Restoran Seafood Terbaik | Crab Hut Cyberjaya

Untitled Export6

Restoran Seafood Terbaik | Crab Hut Cyberjaya. Bagi penggemar seafood entri ni memang khas untuk korang. Bagi aku seafood ni bukan my favorite makanan tapi sesekali tu nak juga makan seafood ni. Kalau nak try makan seafood ni korang boleh ke Crab Hut Cyberjaya.

Last 2 week aku sempat singgah lepas kerja. Jarak dari rumah aku tak jauh sangat pun.

shaftsbury-serviced-residences

Lokasi di Shaftsbury Square Cyberjaya, Tingkat 2. On je applikasi waze search Crab Hut Cyberjaya confirm jumpa. Dari Puchong ambil masa lebih kurang 20 minit sahaja.

Sebelum ambil keputusan untuk makan kat sini aku terlebih dahulu kurangkan makan di belah siang. Maklumlah nak kosongkan perut untuk malam nanti. Macam2 dah dalam list nak masuk perut ni. Dah terbayang Lobster, Udang Merah, Ketam besar, dan Sorong.

Sampai je kat Crab Hut Restoran ni aku terpegun dengan hiasan dalaman restoran ni, memang kemas dan agak hipster jugak.

Masa aku sampai tu geng2 #kelabbloggerbenashaari dah habis satu hidangan dah.

Apalagi jom aku belanja tatapan korang. Heheh

DSC_0400
Red Lobster
DSC_0404
Fried Oyster Sandwich – RM24.00
DSC_0410
Signature Stuffed Sotong – RM24.00
DSC_0413
Seafood Bag – Yabbies (Lobster kecil), Scallops (Kekapis), Japanese Hamaguri Clams dan Kacang Panjang. – RM175.90
DSC_0414
Crab’s Hut Fried Jamabalaya – RM25.90
DSC_0418
Let’s get cracking…
DSC_0421
Blogger Yanty Lee, excited sgt…hhaha
DSC_0425
Seafood Bag – Meat Crab, Mussels dan Cendawan Butang dengan sos Jamba-Jamba – RM128.90
DSC_0430
BBQ Chilled Australian Sirloin Beef in Smoky BBQ Sauce – RM39.90

Ok bagi yang ada alahan kepada makanan seafood kat sini ada juga western food.

Selain tu apa yang membuatkan restoran seafood carb hut ni lagi isteimewa kesemua makanan ni tersangat fresh. So bila makan tu perghhh bapak ar sedap… Hari tu aku try sotong. Memang perghh….Sedap baq hang…Kalau tak caya korang boleh tgk seafood2 ni kat dalam aquarium. Ada 2 aquarium besar yang menampatkan makhluk2 ini.

DSC_0438
Hahaha…tuh diaa…masing2 dah kenyang…

Overall ini rate yang aku bangi untuk Crab Hut Cyberjaya

  • Kebersihan Restoran : 4.5/5
  • Masa utk hidangan di hidangkan : 4.5/5
  • Makanan : 5/5
  • Decoration Restoran : 4/5
  • Staff : 5/5

Nota penting:

Untuk pengetahuan korang, Crab Hut Cyberjaya sedang mengadakan promosi bulanan iaitu untuk bulan Febuari, ia dipanggil Monthly Crazy Bag February dimana korang boleh menikmati 2 ekor Red Lobster (jumlah berat dalam lingkungan 800 gram) dengan harga RM155.

Spanner-Crab-Promo-murah_Yabby-500x500

Ataupun, korang boleh menikmati “Spanner Crab“, hanya dengan harga RM12 bagi setiap 100 gram (harga biasa RM17 per 100 gram).

Red-Lobster-Promo-Murah-500x500

Dan.. kalau korang nak makan combo seafood yang lebih murah, korang sila lah serbu restoran Crab Hut ini pada waktu happy hour setiap hari iaitu dari jam 12.00 tengahari hingga 4.00 petang.

Untuk buat reservation korang boleh call 03-8322 6861, ataupun boleh layari laman web mereka di www.crabhut.asia

Crab Hut Asia
P2-25,
Shaftsbury Square,
Persiaran Multimedia,
Cyberjaya 6,
Selangor, Malaysia
FB.com/crabhutasia

Share this post

5 thoughts on “Restoran Seafood Terbaik | Crab Hut Cyberjaya

Post Comment

CommentLuv badge