Home OCEANIA Australia Trip ke Sydney Australia 6D5N (Pictures)

Trip ke Sydney Australia 6D5N (Pictures)

8274
9
IMG_0557
Trip ke Sydney Australia 6D5N (Pictures)

Trip ke Sydney Australia 6D5N (Pictures). ALhamdulillah segala dah selamat. AKu pun dah selamat masuk kerja semula. Percutian selamat 12 hari di Sydney, Australia dan New Zealand berjalan lancar.

Semua entry Tip, Itinerary dan Bajet aku dah Siapkan dan. Tunggu nak Publish je dulu. Sebab aku nak publish gambar2 dulu.

Ni beberapa gambar yang berjaya di snap. Tak de lah cantik tp ok lah bagi aku…Haaahaa..tapi bagi photographer kompen akan kutuk semua pic aku nih.

IMG_1089
Sydney dari Sydney Tower

View ni semasa aku atas sydney tower. Nak naik sini harga AUD70. Lebih kurang je dengan KL tower.

IMG_1608
Opera House
IMG_1032
Opera House
IMG_0998
Opera House
IMG_0675
Sekitar Opera House
IMG_0673
Circular Quay

Circular Quay ni merupakan pusat ferry. Kalaunak ke pulau2 sekitar sydney kat sini lah tempat nya. Nak ke sini boleh naik train.

IMG_0961
Sekitar Opera House

Opera House ni Merupakan salah satu Mercu tanda Sydney. kalau korang tak gi sini kira tak sah lah percutian korang di Sydney.

Sejarah terciptanya Opera House ni daripada persaingan antara 2 bandar terbesar di Australia untuk menjadi ibu negeri Australia. Persaingan antara Sydney dan Melbourne. So Sydney bina Opera House dan juga Harbour Bridge. Orang2 di dua banda ni biasanya jenis tak suka antara mereka. Hahaha..

Dan design Opera House ni terhasil daripada buah Oren. haa ko leh bayang tak daripada buah oren boleh jadi Opera House.

Opera House ni terletak dekat CBD. Korang boleh jalan kaki je dari CBD ke Opera House ni. Nak naik train pun boleh. Tapi aku jalan kaki je.

IMG_1651
Harbour Bridge

Harbour Bridge ni pun salah satu mercu tanda Sydney. Menghubungkan antara bandar2 di Sydney. Kat atas bumbung ni bolehnaik Tiket aku tak pasti berapa sebab aku x berpeluang nak naik.

IMG_0613
Market City
IMG_0620
Mahkamah Sydney

Market City ni salah satu tempat shopping murah di Sydney. Barang2 dalam ni kebanyakkan dalam bajet lah. Sesuai untuk Surveniers. Penjual dalam ni rata2 dari asia. Nak ke sini boleh naik train gak.

IMG_1669
Tarongga Zoo

Tarongga Zoo ni merupakan salah satu zoo yang ada di Sydney. Zoo ni terletak di sebuah pulau. Kira satu pulau tu ada zoo ni jer. Ada kanggaro dan koala gak kat sini tapi tak lehg pegang.

Harga tiket AUD55 termasuk Cable Car.

Nak ke sana boleh amik ferry (Capten Cruise) dari Curcular Quey. Jujur bagi aku sangat tak berbaloi nak ke sini. Sebab tak leh pegang kanggaro dan koala.

IMG_1689
Bondi Beach
IMG_1440
Bondi Beach
IMG_1392
Bondi Beach
IMG_1407
Bondi Beach
IMG_1412
Bondi beach – Merpati kat sini jinak gila. Tapi hati2 kalau bagi makan nanti ada burung camar akan dtg serang

Bondi Beach gak merupakan tempat yang wajib pergi. Nak ke sini boleh naik bas. Boleh juga Opal Card.

Air pantai kat sini sejuk gila. Mau beku kalau mandi tapi diorang releks je mandi. Siap srufing lagi.

Kalau jenis yang suka tgk mat saleh/minah saleh berjemur sesuailah..

IMG_1175
Darling Harbour
IMG_1164
Darling Harbour
IMG_1128
Darling Harbour

Darling Harbour ni tempat lepak2 dan kat sini juga ada Hard Rock Cafe Sydney kalau yg jenis cari HRC kat sini lah tempatnya. Boleh jalan kaki je ke sini. Nak naik ferry pun boleh tapi aku sarankan jalan kaki je. Tak jauh mana pun lagipun tempat sejuk tak berpeluh sgt.

IMG_1584
Cockatoo Island

Cockatoo Island ni merupakan peninggalan kem army. So kat sini semuanya tempat2 bersejarah. Nak ke sini boleh naik ferry di Circular Quay. Boleh pakai opal card jugak.

IMG_0603
Hyde Park

Hyde park ni lebih kurang je macam Hyde Park kat London. Cuma kat sini tak luas sangat. Terlepak dekat CBD.

IMG_0945
Australia Square
IMG_1018
Museum

Museum ni terletak di tengah2 Hyde Park.

IMG_1201
Travelodge Hotel

Travelodge Hotel terletak berhampiran dengan CBD. Memang sgt recommended. Harga boleh dpt murah dekat Booking dan Agoda. Bilik 4 star kalau tak silap. Bilik sgt puas hati. 3 malam aku stay sini. Nak jalan2 ke paddy market, china town, darling harbour, hyde park dan opera house pun dekat.

Kalau nak ke Airport ada shutter Van di sediakan oleh pihak hotel. Harga AUD15 per person.

IMG_1703
Sydney Airport

Hari ke 6. Di sydney airport untuk fly ke New Zealand sebagai penutup entry di Sydney.

9 COMMENTS

  1. 1 entry ko boleh cover 6 hari bercuti… power2… kalau aku mau 16 episod ni… hahahha… btw, gmbr ko lawa2 laa… lawa sebab pose ko sempoi giler… i like that…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge