Trip ke Kepulauan Mersing Johor Bersama Oh Jalan

IMG_5353
Kepulauan Mersing

Trip ke Kepulauan Mersing Johor Bersama Oh Jalan. Last week aku dapat invitation dari Oh Jalan untuk trip ke Kepulauan Mersing yang terletak di Johor. Memandangkan aku belum pernah lagi jejakkan kaki di pulau pulau kat Johor jadi trip kali ini aku memang excited lebih.

Maklumlah tak pernah pergi kan. Lagipun aku dengar cerita pulau2 kat Johor ni cantik-cantik, setanding dengan pulau dekat Terengganu. Airnya yang jernih dan kebanyakkan pulau-pulau di Johor ni belum lagi di komersial kan (selain Pulau Tioman).

Dengan itu Oh Jalan mengambil inisiatif dengan menjemput 10 blogger travel untuk turut serta menjelajah pulau pulau sekitar Mersing ini.

IMG_7071
Rawa Island

Antara pulau-pulau yang sempat kami singgah adalah Pulau Gual, Pulau Hujung, Pulau Harimau, Pulau Besar dan Pulau Tengah.

Memang tak kan menyesal kalau siapa yang pergi ke pulau pulau ni sebab pulau pulau kat sini memang belum tercemar oleh kerakusan manusia. Kira masih dara lagi lah ni.

Perjalanan yang mengambil masa 4 jam dari Kuala Lumpur ke Mersing Johor ni memang happening dengan blogger2 yang sangat hyperactive.

Kami bertolak jam 12 tgh malam dari TBS menaiki Kereta jenis Hyundai Starex tajaan dari KLEZCAR (HQ) dan tiba di Mersing lebih kurang jam 5 pagi. Bayangkan 12 orang ada dalam kereta ni memang heppening dan macam tak percaya juga kereta ni boleh muat ramai penumpang.

Seterusnya kami bertolak ke Pulau pulau mersing melalu jeti Mersing. Dan menikmati keindahan ciptaan Allah yang masih lagi terjaga.

PULAU-PULAU YANG DILAWATI:

IMG_4719
Pulau harimau

Pulau Harimau – Tompokan seperti lumut atau bukit lalang dan gua paras laut pada pulau ini yang menjadikan ia satu pulau yang unik dan cantik. (hanya bergambar dari atas bot)

IMG_4742
Pulau Gual
IMG_5226
Pulau Gual

Pulau Gual – Terdapat pintu gua di hadapan yang menembusi di belakang. Di dalam gua ini terdapat pasir putih yang sangat cantik. (hanya bergambar dari atas bot)

Pulau Mensirip – Mempunyai gua dan pulau yang berbatu. (hanya bergambar dari atas bot)

IMG_4752
Pulau Hujung
IMG_4818
Pulau Hujung
IMG_4819
Pulau Hujung
IMG_4854
Pulau Hujung

Pulau Hujung – Pulau yang sesuai untuk snorkeling kerana kecantikan coral dan kejernihan airnya. Terdapat juga pantai terbiar di Pulau Hujung yang boleh dijadikan tempat bersantai selepas penat ber’snorkeling’. Walaupun terbiar namun kejernihan, kehalusan pasir pantai dan keindahannya terpelihara. Terdapat beberapa rumah kayu usang yang telah lama ditinggalkan dan dijadikan sebagai pitstop pengunjung apabila ke sini.

IMG_4959
Pulau Tengah
IMG_4988
Pulau Tengah
IMG_5194
Pulau Tengah
IMG_5196
Pulau Tengah

Pulau Tengah – Juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk snorkeling. Selepas ber’snorkeling’, singgah di salah satu pantai terbiar di Pulau Tengah. Di sini tidak mempunyai pasir yang halus seperti Pulau Hujung, sebaliknya hanya berbatu-batu halus dan tajam. Namun bentuk geografinya yang unik menjadi satu tarikan kepada ‘photo traveller’.

IMG_5028
Pulau Besar
IMG_5034
Pulau Besar
IMG_5212
Pulau Besar
IMG_5213
Pulau Besar

Pulau Besar – Merupakan tempat snorkeling yang paling best dan menarik. Terdapat beberapa resort untuk diduduki, juga perkampungan penduduk yang boleh diterokai. Persekitaran Pulau Besar lebih terjaga dan lebih menarik kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pemilik-pemilik resort di sini.

IMG_4931

Selesai menjelajah di 5 pulau pulau yang ada di mersing ni kami pulang ke bandar Mersing sekitar jam 5 petang. Kepulangan kami membawa sejuta memori yang ingin di kongsikan bersama pembaca blog masing masing.

Bagi sesiapa yang inginkan percutian di pulau pulau Mersing boleh lah contact Oh Jalan kerana Oh Jalan menawarkan pakej pakej yang menarik untuk ke pulau pulau ini dengan harga yang begitu menawan sekali.

IMG_5318
Snorkeling pun best kat sini

PAKEJ EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING OLEH OH JALAN:

Pulau Harimau, Mensirip, Gual, Hujung, Tengah, & Besar.

Moh sertai kami pada tarikh-tarikh eksklusif berjadual di bawah, khas oleh Oh Jalan; (saguhati istimewa menanti anda pada tarikh-tarikh ini).

  • 6 Aug
  • 27 Aug
  • 3 Sept
  • 24 Sept
  • 8 Oct
  • 22 Oct
  • 5 Nov
  • 26 Nov

ATAU

Tarikh pilihan anda sendiri jika ‘group’ anda bersaiz antara 8-11 orang.

Tempah percutian anda sekarang hingga 5 Ogos 2016 untuk Harga Promosi Istimewa!!

Pakej A [Day Trip]

  • RM188 RM168 / dewasa
  • RM138 RM118 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:

  • Travel coordinator dari Oh Jalan
  • 1 hari trip ‘island-hopping’ ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
  • Bot ‘chartered’ khas
  • 1 sarapan pagi
  • 1 makan tengahari
  • Set snorkeling

Pakej B [2H1M]

  • RM248 RM228 / dewasa
  • RM178 RM158 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:

  • Travel coordinator dari Oh Jalan
  • 1 hari trip ‘island-hopping’ ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
  • Bot ‘chartered’ khas
  • 1 sarapan pagi
  • 1 makan tengahari
  • Set snorkeling
  • 1 malam penginapan di hotel sekitar Mersing

MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:

PENAJA-PENAJA PROGRAM EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING:

Penaja pengangkutan (Hyundai Starex) – KLEZCAR (HQ).

Untitled2

KLEZCAR serupakan syarikat sewa kereta yang mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Harga sewaan yang ditawarkan adalah dengan harga yang murah dan berbaloi dengan wang ringgit, terutama untuk sewaan kereta sekitar Kuala Lumpur. Jika anda seorang yang rigid dengan bajet, maka pilihan KLEZCAR bolehlah menjadi satu keutamaan bagi anda. Ada pilihan pelbagai, dari sekecil Viva sehinggalah ke kereta mewah seperti Vellfire.

KLEZCAR MALAYSIA (HQ)

Penaja penginapan – Hotel Bluewater, Mersing.

Untitled1

Hotel Bluewater, Mersing merupakan antara hotel yang menawarkan harga sewaan mampu milik. Rekaan dalamannya yang moden namun simple sangat sesuai untuk mereka yang mencari hotel bajet namun selesa untuk dijadikan sebagai tempat penginapan sementara apabila berkunjung ke Mersing. Terdapat pelbagai jenis bilik untuk dipilih antaranya; bilik berdua, bertiga dan berempat. Kedudukan hotel ini yang berada di pusat bandar Mersing menjadikan ia hotel pilihan ramai kerana terdapat pelbagai kemudahan yang berhampiran dengan hotel, antaranya; kedai makan, bank, kedai runcit, kedai dobi dan lain-lain lagi.

HOTEL BLUEWATER, MERSING

  • 38, Tingkat 1 & 2, Jalan Jeti,
  • Bandar Tepian Sungai,
  • 86800 Mersing, Johor.
  • Tel: 07-799 5535
  • Emel: [email protected]

Penaja makanan – Restoran Tepian Bendang, Air Papan.

Untitled3

Restoran Tepian Bendang terletak di tepi jalan utama menuju ke Air Papan. Dibuka dari pukul11 pagi sehingga 11 malam. Antara menu yang istimewa di sini adalah Asam Pedas & Kari Kepala Ikan (makan tengahari) dan Mee Bandung (makan malam). Rasanya tidak lengkap sekiranya ke sini tetapi tidak mencuba menu istimewa mereka. Lokasinya yang dikelilingi sawah padi menjadikan ia satu tarikan pengunjung yang gemarkan suasana santai dan damai. Harga yang murah dan berbaloi juga menjadikan restoran ini menerima pengunjung yang tidak putus setiap hari.

RESTORAN TEPIAN BENDANG, AIR PAPAN

  • Jalan Kampung Air Papan,
  • 86800 Mersing, Johor.
  • Tel: 019-773 6655 / 019-729 0001
  • Waktu operasi: 11 pagi – 11 malam

Penaja pakaian – Print D Tee Studio

Untitled5

Print D Tee Studio merupakan syarikat percetakan baju yang berpusat di Kemaman, Terengganu dan telah beroperasi sejak tahun 2013. Terdapat pelbagai jenis cetakan yang ditawarkan, antaranya; cetakan silkscreen, heatpress, direct to garment (DTG), sulaman dan custom-made. Harga yang ditawarkan juga adalah mampu milik.

PRINT D TEE STUDIO

*******************************************

TIP TRAVEL KE OVERSEAS: Travel tanpa internet baik korang duk terperap kat dapur rumah korang jer. Unless korang ni jenis penyiasat sendirian atau pembunuh upahan. So untuk penjimatan semasa travel baik korang pi sewa SAIMURAI POCKET WIFI dulu sebelum fly...Coverage mantap jangan risau. InshaAllah boleh cover satu dunia.....

Share this post

3 thoughts on “Trip ke Kepulauan Mersing Johor Bersama Oh Jalan

Post Comment

CommentLuv badge