Home DESTINATIONS ASIA Itinerary dan Bajet Bercuti di Seoul, Korea Selatan | 7 Hari

Itinerary dan Bajet Bercuti di Seoul, Korea Selatan | 7 Hari

12164
9
DCIM100GOPRO
Nansam

Itinerary dan Bajet Bercuti di Seoul, Korea Selatan | 7 Hari. Alhamdulillah setelah 4 kali aku gagal untuk ke Korea tahun 2016 berjaya juga aku fly ke Korea. Dari tahun 2012 lagi sebenarnya aku plan nak ke korea tapi ada sahaja halangan.

Selamat 7 hari aku kat Seoul dengan zero planning. hahah Serius aku datang ke korea ni memang gembleng habis ar. Satu itinerary pun aku tak prepared. Yang aku tau sampai ke Korea aku terus check in then buat itinerary on the spot based on carian google dan bantuan kawan2 di facebook.

Sebelum tu aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cathay Pacific untuk tajaan penerbangan. Syukur Alhamdulillah!.

Thanks Cathay Pacific!!!

Ok untuk itinerary selama 7 hari ni sebenarnya tak lengkap macam travel agent sediakan sebab bagi aku lebih mudah free and easy. tak terikat sangat. So korang nak gi mana pun boleh tapi penat sikitlah sebab semua kena buat sendiri.

Lagipun orang kata Seoul ni tak susah pun untuk jalan2 sebab sistem pengankutan kat seoul sangat sangat efisien mcam jepun jugak.

img_7024

ITENERARY 7 HARI DI SEOUL KOREA SELATAN

Day1

  • Sampai airport incheon jam 7 ptg
  • Tunggu hotel dtg pickup
  • Rehat kat hotel
  • Stay near incheon airport, mlm boring area ni. So rehat je dulu dlm bilik

Day2

  • 9pg gerak ke airport
  • Amik train dr airport ke jongno 3sam dlm 1jam30minit (tukar stesion kt Gongdeok)
  • Letak beg kat hotel. 
  • Terus ke iteawon 
  • Kat itaewon gi masjid centeal seoul
  • Byk kedai2 makanan halal
  • Sepanjang jalan ada tempat shopping
  • Menarik kat itaewon adalah tempat makan2, minum2, mabuk2, pastu shopping. 
  • Dlm jam 5 aku gerak ke myeondong. 
  • Jalan2 sekitar myeondong. Kat sini mcm petaling street tp lagi best kat sini. Org ramai gila. Kalau dtg patut cuba makanan street diorg. Sedap!!!
  • Dlm jam 8mlm balik hotel. Naik train dan jalan kaki ja. 

Day3

  • keluar lewat sikit dlm jam 11 pg. naik bus terus ke namsam. 
  • Naik seoul tower kat namsam
  • Gi Dongdaemon 
  • Gi Gwanjang Market 
  • Then sekali lgi singgah Myeondong sampai malam
  • 10.00pm Balik rehat 

Day4

  • ke nami island. 
  • Naik subway then naik teksi ke jetti nami. Naik bas pom boleh tp macm kena jalan jauh pulak…
  • Dalam 2 jam jugak lah dari seoul ke nami
  • Naik flying fox ke Nami. Nak naik Ferry pom boleh. 
  • Balik itaewon 
  • Seharian habiskan masa di Nami Island sb kat mcm cantik je kat Nami

Day5

  • Cheoggyechon Stream
  • Hanggang Park
  • Banpoo moonlight rainbow bridge (1jam 30m)

Day6

  • HRC Lotte World 
  • Namdaemun (Tempat Shopping)
  • Gyeongbokgurng (Muzium)
  • Banpo Hangang Park
  • Insa Dong (Tempat Shopping)
  • Dondaemun 

Day7

  • Balik KL
img_7109
Banpo Bridge

Begitu lah itinerary last minit aku buat. Hahha tapi alhamdulillah banyak gak tempat sempat aku cover. Cuma Valvadi je tak dapat sebab buka untuk musim salji sahaja.

Then masuk kepada bajet sepanjang 7 hari aku kat sana. Untuk makan aku tak banyak habis sangat sb aku bawa banyak makanan dari malaysia lagipun nak cari kedai halal macam susah sikit. Klaau pergi ke Itaewon banyak lah kedai makan halal tapi tak lah hari2 nak ke itaewon kan.

Untuk shopping pun tak banyak sb aku pun tak tau nak shopping apa. Cuma malam last tu beli baju sikit kat anak2 buah. Untuk diri sendiri aku beli baju kat HRC ja.

BAJET 7 HARI DI SEOUL KOREA

DAY1

  • Wifi Rental  KRW27,720 (Kredit Card)
  • TMoney KRW10,000
  • Hotel Yegrina (1Night) KRW55,000

DAY2

  • Topup TMoney KRW50,000
  • Hotel 5 Mlm KRW425,000
  • Lunch kat itaewon KRW10,000. Nasi rendang danging
  • Beli Jajan kat Myoengdon KWR7,000
  • Beli seluar pendek kat Myeondong KWR10,000
  • Beli Baju anak buah KRW70,000
  • Beli kebab KRW5,000

DAY3

  • Tiket Seoul Tower KRW8,500 (return)
  • Beli air & ice cream KRW3,500
  • Beli Souvenir kat Seoul Tower KRW45,000
  • Beli kasut KRW89,000
  • Beli ice cream turki KRW4,000
  • Beli Roti Bum KRW2,000
  • Beli Waffel KRW4,000
  • Beli Sotong bakar KRW5,000

DAY4

  • Naik teksi dari stesen Gapyeong to Nami Island KRW3,700
  • Naik Flying Fox KRW38,000
  • Makan kat kedai Winter Sonata KRW16,000
  • Beli air KRW1,000 kat Nami
  • Gambar kat nami KRW15,000
  • Naik teksi ke stesen Gapyeong KRW3,700

DAY5

  • Beli air dan roti kat banpo KRW8,500
  • Beli air mineral KRW1,000

DAY6

  • Beli air dan roti kat banpo KRW8,500
  • Beli air mineral KRW1,000
  • HRC KRW89,000
  • Beli air KRW2,000
  • Dinner KRW8,500
  • Shopping KRW62,000
  • Lunch KRW24,000
  • Teksi KRW8,000

DAY7

  • Breakfast kat Airport KRW4,500

OVERALL

  • Hotel 7 hari 6 Malam KRW480,000 (RM1,700)
  • T-Money KRW60,000 – KRW21,000 (RM140)
  • Shopping KRW365,000 (RM1,340)
  • Belanja Makan + Lain-lain KRW192,400 (RM700)
  • Total – RM3,880

Huurmmm banyak pulak duit aku habis…Macam boleh jimat lagi ni kalau nak jimat….So korang jgn ikut bajet aku yer..sb mcm banyak habis..hahaha

untuk Tip Bercuti di Korea boleh klik link ini…  Tip Melancong ke Korea!!!

9 COMMENTS

  1. tq for info ^^(going to korea again next year)
    1) yg hotel tue mcm mahal je saya rase boleh cut lagi tu even 7 malam ade jew x sampai below 1000 kalau gie 2-3orng boleh cut lagi 350-500 utk 7malam (double room/triple+privatebathroom+breakfast)
    2) try visit KTO malaysia sbb dorang ade bagi diskaun sape2 yg nak pegi korea every year kot dorang buat x silap *diskaunbooklet
    +korang akan dapat T-money Free with 2000w (tak de expired) mane tau nak gie lagi
    +dapat tiket free gapyeong city tour Bus boleh jalan 1 hari kat gapyeong termasuk nami islang , petitefrance + morning glory *cut duit teksi
    3) kalau nak gie EVERLAND try tgok website dorang ade bagi diskaun untuk foreigner 25000won jew 45% dye bgi diskaun
    4) namsan tower , myeongdong , namdaemun dekat sebelah2 jew so 1 hari dah boley cover
    other than Myeongdong ,Ewha woman Uni+hongdae jugak boleh jalan2+shopping
    5) total korea paling murah pon 6-7 hari around RM2000++*seorang sekali tiket flight+bilik+belanja+transport+makan(bwk dr malaysia) untuk 2 orang
    kalau gie sorang maybe mahal sikit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here