Buffet Ramadhan Selangor 2016 Promotion di Palace Of Golden Horses

DSC_0924

Buffet Ramadhan Selangor 2016 Promotion di Palace Of Golden Horses. Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, aku bawakan khas untuk korang buffet ramadhan di Palace Of Golden Horses.

Terima kasih banyak2 untuk pihak Palace Of Golden Horses kerana menjemput kami blogger untuk merasai hidangan buffet ramadhan mereka untuk tahun 2016. Seawal bulan mac pihak hotel dah pun mula promosi buffet ramadhan. Eh kira awal jugak lah ye..tetiba teringat puasa ganti tahun lepas.. Hahha InshaAllah rasanya tak tinggal kot.

Terletak di Seri Kembangan, Selangor Palace Of Golden Horses Hotel ni sangat senang je nak cari. On je GPS…hehehe

Buffet Ramadhan di Palace Of Golden Horses 2016 bertemakan “Selera Malaysia” jadi makanannya memang fokus kepada masakan istimewa dari seluruh negeri di Malaysia. Kira korang boleh rasa masakan negeri korang lah kalau datang. Dapatlah juga melepaskan rindu jika tak balik kampung.

golden_horses01

Lagi best kat sini juga ada macam-macam jenis tropical fruit yang disediakan seperti durian, manggis, rambutan dan macam-macam lagi lah…

Pelbagai jenis hidangan yang disediakan memang membuka selera betul. Kalau yang on diet tu mohon fikir 4 kali kalau nak datang. hahah sebab makanan kat sini semuanya menyelerakan, Nampak sedapp jer…Rambang je mata…sambil pilih makanan sambil tengok perut…entah muat ke tidak tak tau..

golden_horses02

golden_horses03

Antara yang paling aku suka dan merupakan main menu kat sini adalah Kambing Golek…2 kali kot aku beratur nak amik kambing ni.

Selain tu hidangan lain ada juga serunding ayam, pecal kampong, kerabu udang celon, paru goring berlada, kerabu lidah buaya, kerabu kaki ayam, ikan masin goreng, pais udang, acar dan macam macam jenis ulam.

Memang betul2 satu malaysia.

golden_horses06

DSC_0939

Untuk main course pula ada nasi bukhari, nasi minyak, udang goreng kampung, gulai tulang rawan nangka muda, sambal sotong berpetai, pajeri nenas, ketam masak cili bertelur, anika satay, nasi ayam Palace dan kambing bakar.

Kira memang betul2 membuka selera.

golden_horses04
Kuih Muih tradisional
DSC_0944
Kambing Golek
DSC_0934
Jeruk

HARGA DAN PROMOSI

  • Untuk buffet dinner ‘Selera Malaysia’ ni, ianya bermula dari hari 6hb Jun 2016 hingga 3hb Julai 2016
  • Harga buffet ramadhan di Carousel International Coffeehouse ni adalah RM138nett untuk dewasa
  • RM69nett untuk kanak-kanan (5 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas
Nak lagi best korang boleh dapatkan Mines Privileges Card di mana ianya menawarkan 20% diskaun kepada members dan juga Malaysian Government employees.
Untuk EARLY BIRD booking se awal March 2016 akan mendapat 25% diskaun, bagi tempahan pada bulan April atau May, sebanyak 20% diskaun dan 15% diskaun diberikan.
Untuk bulan Ramadhan nanti akan ada lagi promosi 9 + 1 Deal, di mana 1 guest akan makan secara percuma dengan pembelian voucher sebanyak 9 orang.
Bagi Malaysian Government employees dan juga CIMB credit cards holders yang terpilih, a special discount of 20% dan 25% akan diberikan di sepanjang promosi ini berlangsung.
DSC_0925
Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor
Tel : 60 3 8946 4888

*******************************************

TIP TRAVEL KE OVERSEAS: Travel tanpa internet baik korang duk terperap kat dapur rumah korang jer. Unless korang ni jenis penyiasat sendirian atau pembunuh upahan. So untuk penjimatan semasa travel baik korang pi sewa SAIMURAI POCKET WIFI dulu sebelum fly...Coverage mantap jangan risau. InshaAllah boleh cover satu dunia.....

Share this post

8 thoughts on “Buffet Ramadhan Selangor 2016 Promotion di Palace Of Golden Horses

Post Comment

CommentLuv badge