train_to_busan_h_2016
Train To Busan

Train To Busan Filem Zombi Wajib Tonton. Salah satu cerita Zombi yang menjadi. Mula mula aku tgk tajuk aku dah terbayang cerita ni tentang penumpang train dari Seoul ke Busan, pastu dalam train tu ada yg kena jangkitan. Well sangat direct kan.

Ok bila dah masuk dalam wayang tu aku dah expect dah macam mana jalan cerita. Mesti boring. Tapi bila dah start plot cerita memang sangat menarik. Watak watak dalam cerita ni juga menambahkan jalan cerita yang simple ni.

Nilai nilai murni yang di ketengahkan memang terlalu banyak. Boleh memberi pengaran tentang sikap-sikap manusia zaman sekarang.

Hubungan kekeluargaan yg erat banyak membuat aku rasa nak menagis kot..hahaha

rsz_2016_-_train_to_busan
aku suka watak lelaki ni

Dari awal sampai akhir memang tak pernah boring. banyak juga scene2 yang mendebarkan. Scene yg buat aku geram pun banyak. rasa nak menyumpah je kat watak yg selfieh tu. Serius!! aku rasa ada jugaka ku menyumpah dlm panggung tadi. Hhehe

Overall cerita ni memang best sangat. Worth it utk tonton.

Jangan sesekali bandingkan cerita Train to Busan dengan cerita zombi melayu (Zombi Kampung Pisang). Sesungguhnya ianya teramat amat ketara bezanya.

5 star dari aku!!!!

SINOPSIS TRAIN TO BUSAN

Train to Busan berkisahkan tentang sekumpulan penumpang KTX dari Seoul ke Busan. Sebelum berlepas salah seorang yg terkena jangkitan virus berjaya masuk ke dalam train dan seterusnya menyerang penumpang. Dalam perjalanan yg penuh mendebarkan mereka terpaksa survive dari serangan zombi di dalam train dan juga di stesen sehinggalah ke stesen Busan yg masih lagi selamat dari serangan virus zombi.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge