eba4d1cc30df4400a17ffd9aaf3fc6fc
Cerita Seram Bunyi Guli, Tarik Kerusi, Orang Berlari di Dalam Rumah

Bunyi Guli, Tarik Kerusi, Orang Berlari di Dalam Rumah. Masalah ni aku percaya ramai yang mengalami terutama bagi mereka yang tinggal di kondo atau pun apartment.

Sebenarnya bukan sahaja bunyi Guli, Tarik Kerusi, Orang Berlari malah macam-macam lagi bunyi yang biasa kita dengar. Ada kalanya bunyi seperti orang menumbuk guna lesung, bunyi pintu di buka. The worse case bunyi orang mengilai….

Benda ni aku dah alami sejak dari tahun lepas lagi. Bila aku mula pindah di Puchong. Rumah aku ni jenis kondo, tingkat 9. Orang kata rumah tinggi tinggi ni tempat tinggal jin.

Mula-mula dulu aku ingatkan orang atas rumah aku duk susun perabut. Tak pun mesti dia buka tadika kat rumah atas ni. Bila fikir macam tu, aku tak der lah rasa seram sangat.

Tapi sejak ada housemate ni diorang pulak yang tak selesa dengan bunyi bunyi bising ni. Dengan hasil carian google dan youtube barulah aku sedar yang bunyi bunyi tu adalah bunyi jin di dalam rumah bukan di rumah atas.

Sejak tahu hakikat macam ni aku dah start seram sejuk dah.

Mula-mula aku ingat nak ignore je tapi makin lama makin teruk. Bila duk dalam rumah je aku rasa sakit kepala. Then nak tidur dah mula kena kacau. Dengan bunyi-bunyi pulak rasa stress jer. Bunyi2 ni bukan waktu malam je, almost setiap masa bunyi.

Bila tanya kawan2 ada yg suggest macam2 untuk aku buat, Antaranya:

  • Pagar rumah dengan bacaaan ayat Al-Quran
  • Selalu baca Yasin
  • Azan di setiap penjuru rumah
  • Panggil ustaz tolong tengokkan
  • Baca 3 Qul
  • Selalu pasang surah Ruqiah
  • Baca Doa Nabi Sulaiman
  • Baca Ayat Kursi
  • Buat Tahlil atau Doa selamat kat rumah
  • Tabur Garam dan Lada Hitam di penjuru rumah

Jangan buat maksiat dalam rumah

InshaAllah ada beberapa perkara aku buat tapi tak berkesan. Sebaliknya bunyi2 tu makin kuat. Kali ni aku ingat nak panggil ustaz.

Kadang-kadang aku rasa macam nak pindah jer….tapi tu lah nak cari rumah yg elok dgn harga yg murah ni bukan senang sekrang.

 

 

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge