Tip Melancong ke Korea

img_6852
Masjid Central Seoul

Tip Melancong ke Korea. Alhamdulillah dah 3 hari aku selamat sampai di Seoul Korea Selatam. Entah kenapa memang susah sungguh aku nak travel ke seoul ni. Banyak kali dah plan, last2 kena cancel sebab banyak hal lain.

September 2016 buat pertama kali dalam hidup aku, aku sambut hari raya di luar negara seorang diri. Sedih tu memang sedih tapi ni lah cabaran hidup. Tipu lah kalau kata x sayu bila dengar takbir raya sedangkan ko seorang diri di negara orang.

Trip ke korea ni aku tak plan apa pun sebab aku tak berani nak plan takut tak jadi jer. Bila tiba masanya aku akan fly. Itinerary belakang kira. Sampai je Seoul baru lah plan nak gi mana.

Sehari sebelum fly aku ada tanya member2 facebook tentang tip melancong ke korea. Dan alhamdulillah banyak yg bagi respone dan tip2 yang menarik. Thanks guys!!!

Ni antara tip melancong ke korea yg diorang shared

  • Install App Subway Korea. Senang nak cari info pasal train
  • Download Maps.me ni utk jalan kaki. 
  • Beli TMoney. Kalau sempat singgah lah kat Korea Tourism di KL utk collect info dan dapatkan Tmoney free
  • Makanan Halal banyak kat Iteawon
  • Shopping cosmetic kat myeondong
  • Shopping souvenir kat namdaemun
  • Jangan naik Teksi. MAHAL!!
  • Train ke exit tu jauh kena berjalan.
  • Kalau nak tukar stesen pun bapak gila jauh kena jalan. Silap2 boleh sesat bawah tanah tu.
  • Kalu boleh plan nak gi mana sebab antara satu tempat ke satu tempat tu boleh tahan jauh
  • Bawak bateri Go Pro lebih. hehe

Ok so far itu je. Aku ada lagi 4 hari kat seoul ni. Nanti kalau ada apa lagi tip yg menarik nanti aku share lagi ek.

Hari kedua aku kat Seoul ada gempa bumi kuat di belah selatan Seoul. Bergegar juga lah hotel yg aku stay ni. Alhamdulillah semuanya selamat.

Sebelum fly ke korea seeloknya korang check dulu musim apa kat korea tu. Boleh try usha entry aku ni Waktu Sesuai Untuk Melancong di Jepun dan Korea

img_6912
Seoul Tower
img_6908
Seoul Tower

 

*******************************************

TIP TRAVEL KE OVERSEAS: Travel tanpa internet baik korang duk terperap kat dapur rumah korang jer. Unless korang ni jenis penyiasat sendirian atau pembunuh upahan. So untuk penjimatan semasa travel baik korang pi sewa SAIMURAI POCKET WIFI dulu sebelum fly...Coverage mantap jangan risau. InshaAllah boleh cover satu dunia.....

Share this post

10 thoughts on “Tip Melancong ke Korea

Leave a Reply to Bahrain Cancel reply

CommentLuv badge