Home TRAVEL Travel Tips Cara Memohon VISA Travel Dan Belajar

Cara Memohon VISA Travel Dan Belajar

3219
5
visa
Cara Memohon VISA Travel Dan Belajar

Cara Memohon VISA Travel Dan Belajar. Bagi mana-mana kaki travel info seperti cara memohon VISA tersangatlah penting. bagi aku yang baru nak menapak ke luar negara ni memang memerlukan info-info penting tentang cara memohon VISA yang betul. Supaya tidak ada masalah bila nak fly nanti.

Bagi sesetengah negara memerlukan pelawat memohon VISA terlebih dahulu sebelum melancong ke negara berkenaan. Memang agak  menyusahkan tapi inilah rule mereka bagi tujuaan keselamatan.

VISA terbahagi kepada banyak jenis. Antaranya VISA travel dan VISA study. Ada juga sesetengah negara VISA boleh apply bila kita sampai ke negara berkenaan ada juga negara yang kita perlu mohon dan mendapat kelulusan dahulu baru boleh ke sana.

Berikut aku kongsikan cara untuk memohon VISA untuk travel dan juga study. Sumber aku dapat darilaman web KLN.GOV.MY. Info ni juga untuk diri sendiri sebenaranya.

Cara Memohon VISA Travel Dan Belajar

Permohonaan visa hendaklah dibuat di mana-mana Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan.

Bagi negara-negara yang tidak mempunyai Perwakilan Malaysia, permohonan hendaklah dibuat di Kedutaan atau di Suruhanjaya Tinggi British.

Permohonan juga boleh dilakukan secara online menerusi Sistem I-Visa (hanya untuk pelancong dari India dan China sahaja).

Permohonan Visa Tanpa Rujukan (VTR)

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Tanpa Rujukan adalah:

  1. Pasport asal
  2. Satu (1) salinan fotostat pasport
  3. Satu(1) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
  4. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
  5. Tiket penerbangan asal dan satu (1) salinan fotostat (disahkan dan tiket penerbangan balik)
  6. Penyata bank / traveller’s cheques
  7. Surat jemputan (jika ada)
  8. Bayaran visa – RM 15.00
  9. Satu (1) salinan KITAS di Indonesia.

Nota : Visa Tanpa Rujukan diperlukan bagi tujuan lawatan social untuk Negara-Negara yang memerlukan visa untuk memasuki ke Malaysia.

Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR)

    Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Dengan Rujukan (visa akan dikeluarkan  setelah pemohonan dirujuk dan diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia / Agensi Berkuasa) adalah:

  1. Surat kelulusan asal Jabatan Imigresen Malaysia / agensi berkuasa dan satu (1) salinan fotostat
  2. Pasport asal
  3. Satu (1) salinan fotostat pasport
  4. Satu (1) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
  5. Satu (1) keping gambar berukuran pasport pemohon
  6. Tiket penerbangan asal dan satu (1) salinan fotostat
  7. Laporan Kesihatan ( Bagi Pekerja Asing )
  8. Bayaran visa RM 15.00

Nota: Visa Dengan Rujukan diperlukan bagi Pas Pelajar, Pas Bekerja / Penggajian, Pas Tanggungan dan Pas Lawatan Professional serta Pas Lawatan (Kerja Sementara)

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge