10 Tips Bercuti Ke Maldives

13435358_1261577823873308_7834723023531498427_n

Tips Bercuti Ke Maldives

10 Tips Bercuti Ke Maldives. Hari ni scroll timeline FB aku ternampak tips yang awesome ni khas untuk yang nak bercuti ke Maldives. Tips ni memang terbaik. Aku sendiri pun ada juga notice benda2 ni semaga aku ke Maldives last year.

Tips ni daripada salah sorang friend aku kat FB dan antara yang aktif di dalam Group Backpackers Buddy Malaysia (BBM).

PEN-KL- MALE RETURN RM 690!!!!!! AIR TICKET
TRAVELMOREPAYLESS

10 Perkara perlu tahu!!

1) Selain dari Air Asia, Mega Maldives Airlines juga menawarkan direct flight ke Maldives.
Flight dr kl ke male dan male ke KL bukan beroperasi setiap hari. So check di website airlines terlebih dahulu. Boleh jugak naik flight dr singapore utk hari yg lebih flexible.

2) Jika menaiki Airasia flight sampai dh waktu malam. Membelah ombak & laut waktu malam utk ke pulau yg jauh selepas menaiki flight tak berapa best. Tapi jika ingin pengalaman boleh try. Usually time ni hanya speed boat sahaja yg beroperasi.

3) Duit maldives rufiyaa mmg x blh nak tukar di mana-mana money changer di malaysia. Dr malaysia standby usd siap2. Di airport maldives blh tukar. Pastikan simpan resit if nak tukar semula balance ke usd.
Hotel di public island terima je if bayar guna usd. Utk water activity, beli souvenier pun diorg terima je usd. Pergi resort pun diorg terima usd or byr guna credit card. Tkr rufiyaa utk beli barang kat kedai runcit.Maldivian sgt particular ngan notes usd. Mereka tak nak usd notes yg renyuk, lembik dan lusuh. Nk yg cantik, elok n keras/separa keras jer,

4) Maldives ni terdiri drpd beribu-ribu pulau kecil. Lebih 1200.. ada yang jika nak pergi kena tido semalaman dlm feri. Jadi boleh pilih resort2 kecil atau pulau local. Utk budget traveller biasanya menginap di local island deperti maafushi, hullumale, & etc. Jika budget lebih nak duduk resort harga rm500++ ke lebih rm15000semalam pun boleh.

5) Public ferry dr male ke maafushi reganya usd2/pax sehala. Tapi time dia terhad. Kena plan time properly. Jika x boleh naik speed boat rate 20 usd/ pax sehala. Balik ke airport dr pulau pun usd 20/ pax. Balik jika nak naik feri pagi2 dh kena check out.

6) Terima kasih pada yang baik hati dah betulkan fakta sebelum ini. Perjalanan dari male ke Maafushi bergantung pada keadaan laut & jenis transport yang anda ambil.

Kebiasaannya Lebih kurang 1 jam 30 minit bagi yang menaiki public ferry & 30 minit-45 minit jika menaiki speed boat. kalau malam lama sikit.

7) Aktiviti yg best kat sana:

  • dolphin cruise. Berpuluh wild dolphin di lautan lepas.. sgt teruja.
  • snorkeling & mandi laut di lautan yg cantik
  • melawat sand bank since banyak kat sini.
  • night fishing bagi yg suka memancing atau nak rasa pengalaman.
  • diving bagi siapa yg ada lesen.
  • melawat resort mewah selama sehari… x dpt tido melawat je pun jadila….
  • aktiviti sukan laut lain spt scuba driving, parasailing, naik jet ski, banana boat & etc…
  • ada budget lebih & travel by group bolehla naik seaplane tgk view maldives dr angkasa…

8) Tempat & view yg cantik harusla ada kamera yg ok. Kalau x abadikan dlm kenangan je.

9) X payah bawak banyak sgt brg sbb mode of transport adalah boat… bawa keperluan sekadar mencukupi. Some island x de jeti. Tapi x basahla boleh pakai kasut. Tapi jika ke resort mewah x pela sbb semua selesa. Tinggal keluar duit je.

10) Makanan halal tiada masalah sbb kebanyakan penduduk muslim. Cuma di resort mewah pastikan menu makanan kerana ada yg menyediakan pork. Breakfast selalunya dh masuk dlm harga bilik hotel. Lunch if buat aktiviti ada yg dh include. Dinner ada hotel yg menawarkan buffet lbh kurang usd 10/ pax.
Jika nak jimat boleh bawa maggi, brahims atau rice cooker jika ramai2 dan nak masak sendiri.

.
#TravelTip: Untuk Jimatkan belanja boleh sewa pocket wifi siap-siap dari Malaysia. Jimat & boleh kongsi ramai-ramai. Boleh sewa pocket wifi di Samurai Wifi. Untuk jimat apabila stay di Hotel boleh dapatkan Voucher Hotel dan diskaun di DiscountCodeHK.com. Apabila travel di musim sejuk boleh juga beli kelengkapan baju2 sejuk murah di PakaianMusimSejuk.com.
.
THIS WEBSITE SPONSORED & SUPPORT BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & #kelabbloggerbenashaari
.
“Every travel is a journey and every journey is a travel. No matter where you go, what you’re up to is a journey. Enjoy life, live with it and make peace of it. Our journey in life will end but not with our soul. Go beyond the journey and discover what life has to offer.”~Eacel Janubas~

9 Comments

  1. eintan nurfuzie

    July 13, 2016 at 1:00 PM

    sesiapa suka pantai mmg best la..
    eintan nurfuzie recently posted..Kucing Selebriti Malaysia Yang TerkenalMy Profile

  2. zik

    July 4, 2016 at 6:04 PM

    bro budget dalam berapa ribu/ratus?? pergi balik campur flight sekalilah, jangkaan jerla bro.. manalah tahu ada rezeki terpijak satu hari nanti.. hehe
    zik recently posted..4 pasukan yang mara ke separuh akhir euro 2016My Profile

  3. Ikhwan

    July 4, 2016 at 7:55 AM

    mengidam nak tengok ikan lumba lumba 🙂
    Ikhwan recently posted..Jana RM8 Ribu Sebulan Dengan UberMy Profile

  4. akubiomed

    July 3, 2016 at 5:12 PM

    Wow jernihnya air laut. 🙂
    akubiomed recently posted..Panduan mengelak pinjaman pembiayaan perumahan ditolakMy Profile

  5. titan

    July 2, 2016 at 6:12 AM

    tu dia.

    dah sampai malives dah dia.
    titan recently posted..The closer you think you are, the less you’ll actually SEE.My Profile

  6. Afif Rayyan

    July 2, 2016 at 2:12 AM

    Tips yang menarikkk
    Afif Rayyan recently posted..Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016My Profile

  7. Muhammad Khairuddin Lim

    July 1, 2016 at 6:50 PM

    wah..seronoknya…ini dalam wishlist teman.
    Muhammad Khairuddin Lim recently posted..Moh kita cari bunga liar di Perth dan Western AustraliaMy Profile

  8. Anuar

    July 1, 2016 at 12:22 PM

    Seronoknya kalau dapat snorkeling dekat Maldives… Air lautnya yang bersih dan dasar lautnya yang cantik… 😉
    Anuar recently posted..Sedekad Bersamamu di Politeknik Jer Tau!! (5 tahun di PSIS + 5 tahun++ di PMU)My Profile

  9. haffizuliskandar

    July 1, 2016 at 11:17 AM

    wah..tips yang sangat berguna ni. bagi mereka yang dah plan nak pergi sana, tips ini sangat-sangat berguna..:)

Leave a Reply

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge