Swiss Garden Beach Resort Kuantan, Best Ker?

3 comments

in RESORT & HOTEL

IMG_8704

Swiss Garden Beach Resort Kuantan, Best Ker?. Ok Sebelum aku cerita best ke tidak hotel ni aku nak bagi tau jujur ni review tidak berbayar dan ikhlas dari aku. Dan tidak bermakna kalau berbayar review aku yang buruk jadi cantik yer.

Minggu lepas aku ke kenduri mmeber universiti kat Pekan Pahang, Dari KL. Kalau boleh aku malas balik hari memandangkan ada lagi cuti hari ahad dan isnin. So aku pilih nak stay di Kuantan.

Nak booking Hyatt Regency Kuantan tapi penuh pulak. Aku prefere Hyatt Regency di sebabkan service dia matap dan harga boleh tahan bilik pun cantik. tapi x der rezeki nak stay sana. So pilihan kedua aku adalah Swiss Garden Beach Resort Kuantan. 

Saja nak tgk hotel ni best ke tidak.

Aku booking melalui Agoda.com. Biasanya x pernah failed aku book melalui agoda atau booking ni tapi hari tu x dpt lak nak byr online. So aku bayar ke masa nak check in.

Harga masa tu agak tinggi maybe sebab cuti kot.

1 malam untuk bilik biasa 1 katil king dalam harga RM360++ lepas segala charge jadi RM460++. Hotel 4 bintang je pun.

IMG_8702

Dengan harga RM460 utk satu malam bilik 1 katil king aku agak mamang bilik gempak lah dgn view yang ohsem. Tapi agak mengecewakan. Serius aku kecewa gila. Sampai akunak amik pic hotel tu pun x derr mood.

Dengan keadaan bilik air yg ada kesan tanah, view yang entah apa2. bilik biasa2 je.

Totally memang aku x recommended la kalau sapa2 nak stay kat Swiss Garden Beach Resort Kuantan. Nama macam gempak tapi mengecewakan.

IMG_8706

Tambahan pula dgn staff hotel yg x peramah memang spoilkan mood aku dari awal lagi. Dah ler salah booking bilik utk aku pastu x der mintak maaf pulak tu. Aku book satu malam dia bagi 2 malam. tetiba harga booking dari RM360 jadi RM980. Mau terkejut beruk aku tang tu…

cuma dari segi positifnya swimming pool dia besar sikit lah. pastu ada pantai yg boleh lepak2 ptg2. Nak mandi mamang x de gamak aku rasa sb air laut macam Tea Ais maybe sb bauksit kot.

Secara ringkasan untuk Hotel ini adalah

  • Bilik just OK
  • Bilik Air Kotor
  • Staff x friendly
  • Bilik out to date
  • Wifi slow
  • Swimming Pool best
  • Pantai sekitar hotel best
  • Lokasi kureng, jauh dari bandar dan tempat tumpuan pelancong
  • Parking OK
  • SPA x try
  • Makanan aku x try sb nak makan luar. Lunch baru RM45/nett. Dinner RM65++/nett. Agak murah bagi aku.

Overall aku bagi rate untuk Swiss Garden Beach Resort Kuantan.

  • Sleep Quality 3.5/5
  • Location 3/5
  • Rooms 3/5
  • Service 3/5
  • Value 3/5
  • Cleanliness 2.5/5
  • Wifi 3/5

Itu jelah dari aku, maybe nasib aku x berapa baik hari tu. InshaAllah mana tau aku berpeluang utk repete sekali lagi aku harap benda2 macam ni dapat di improved lagi.

 Ni gambar sekitar hotel. X der mood nak amik pic dlm hotel sb terlampau kecewa….

IMG_8701

IMG_8703

IMG_8705

IMG_8709

{ 3 comments… read them below or add one }

Accessory Navicular Syndrome February 9, 2016 at 1:46 PM

What’s up, its pleasant article concerning media print, we all be aware of media is a enormous
source of data.
Accessory Navicular Syndrome recently posted..Accessory Navicular SyndromeMy Profile

Reply

permohonan upu February 9, 2016 at 1:12 AM

macam mahal la pulak harga hotel tu.. sampai ram 400 lebih.. ada je harga hotel yang bawah 200 tapi selesa amat.. mungkin juga ni disebabkan lokasi kot.
permohonan upu recently posted..Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2016/2017My Profile

Reply

hafiz hafizol January 27, 2016 at 8:38 PM

Mmg kecewa la dapat tak padan dengan harge kan . Sabo pejal
hafiz hafizol recently posted..Cantiknya Taman Saujana Hijau di PutrajayaMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: