Bercuti di Christchurch dan Akaroa New Zealand | 7D6N

#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI

CC1
Bercuti di Christchurch dan Akaroa New Zealand

Bercuti di Christchurch dan Akaroa New Zealand | 7D6N. 7 Hari di South New Zealand. Aku rasa macam 7 minggu. Haha bukan nak kata New Zealand tak best tapi jiwa orang melayu. Duk tempat sejuk ni 3 hari boleh lah tahan. Lama2 mula lah duk hitung hari nak balik Malaysia.

Ni antara gambar2 yang aku sempat ambil sepanjang aku di Christchurch & Queenstown. Untuk Tip, Bajet dan Itinerary aku publish dalam next entry.

Bercuti di Christchurch dan Akaroa New Zealand

 

newzealand 4
Greenwood Park dan Mount Pleasant Scenic Reserve
Mount Pleasant Scenic Reserve
Mount Pleasant Scenic Reserve

Mount Pleasant Scenic Reserve. Kira2 45 drive dari Christchurch Town. View kat sini sangat cantik. Boleh tgk seluruh Christchurch.

newzealand 1
Christchurch Central
newzealand 2
Yang macam pasu bunga tu mercu tanda Christchurch. Ni dekat Cathedral Square
CC5
Botanic garden – Christchurch casino – Cathedral Square
CC2
Hagley park

Hagley park ni luas. Ada bahagian North dan South. Memang cantik gila kawasan ni. Hari tu aku gi sunyi je maybe sb hari kerja kot. Berdekatan dgn Hagley Park ni ada Avon River. Avon river ni kalau dalam tv tu org selalu naik sampan. Aku tak daya nak menyampan kat river tuh. Sejuk weh..

IMG_2072
Tramways. Tram ni just utk pelancong jer.
CC3
Birdling Flat & Akaroa
CC4
Birdling Flat & Akaroa

Birdling Flat ni kira2 1 jam 30 minit drive dari Christchurch. Kalau korang ke Akaroa korang akan lalu sini. Pantai dia cantik gila. Boleh tgk view yg sgt ohsem.

IMG_2210
Dah kehabiasan duit…Hahha terpaksa withdraw kat sana. Ada charge RM10. Kena aftif kan kad atm siap2 sebelum fly. 500NZD lebih kurang 2000MYR.
13179058_10206586145796296_7166908107092467612_n
Jeti Akaroa

Akaroa ni merupakan tempat bersejarah. Kat sini banyak gunung berapi. Dan kat sini lah dulu orang Mouri tinggal. Ada lagi kisah dia tapi aku lupa dah..Hahhaa

IMG_2750
Christchurch Airport. Masa ni buatt call dari NZ… Dan nak balik ke Sydney

So far semua gambar2 ni sehingga hari ketiga. Untuk hari ke empat aku dah mula drive ke selatan New Zealand iaitu ke Queenstown.  Dari Christchurh ke Queenstown mengambil masa selama 7 jam driving.

BACA JUGA :

NEXT ENTRY: 

  • 7 Hari di New Zealand Episode Lake Takepo, Lake Pukaki dan Mount Cook
  • 7 Hari di New Zealand Episode Queenstown dan Milford Sound

Related Post

THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & Samurai Wifi
SUPPORT BY:
Kelab Blogger Ben Ashaari
POWER BY:  
Malaysia Tourism, Korea Tourism Organization, Skyscanner, Wonderful Indonesia

READ  Alhamdulillah Rezeki Sponsored Backpacker

6 Comments on “Bercuti di Christchurch dan Akaroa New Zealand | 7D6N”

Leave a Reply to shazillahsani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge