Cabaran Mendaki Broga Hill di Semenyeh Selangor

DSC_0693
Broga Hill

Cabaran Mendaki Broga Hill di Semenyeh Selangor. Baru baru ni aku sempat melaksanakan aktiviti hujung minggu bersama sama rakan serumah dengan mendaki bukit broga. Aktiviti ni dah lama dah aku plan sejak tahun lepas lagi namun ada je program lain yang perlu di dahulukan.

Dan Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku jejakkan kaki di Broga Hill.

Perjalanan dari Puchong ke Broga Hill lebih kurang 1 jam. tak jauh sangat pun. Kami mula bertolak dalam jam 5 pagi. Ingatkan nak kejar sunrise kat atas bukit tapi itu hanya lah impian yang jadi kenangan…

So kalau sapa nak kejar sunrise tu boleh Solat dulu sebabh kat kaki bukit tu ada surau.

Pendakian ke Puncak mengambil masa lebih kurang 45 minit je. Tapi depend on stamina korang lah. Kalau korang ni dah jenis mendaki memang 30 minit dah sampai dah. Bagi spesis macam aku ni yang setahun sekali mendaki dekat satu jam baru sampai. Itu pun kalau sampai. 2 org member aku hanya sampai kat puncat pertama jer.

Masa aku pergi tu weekend so memang pack gila kot. Kat puncak tu ramai gila orang. Kalau tengok dari atas dah macam semut jer.

Sampai je atas puncak tu secara jujurnya aku agak kecewa sikit. Bukit tu dah jadi botak kot. Then dengan sampah yg banyak. pastu kat batu2 dan papan tanda penuh dengan ukiran tangan2 ghaib yang tak bertanggung jawab. Serius memang kecewa gila.

Anyway Broga Hill ni boleh tahan lah sebenarnya. Not to extreme to hike…Then view dia pun cantik. InshaAllah jika ada peluang aku nak datang lagi…

Jom layan beberapa gambar yang sempat aku snap.

DSC_0697
Broga Hill
DSC_0705
Broga Hill – Puncak Pertama
DSC_0711
Broga Hill
DSC_0713
Broga Hill – Puncak Tertinggi. Penat sgt. Baring dulu
DSC_0714
Broga Hill – Congratulation You Made it to the Top
DSC_0716
Broga Hill – Blue sky
DSC_0721
Broga Hill
DSC_0722
Broga Hill – dah nak turun dah ni
DSC_0724
Broga Hill – laluan agak curam
IMG_9487
Broga Hill – Ramai gila org atas ni
IMG_9505
Broga Hill
IMG_9511
Broga Hill – dah macam semut dah
IMG_9518
Broga Hill – nice view
IMG_9539
Broga Hill – gigih org belakang aku tu selfie
IMG_9555
Broga Hill – im so tired…

Tip Mendaki Broga Hill

  • Pakai kasut yang bersesuaian sb kat atas sana curam
  • Ada warung sebelum nak mendaki. So boleh breakfast dulu.
  • Jangan mendaki dgn perut kosong
  • Bawa air masak
  • Weekend org paling ramai
  • Paling cantik tgk sunrise
  • 45 minit masa mendaki untuk sampai ke puncak
  • Ada laluan memggunakan tali

Share this post

10 thoughts on “Cabaran Mendaki Broga Hill di Semenyeh Selangor

Post Comment

CommentLuv badge