PETRONAS DYNAMIC XPERIENCE ROAD TRIP (FUELLED BY PETRONAS DYNAMIC DIESEL)

3 comments

in Advertorial & Contest

DSC_0633

Petronas Dynamic Experience Fuelled by PETRONAS DYNAMIC DIESEL

Alhamdulillah 2 minggu lepas aku sekali lagi di beri peluang daripada Petronas Dagangan Berhad (PBD) untuk menyertai sekali lagi aktiviti yang di anjurkan. Last time aku join Petronas Water For Life di Kg. Runchang Pahang.

Sebelum aku teruskan entry ni aku nak terangkan sedikit tentang apa itu Petronas Dynamic Xperience.

Dynamic Xperience ialah sebahagian daripada siri jelajah kembara Pengalaman Bersama PETRONAS di mana para peserta dapat mengalami sendiri dan mengkajiselidik pelancaran baru produk PETRONAS Dynamic Diesel di atas jalanraya.

Program pengembaraan diesel ini adalah jelajah konvoi 4×4 merangkumi kenderaan berkuasakan PETRONAS Dynamic Diesel. Para perserta terdiri daripada ahli persatuan 4×4, media, dan bloggers. Ini kali pertama program ini melibatkan pihak media dan bloggers, jadi saya memang teruja!

Melalui Dynamic Xperience, peserta dapat merasai pengalaman baru segala kebaikan PETRONAS Dynamic Diesel –bahanapi yang menjamin keberkesanan pembakaran dan efisensi yang lebih tinggi.

IMG_9411

Sesi bergambar sebelum bertolak bersama Encik Shaharuddin Muhammad Sidek Head of Retail Business Division PETRONAS Dagangan Berhad

 

DSC_0639

Sebelum memulakan perjalanan

Secara jujurnya aku tak pernah tau pun kelebihan menggunakan minyak diesel ni kecuali minyak ni murah, sebab aku bukanlah salah seorang pengguna diesel. Jadi, selepas penganjuran program ini pengetahuan aku tentang minyak diesel ni sedikit sebayak ada juga penambahan.

Petronas_DynamicXperience_50

Sebelum kick off ke Terengganu

Sebenarnya  masih ramai netizen yang tidak tahu akan kelebihan penggunaan diesel selain minyak ini murah.

Berbalik kepada program Petronas Dynamic Experience ini, aku dapat merasai beberapa pengalaman yang amat berharga tentang diesel ni.

petronas1

Program PETRONAS Dynamic Xperience dilancarkan oleh Encik Shaharuddin Muhammad Sidek Head of Retail Business Division PETRONAS Dagangan Berhad

Salah satu nya adalah perkongsian pengalaman dari pengguna minyak diesel. Banyak tip2 dan matlumat yang aku tidak pernah tahu di kongsikan. Memang ianya sesuatu yang berguna buat kami semua.

Program Petronas Dynamic Experience ini di jalankan pada 20 – 21 Februari 2016.

Kali ini Dynamic Xperience program akan cover sepanjang 450km bermula di Randevoo in Damansara Jaya dan berakhir di Tanjong Jara Resort in Terengganu.

Sementara itu, perjalanan ini merangkumi Karak Highway dan juga akan melalui off-road untuk ke Jerangkang Waterfalls di Maran, Pahang

Selepas breakfast dan proses pendaftaran selesai kami di beri sedikit briefing tentang perjalan program dan keselamatan sepanjang program berlangsung.

IMG_9337

Stop kat stesen Petronas Bentong

Di sertai oleh 20 buah kereta 4×4 dari KL kami terus bertolak ke Karak Highway. Perjalanan yang sangat mengujakan kami semua pihak media yang buat pertama kali menaiki kenderaan 4×4 ini terutama aku lah.

Dalam perjalanan ke Jerangkang Waterfalls, Maran Pahang kami singgah sebentar di Station Petronas Bentong untuk mengisi minyak Diesel kereta masing-masing.

DSC_0647

Jerangkang Waterfalls, Maran Pahang. Penat woo nak naik ke air terjun ni.

DSC_0644

Singgah lunch

Lebih kurang 1 jam 30 kami tiba di lokasi Air Terjun Jerangkang. Sepanjang perjalanan off-road ke air terjun memang sangat mencabar disebabkan jalan yang berlopak dan juga berbukit memang ianya sesuatu pengalaman baru buat aku. Tiada kata yang dapat diluahkan. Serius aku sangat teruja rasa nak repeat lagi.

petronas2

Anak sungai yang kami kena rentasi.

DSC_0661

Offroad utk ke Jarangang Watarfall

petronas3

Off-road utk ke Jarangang Watarfall

Dalam 30 minit pemanduan kami tiba di Air Terjun Jerankang untuk lunch dan juga berehat dengan menikmati keindahan alam di hutan khatulistiwa ini.

Pemanduan di teruskan pula ke Tanjung Jara Resort, Dungun Terengganu dan kali ini pemandu bertukar kepada partner aku yang juga seorang blogger iaitu Ariffshah. Masa ni aku dapat merasa berada di seat penumpang pula.  Keadaan bertambah excited bila kami berpeluang untuk merentasi sebuah anak sungai yang berbatu dengan kenderaan kami.

p4

Konvoi 20 kereta 4×4 dari KL ke Terengganu

Mula2 risau juga kot2 masuk air dalam kereta ke apa ke tapi semua tu tolak tepi sebab nak rasa pengalaman merentasi sungai. Alhamdulillah semua berjaya untuk merentasi anak sungai dengan selamat.

Saya dapat rasai perbezaan apabila memandu kereta yang diperkuasakan dengan PETRONAS Dynamic Diesel. Memang lancar sepanjang perjalanan, di off-road dan on road. Drive pun smooth saja.

Kira-kira 5.30 ptg kami tiba di Tanjung Jara Resort. Selepas check in semua kami berkumpul di Restoran Nelayan untuk BBQ dan juga sesi Q&A bersama pakar minyak dari Petronas.

DSC_0665

Tanjung Jara Resort

Sebelum tu aku nak cakap sikit Tanjung Jara resort ni memang awesome. Sunyi dan sangat indah ok. Rasa macam nak datang lagi lepas ni. Sesuai untuk honeymoon.

Antara perkongsian bersama Pakar minyak dari Petronas dan Pengalaman pengguna minyak diesel ini apa yang aku dapat.

  • Harga Diesel lebih murah berbanding Petrol
  • Lebih jarak perjalanan disebabkan kos murah
  • Diesel mempunyai risiko tebakar kurang dari petrol
  • Lebih berkuasai dalam pembersihan enjin
  • Meningkatkan tahap pembakaran minyak dan memantapkan kuasa enjin

Namun ada satu kelemahan bagi aku tentang Diesel ini adalah kena bayar cukai jalan lebih tinggi daripada kenderaan yang menggunakan petrol. Heheh

Saya juga dapat tahu
teknologi bahan api PETRONAS Dynamic Diesel diuji dan terbukti untuk menyampaikan kecekapan bahan api yang berkualiti dan meningkatkan prestasi enjin kepada pasukan PETRONAS Iveco De Rooy , seperti yang terbukti dalam kemenangan baru-baru ini di Dakar Rally 2016.

R&D untuk bahan api tidak berlaku dalam sekelip mata , ia berlaku melalui penyelidikan terperinci dan maklum balas daripada pasukan terbabit. Ia menunjukkan PETRONAS bukan sekadar penaja logo saja.

IMG_9416

Sesi Q&A bersama Mohd Hafiz Abdul Aziz (Fuel Technology Expert from Petronas)

p5

Sebelum masing2 masuk bilik kami dinbner BBQ di restoran nelayan

Dalam jam 10 malam aku dah tak larat dah, mata mintak nak tido jer. Jadi aku undur diri sebab esok pagi masih ada fotoshoot berkumpulan dan kami check out pada jam 10 pagi. Terus bertolak ke KL.

DSC_0664

Kesimpulan

PETRONAS Dynamic Diesel dijamin dalam menghasilkan pembakaran bahanapi yang lebih efisen

  • Antara elemen penting yang menyumbang ke arah pembakaran bahanapi yang lebih efisen adalah pembersihan enjin, pembaikpulih kuasa dan kuasa pembakaran yang berdaya tinggi.
  • Dynamic diesel ini juga telah diuji secara professional di makmal Eropah menggunakan dynamometer enjin  untuk membuktikan kualiti terbaik bahanapi ini.
  • Dynamic diesel ini mudah didapati di lebih daripada 1000 stesen minyak PETRONAS.

KL – Sg Belat 

  • Duration – 3 hours
  • Journey – 40% windy road, 60% town roads

Jerankang Waterfall Off-Road Trail

  • Duration – 1 hour
  • Journey – Easy – Medium  Difficult Off Road Trail

Sg Belat – Tanjung Jara 

  • Duration – 3,5 hours
  • Journey – 40% windy roads, 60% highway

Program kali ini merupakan program yg ke 3 anjuran PETRONAS dan sebelum ni program ni telah pun di adakan di Kota Kinabalu, Sabah pada Desember, dan di Miri, Sarawak pada Januari.

Cubalah PETRONAS Dynamic Diesel untuk diri sendiri! Untuk mencari stesen PETRONAS, layari www.mymesra.com.my/petrol-station-locator.aspx atau muat turun PETRONAS Pitstop App di App Store untuk iOS atau Google Playstore untuk Android.

Akhir kata aku ingin mengucapkan ribuan penghargaan buat Petronas Dagangan Berhad (PBD) di atas program yang dianjurkan. Semoga ianya dapat mengubah tanggapan negatif rakyat malaysia tentang diesel melalui perkongsian di blog ini. InshaALlah.

{ 3 comments… read them below or add one }

TENGKUBUTANG March 24, 2016 at 1:59 PM

minyak diesel ni murah.. dulu selalu ingat geng2 lori je guna minyak diesel ni.. hee.. sekarang baru tau geng 4×4 pun memang guna diesel gak.. teman tak perasan .. kih3.. teringin Hilux atau Ford .. tapi.. mahei nyaaa

Reply

irismyra March 9, 2016 at 7:47 AM

hai salam… jom jalan blog saya…

Reply

yanieyusuf March 4, 2016 at 10:40 PM

wahh bestnya,,

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: