Tempat Menarik di Sydney Australia | Tip Dan Bajet 6D5N

IMG_0557
Tempat Menarik di Sydney Australia 6D5N | Tip Dan Bajet

Tempat Menarik di Sydney Australia | Tip Dan Bajet 6D5NAlamdulillah, boleh kira dah settel lah kot holiday aku kat sydney walaupun aku terpaksa jejakkan kaki sekali lagi ke sydney airport sebelum balik KL Khamis ni.

Untuk pengetahuan trip ke Sydney dan South Island New Zealand ni atas tajaan diri sendiri. Jadi semua perkara dalam ni jujur dan ikhlas. Kalau aku puji tu maknanya baguslah tu. Tak da nya nak diselindung ke apa ker,

Ok..

Sebelum aku ceritakan aktiviti aku selama 5 hari di sydney aku nak korang tahu dan kalau boleh prepare untuk masuk ke negara kangaroo nih.

Al kisah dia, semasa kat airport tu korang akan rasa azab sangat. Sebab diorang ni kalau boleh memang x nak bagi kita masuk negara depa nih. Macam2 soalan depa  akan tanya. Then kalau sangkut satu barang memang dia akan check gila2. Satu badan dia akan check

Ok. Bila dah lepas immigration Aussie ni korang dah boleh tarik napas panjang2 dah.

Untuk yg sewa kereta korang boleh amik keta kat airport. Tapi aku naik Train jer. Sebab public transport kat sydney ni mudah dan lengkap. So tak payah  nak membazir duit sewa kereta.

Untuk Hotel pulak, aku book siap2 kat Malaysia. Guna Agoda, Booking dan Amona. Korang pandai2 lah buka apps travel ni. Bersepah dah. Nak lagi senang buka je trivago ataupun hotel combine.

#FLIGHT

  • KL – SYD – KL = RM1495.08 (Air Asia X)

#HOTEL – 2pax

  •  Keg & Brew Hotel (Sydney) – RM580.28 (2 Night)
  • Travelodge Sydney Hotel (Sydney) – RM1059.77 (3 Night)
#SHOPPING (souvenir)
  • Sydney (AUD603)
#BAJET
  • Belanja AUD2000

Ok ni Itinerary selama 5 hari aku kat sana termasuk bajet aku spend sepanjang kat sydney. Oh lagi satu percutian aku ni bukan percutian bajet dan bukan juga percutian murah. Kira percutian selasa gitu…Ada juga hotel macam backpack dan ada juga hotel macam mewah.

#ITINERARY

Sydney Day 1
Date : 30th April 2016 (Sat)
  • Dari klia jam 10.30pg waktu malaysia
  • Sampai syd airport jam 8.30mlm waktu sydney
  • 7 jam penerbangan
  • Suhu di sydney dlm 21 darjah malam
  • Opal card $20
  • Local sim card $20 (cukuplah 5 hari pakai)
  • Dinner$13.50
  • Minarel water $3.50
Day 2
Date : 1st May 2016 (Sun)
  • Breakfast $17
  • Shoppig at paddy market $19 (buka rabu – ahad jam 10 pg – 6 ptg)
  • Jalan2 ke Opera House about 45 minit jalan kaki dari hotel
  • Singgah hyde park
  • Museum
  • Lepak layan sunset di sekitar opera house
  • Tea time area opera house $26
  • Balik hotel naik train
Day 3
Date : 2nd May 2016 (Mon)
  • breakfast coffee kat sydney tower $8.30
  • Tiket sydney eye dekat sydney tower $70. Duk atas tu dalam 40 minit. Kalau beli online $50 je.
  • Beli gambar kat atas tower tu $50 sb atas tu x leh bawak brg2 yg leh jatuh kebawah termasuk kamera.
  • Terus jalan2 dari sydney tower ke darling harbour about 15minit jalan kaki.
  • Lunch kat mcD $15
  • Singgah HRC shopping sikit dalam $317
  • Lepak kat darling harbour
  • Dinner $30 (Malaysian Restaurant dkt dgn Opera House)
  • Lepak kejap kat opera house
  • Balik naik train ke central
  • Top up opal card $20
Day 4
Date : 3rd May 2016 (Tue)
  • Brekfast nasi goreng (bawa dr malaysia)
  • Jalan ke central station ke bondi junction platform 24 –
  • Dari bondi junction naik bas dekat A3 ke bondi beach
  • Lepak2 kat pantai sambil minum coffee $12
  • Naik bas dari bondi beach ke circle quey
  • Balik ke circle quey dan terus ke coocatoo island naik ferry
  • Hbs pusing2 coocatoo island balik rumah by train
  • Singgah dinner kat restoren thai dulu
  • Balik hotel rehat + cuci baju utk ke NZ lak $12 cuci bajukat hotel
Day 5
Date: 4th May 2016 (Wed)
  • Breakfast (nasi goreng) bawak dr malaysia
  • Shopping kat paddy market $45
  • Naik tram dr paddy market ke central (saja nak merasa padahal lehjalan kaki je)
  • Naik train ke circular quay
  • Naik capten cruise utk sighseing dan tarongga zoo $55 (x berbaloi)
  • Beli mcd $12
  • Beli survenior $170
  • Lunch $12.50
  • Balik hotel rehat dan plan trip ke NZ
Day 6
Date: 5th May 2016 (Thu)
  • Check out
  • Amik Shuter Teksi dalam $25 dari Hotel terus ke Airport
  • Fly ke Christchurch, NZ

#TOTAL = RM6231.13

  • Hotel – RM1640.05
  • Flight – RM1495.08
  • Souvenir – RM1800
  • Opal Card – AUD70
  • Makan2 – RM800
IMG_1608
Mercu tanda Sydney

Tempat Wajib Singgah

  • Opera House
  • Harbour Bridge
  • Sydney Tower
  • Coocatoo Island
  • Paddy Market (Tempat Shopping)
  • Blue Mountain
  • Bondi Beach
  • Manly Beach
  • Tarongga Zoo

Overall ok lah kot x sampai 10K habis…haha…Part souvenir tu je banyak. Kalau korang tak shopping masih boleh cut cost lagi tu. Then utk flight pom kalau kena masa boleh dpt lagi murah. Hotel lak masih banyak yg lagi murah dari aku amik.

Untuk semua Gambar2 aku kat SYDNEY, AUSTRALIA boleh ke entry ni

Trip ke Sydney, Australia 6D5N (Pictures)

 

Ok dah. Pasni aku nak sambung utk Percutian aku ke South New Zealand lak…

#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
#BERTUKAR KEPADA WORDPRESS? BOLEH BELI HOSTING DAN DOMAIN DI DIGITALPREFIX

 

 

6 Comments on “Tempat Menarik di Sydney Australia | Tip Dan Bajet 6D5N”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge