Tempat Menarik di Perth Australia | 4D3N in Perth - Faizal Fredley

Tempat Menarik di Perth Australia | 4D3N in Perth

IMG_4410

Tempat Menarik di Perth Australia

 

Tempat Menarik di Perth Australia | 4D3N in Perth. Pertama kali dalam hidup aku bila aku buat keputusan drastik nak fly ke Perth Australia untuk percutian hujung minggu. So segala bagai persiapan aku buat last minit. Book Hotel, Book kereta sewa, book flight semuanya last minit. Harga tu tak payah ceritalah kalau last minit ni kan.

 

Aku pun tak tahu kenapa aku pilih Perth kali ni. Mungkin lah kan sebab Perth ni kat Australia so nampak mcm travel jauh walaupun ianya hanya mengambil masa 5 jam je fly. Flight aku kali ni Air Asia je. Kebetulan tiket masa tu tengah murah. Apa lagi tak fikir panjang dah. Tentang payment pejam sebelah mata. Janji boleh fly. Gituhh kan…

 

Segala bagai persiapan hanya di buat dalam masa dua hari. Memang kelam kabut. Sampai kat Airport Perth tu nak ambil kereta yang aku book online tak boleh sebab dia nak kredit or debit kad sebagai payment. Aku tak spared lak duit dalam debit. Kredit kad masa tu aku tak der lagi. Lepas balik dari Perth baru aku gi buat kredit kad. Penting gak kredit kad ni nak2 bila jadi macam nih.

 

Tapi alhamdulillah percutian aku ke perth berjalan lancar tapi ada juga kesulitan sikit terutama masa nak amik kereta sewa di airport perth.

 

perth3
nampak mcm panas tapi sejuk gila. Pagi2 sini leh cecah 11 darjah

 

Macam biasa aku travel memang sorang sorang jer. Bajet solo backpacker lah kononnya. Bila dah sorang sorang ni aku banyak masa untuk kenal diri sendiri dan tgk keindahan ciptaan Allah…Walapunnn..So aku memang dah plan nak drive kat Perth kali ni nak merasa lah kan drive kat negara orang ni macam mana. Dah boring duk drive kat Malaysia yang sini sana lopak jalan sikit jumpa toll.

 

So dari bandar perth aku drive sensorang ke Pinacle Desert tu. Memang cantik tapi boleh tahan jauh gak dari bandar Perth dalam 4-5 jam drive. Tapi sayang aku tak sampai pun kat Pinacle tu. Separuh je sebab jauh sangat. Dah dekat maghrib tak sampai lagi aku uturn balik Perth lagipun aku kat sini tak lama pun, Memang tak sempat lah nak ke Pinacle tu.

 

Bagi korang yang nak datang Perth tu apakata korang cuba memandu kat sini. Gerenti satu pengalaman yang menarik. Kalau ada geng lagi best drive. Tak der lah sunyi macam aku ni haaa…

 

perth4
masa aku sampai kat perth ada color run sempat join!!! gila happening

 

Ni sedikit info yang maybe korang boleh take noted kalau nak bercuti ke Perth Australia

 

  • Kalau nak stay better amik B&B atau homestay. Hotel kat sana agak mahal
  • Kalau sewa kereta kat sana make sure ada duit dalam akaun. Sebab segala pembayaran melalui kad debit/kredit. Diorang x terima cash.
  • Kalau sewa kereta better tak payah amik GPS, guna jer waze lagi senang
  • Kalau nak drive kat sana boleh guna lesen memandu Malaysia
  • Cuaca kat sana boleh tahan sejuk terutama malam. Masa aku pergi kat sana dah start summer tapi tetap sejuk. Kalau siang rasa kat malaysia je tapi kat sana sejuk sikit
  • Terdapat banyak kedai2 malaysia kat sana. So tak perlu risau nak cari kedai halal
  • Orang malaysia yg stay sana pun ramai. tak heran kalau ko pergi mana2 je tempat di perth ko akan dgr bahasa melayu kat mana2
  • nak ke australia kena ada visa. visa leh apply online dan boleh lulus dlm masa 24jam. Harga dalam RM30

 

Tempat menarik di Perth, Australia

 

Ni beberapa tempat yang sempat aku pergi. Dan antara lokasi yang wajib dikunjungi kalau nak ke sana.

  • Bell Tower
  • Caversham Wild Park
  • Kings Park
  • Pinnacle
  • Yanchep National Park
  • Freemantle
  • Kaili’s Fish n Chips
  • Margaret River Chocolate Factory

 

Tempat Shopping di Perth, Australia

 

Ni ada beberapa tempat shopping yang korang boleh singgah. Aku ada buat survey jer tapi x sempat pergi.

  • Fremantle.
  • E Shed Market

 

Overall ni bajet yang aku habiskan.

  • Flight (return) – RM1000
  • Visa – AUD25
  • Hotel (2 Nights) – AUD198
  • Hotel Parking (2 Nights) – AUD70
  • Caversham wild park ticket – AUD27
  • Yancheap National park ticket – AUD6
  • Fuel – AUD60
  • Car rental – AUD206
  • Breakfast  day 1 – AUD29
  • Dinner day 1 – AUD25
  • Breakfast day 2 – AUD15
  • Dinner day 2 – AUD10
  • Shopping day 1 – AUD75
  • Shopping day 2 – AUD149
  • Internet/Phone – AUD20
  • Breakfast day 3 – RM19

 

Itujelah yang mampu aku taip. Malas nak taip panjang2 sebab dah lupa. hahaha. Aku kat sana pun kejap jer so tak banyak cerita yang aku dapat cerita.

 

IMG_3953
Color Run. Walaupun panas tapi angin dia sejuk. so x penat sgt
IMG_4058
captain cook cruise. aku x sempat nak naik pun. nak naik cruise ni x mahal sgt aku rasa
IMG_4059
minghirup udara segar sambil tgk permandangan laut yg sgt indah
IMG_4061
Bell Tower di Perth City
IMG_4062
Ferry nk pusing2 perth city
perth8
Kaili’s Fish n Chips
perth9
Tower Bell
IMG_4070
dekat sungai ni boleh tgk view satu perth city
perth5
Freemantle
perth6
Freemantle
perth7
Freemantle
IMG_4084
otw ke coversham wild park
IMG_4091
coversham wild park
IMG_4093
ticket to enter coversham wild park
IMG_4094
coversham wild park
perth1
finally dpt juga tgk dan pengang kangaroo. ni di coversham wild park
perth2
koala, serius manja gila. haha
IMG_4212
Lunch aku di coversham wild park. kentang di abesar gila. hanrga dlm AUD7 jer
IMG_4234
pokok kat coversham ni pun unik2 tau

habis je aku jenjalan kat coversham tu aku terus driving ke Pinnacle. Otw ke pinnacle aku singgah jap ke Yanchep Wild Park.

IMG_4242
Driving dr Perth CIty ke Pinnacle.
IMG_4248
Yanchep National Park
IMG_4258
Yanchep National Park

lihatlah doniaaa…cantik weh view kat sini. (Nilgen Point)

IMG_4530
Nambung National Park
IMG_4567
Nambung National Park
IMG_4568
Nambung National Park
IMG_4577
Nambung National Park
IMG_4582
Nambung National Park
IMG_4665
Dah habis. time to fly back home….bye bye perth

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

Student Engineering dari dari azali lagi. Semua ayat dan perkataan main hentam je.

10 Comments

  1. nazihah majid

    October 10, 2016 at 9:46 PM

    Assalamualaikum,contoh kita gna Maybank,dya tkar duit auto ke AUD ka? Ermm…..ermm..lagi 1,hotel apa yg awak bleh suggest?

  2. Uncle Zuan

    July 11, 2016 at 10:59 PM

    ok, time merdeka nanti aku baru nak pergi haha
    Uncle Zuan recently posted..Innergie LifeHub Plus, Travel Charger Yang WAJIB DimilikiMy Profile

  3. zaiton

    April 14, 2016 at 10:52 PM

    Terima kasih sharing pengalaman di Perth, byk membantu kami semasa kami ke sana end Mar lepas, memang menarik untuk dilawati.

  4. farah

    March 31, 2016 at 2:42 PM

    hi boleh tau tak sewa kereta tu under mana?

  5. Mohd Faizal Azlan

    January 1, 2016 at 3:38 PM

    salam bro, visa yg blh dpt 24 jam tu apply kat mane ye

    • Ody

      February 23, 2016 at 12:29 PM

      Saya tolong reply. Pegi mana2 travel agency bole dpt dlm 10 minit on the spot. Baru buat bulan lepas RM50..

  6. Azmir Shah

    November 17, 2015 at 12:18 PM

    Masa aku datang sana Bell tower tu tengah buat kerja-kerja construction. Serabut betul masa tu.
    Azmir Shah recently posted..Tips Pengurusan Kewangan Di Simposium Pengurusan Ringgit (SUPER) 2015My Profile

  7. Ina Ainaa

    November 17, 2015 at 10:48 AM

    Nak sangat pegang koala bear tu.. Comelnyaaaa…

  8. Yanieyusuf

    November 17, 2015 at 8:52 AM

    wahh cantik nya.. bila lah yanie lak nak pi ni.. berangan jap hihi
    Yanieyusuf recently posted..Water Theme Park Afamosa Resort MelakaMy Profile

  9. Muhammad Khairuddin Lim

    November 12, 2015 at 7:22 AM

    Banyak tempat menarik boleh diterjah.
    Muhammad Khairuddin Lim recently posted..Tempat Makan Best di Kota Bharu.My Profile

Leave a Reply

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge