleh orang korea masa tu. Tapi yang lebih menarik, atas batu tu ada ukiran yang nama Allah…..Kalau tak percaya datang dan lihatlah sendiri …
Kat atas puncak Namsan pon ada tempat menarik antaranya:
Namsan Tower. menara telekomunikasi Seoul, ada restoran dan tempat untuk
bersantai sambil melihat keindahan Seoul dari atas. dan Teddy Bear Museum… kepada peminat-peminat tegar teddy bear wajib datang sini.
di puncak Namsan juga ada orang buat pertunjukan tarian dan seni mempertahankan diri korea! yang paling Popular Di namsan ialah love pad lock. Simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan…
Untuk sampai ke puncak namsan, terdapat 3 cara.
- Naik cable car..
- Naik bas (kenderaan lain tidak dibenarkan masuk)
- Jalan kaki…trek dan tangga pejalan kaki disediakan
How to get here:
naik Subway line 4 dan stop kat Myeongdong Station pastu keluar ikut Exit 3.
Lepas naik tangga exit tu ke arah kiri kat depan tu ada 7-e dan depan sikit ade Pacific Hotel.
Jalan ke simpang kiri sebelah Pasific Hotel tu terus je jalan sampai macam selekoh ke kiri nampak ada signboard n tangga di seblah kanan jalan, lintas jalan dan naik tangga tu hingga atas dan ke kanan terus lagi jalan sampai la korang akan nampak bangunan untuk naik Cable Car seblah kanan, kat situ banyak keta parking & taxi
ITAEWON




Kalau nak cari makanan halal kat Korea, pergi lah ke Itaewon. banyak restoran halal kat sini. Macam-macam pilihan ada, nasi arab, kebab, masakan india, dan juga masakan Malaysia. masakan korea yang halal pun ada disini.
Di Itaewon juga terdapat Masjid Besar Korea. Kepada yang muslim kalau melawat Korea kenelah pergi sini. Lihat bagaimana syiar Islam bertapak di bumi asing.
How to get here:
Naik subway Line 6 keluar Exit 3 di Itaewon Stn
CHEONGGYECHEON STREAM


Merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul, namun kebersihannya terjaga dan keindahan terpelihara. Pada tahun 1970, anak sungai ini pernah hilang dari bumi Seoul akibat kekurangan punca air dari gunung dan pembangunan pesat di tebing sungai.
Pada tahun 2005, kerajaan Korea selatan Telah memulakan usaha memulihara sungai ini. Yang menariknya, punca air sungai ini diperolehi dari mata air bawah tanah. Kini, anak sungai cheonggyechon merupakan lokasi untuk warga Korea bersantai selepas penat berkerja. Pemandangan di sepanjang anak sungai ini amat indah dan unik terutamanya pada waktu malam.
Terdapat air pancut dan air terjun di permulaan sungai dan pelbagai ukiran seni di sepanjang tebing sungai.
Pada awal november setiap tahun, sungai ini akan dipenuhi dengan tanglung yang besar, cantik dan unik sempena festival tanglung Korea.
Tanglung yang besar dan unik diletakkan di sepanjang sungai sememang cantik kalau anda berpeluang dapat melihat.
How to get here:
As the river is very long there are many starting points: Subway
Line 1: City Hall Station, Jonggak Station, Jongno 3-ga Station, Jongno 5-ga Station, Dongdaemun Station, Sinseoldong Station
Line 2: Euljiro 1-ga Station, Euljiro 3-ga Station, Euljiro 4-ga Station, Sindang Station, Sangwangsibni Station
Line 3: Jongno 3-ga Station
Line 4: Dongdaemun History & Culture Park Station
Line 5: Gwanghwamun Station Exit towards Cheonggyecheon Stream
HANGANG PARK




Bagi sesiapa yang suka Aktiviti beriadah, boleh la berkungjung ke Hangang Park. Terdapat banyak taman di sepanjang sungai Han dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. Tteukseom Theme Park, tempat mandi manda dan beriadah terutamanya pada musim panas Pada musim sejuk, taman tema ni akan bertukar menjadi medan untuk main luncur salji….
Anda juga boleh menyewa basikal kan berbasikal di sepanjang sungai Han.. Dengan Permadangan Yang Cantik Dan Tenang.
How to get here:
dari Yeouido Dock. Naik subway Line 5, exit 3 Yeouinaru Station. Keluar je dari station, jalan menuju ke Hangang River dalam 10 min jumpa la Yeouido Dock.
BANPO MOONLIGHT RAINBOW BRIDGE




Inilah antara benda yang tercantik di Seoul Korea Selain Awek Korea,
merupakan jambatan yang besar ( 2 tingkat) dan panjang dan dihiasi dengan air air pancut yang berwarna warni. Air pancut tu Juga Boleh Menari, Ada dua cara untuk menikmati keindahan di rainbow bridge ni. Yang pertama pergi ke tepi jambatan, Atau Boleh naik subway dan turun kat stesyen Dongjak,lepas tu jalan kaki dalam 5 minit.
Cara kedua dengan menaiki bot dari stesyen yoneorui. Memang Teruja naik bot ni terutamanya kalau pergi dengan girlfriend Atau Isteri. kalau Anda bernasib baik boleh dapat bot yang ada live band. tapi yang paling Seronok bila boat ni dah sampai di tempat air pancut berirama. Siap lalu bawah lagi… habis basah.!! Tapi Itulah Yang Menariknya!!
LOTTE WORLD

Kalau anda rasa pergi Genting best, Lotte World 10 kali lagi best… Taman Tema indoor dan outdoor ini memang hebat. Terdapat pelbagai permainan yang boleh menyebabkan adrenalin rush..
Tetapi Ada satu lagi taman tema yang besar di Seoul iaitu Samsung Everland tapi Kedudukannya terletak agak jauh pusat bandar Seoul, Dikabarkan Samsung Everland lebih besar berkali2 ganda berbanding Lotte World
How to get here:
cara nak sampai ke lotte world ni senang je, tak kira korang dari mana last station mestilah JAMSIL…dari situ korang jalan kaki je utk sampai lotte world…korang mesti akan lalu lotte shopping complex sebelum sampai taman tema dia
NAMI ISLAND



Tempat ni Memang Popular tak payah nak perkenalkan. Kemashurannya melalui drama Winter Sonata menjadikannya lokasi pilihan untuk Drama Malaysia, Panggilan Pulau Nami.
Pulau Nami memang cantik tak kira apa musim sekalipun.
Pulau nami terletak di tengah Sungai Han tetapi agak jauh dari Pusat Bandar Seoul. Alami Keseronokan berbasikal ketika musim sejuk Dan musim luruh di Nami. Sangat Cantik!!
How to get here:
Terdapat dua cara untuk ke sini. Yang pertama dengan menaiki bas yang boleh didapati di Inda-dong. Kedua dengan menaiki kereta api dari stesyen Chongyanggi dan turun di Stesyen Gapyeong. kemudian naik teksi sampai ke jeti.



EVERLAND
How to get here:
Dari Myeongdong Station:
Ambil train ke Chungmuro Station
Tukar ke Line 3 dan naik train ke Yangjae Station
Tukar ke Shinbundang Line dan naik train ke Jeongja
Tukar ke Bundang Line dan naik train ke Giheung
Tukar ke Everline dan naik train ke Jeondae – Everland
Sebaik korang sampai station Jeondae, korang kena turun jejantas untuk mengambil shuttle bus untuk sampai ke Eveland.
Dalam 10minit jer dan shuttle bus ni free saja.
perjalanan dari Myeongdong Station ke Everland mengambil masa 1jam 30minit
NAMDAEMUN MARKET

Namdaemun market telah wujud beratus-ratus tahun dahulu sejak zaman dinasti Joseon lagi. Merupakan antara pasar tertua di Korea dan menjadi tumpuan rakyat tempatan dan pelancong untuk membeli-belah di sini. Daripada bahan basah seperti ayam dan ikan, hingga barangan mewah seperti kamera dan batu permata, semuanya ada dijual di sini.
Pelancong yang ke Namdaemun market biasanya membeli cenderahati (souvenir) seperti keychain, fridge magnet, t-shirt dan barang paling popular yang sering dicari ialah Korean Brooch. Harga yang murah dan banyak pilihan menjadikan tempat ini antara tempat popular untuk membeli belah di Seoul.
Tips penting jika berbelanja di sini, minta diskaun atau bargain jika anda betul-betul mahu beli sesuatu barang. Jika tidak, pekedai disitu mungkin bakal meninggikan suara terhadap anda.
How to get there:
Ke Hoehyeon Station (line 4), exit#6. Keluar je dari pintu exit 6, jalan terus lbh kurang 100 meter sampai nampak satu lorong di sebelah kanan anda.Belok kanan je anda dah pun sampai di Namdaemun Market.
Perlukan Khidmat Translation untuk blog? Jom ke veqta.com semua bahasa boleh di translate. Bahasa Alien pun boleh!!
#TIPTRAVEL: Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum travell! Boleh kongsi ramai-ramai. Boleh pickup di KLIA/KLIA2. Antara negara yang aku pernah guna Samurai Wifi adalah Eropah, Jepun, Indonesia, Thailand, South Korea, Mauritius, New Zealand dan Australia TravelRecommends Pocket Wifi aku dah guna di Eropah dan South Korea! Boleh sewa DISINI RoamingMan Pocket Wifi aku dah guna di Jepun! Boleh sewa DISINI
boleh bagi tips tak kalau tinggal di myeondong mana tempat kita nak pergi terlebih dahulu..mengikut jarak terdekat…
Sy akan g Sane Ari selasa g seminggu tp 5 Ari ikut guide K-pop tour .. 2 Ari sendiri Ada cadangan tmpt ape ptt g
tujuh hari dekat sana..memang banyak tempat la kau pergi..pergh menarik sangat
nadia johari recently posted..SALOON DAN SPA KHAS UNTUK LELAKI DI GENTLEMEN’S TONIC, SOLARIS DUTAMAS
bestnya makan nasi rendang daging.
Muhammad Khairuddin Lim recently posted..Jambatan Gantung Muzium Tentera Darat Port Dickson Siri 2
Steady bro raya di perantauan sorang2! Good coverage, boleh buat reference if pergi Korea one day InsyaAllah
7 hari kat sana tu memang lama tu. memang jalan sakan tu. haha
Bahrain recently posted..Konsert Simfoni iCEPS 12 Di USIM
Dekat Korea pun boleh makan nasi rendang daging…. bestnya… fuh.. memang best baca pengalaman bro bercuti di Korea..
anuar recently posted..Homestay Adam Akif di Jitra Kedah
Btol ke stream tu… Lain machammmm… Haha
hahaha..kan aku pun rasa aku salah tempat..tp stream tu panjang…aku pegi bukan hot spot kot…