Tempat Menarik di Perth Australia | 4D3N in Perth. Pertama kali dalam hidup aku bila aku buat keputusan drastik nak fly ke Perth Australia untuk percutian hujung minggu. So segala bagai persiapan aku buat last minit. Book Hotel, Book kereta sewa, book flight semuanya last minit. Harga tu tak payah ceritalah kalau last minit ni kan.
Aku pun tak tahu kenapa aku pilih Perth kali ni. Mungkin lah kan sebab Perth ni kat Australia so nampak mcm travel jauh walaupun ianya hanya mengambil masa 5 jam je fly. Flight aku kali ni Air Asia je. Kebetulan tiket masa tu tengah murah. Apa lagi tak fikir panjang dah. Tentang payment pejam sebelah mata. Janji boleh fly. Gituhh kan…
Segala bagai persiapan hanya di buat dalam masa dua hari. Memang kelam kabut. Sampai kat Airport Perth tu nak ambil kereta yang aku book online tak boleh sebab dia nak kredit or debit kad sebagai payment. Aku tak spared lak duit dalam debit. Kredit kad masa tu aku tak der lagi. Lepas balik dari Perth baru aku gi buat kredit kad. Penting gak kredit kad ni nak2 bila jadi macam nih.
Tapi alhamdulillah percutian aku ke perth berjalan lancar tapi ada juga kesulitan sikit terutama masa nak amik kereta sewa di airport perth.
Macam biasa aku travel memang sorang sorang jer. Bajet solo backpacker lah kononnya. Bila dah sorang sorang ni aku banyak masa untuk kenal diri sendiri dan tgk keindahan ciptaan Allah…Walapunnn..So aku memang dah plan nak drive kat Perth kali ni nak merasa lah kan drive kat negara orang ni macam mana. Dah boring duk drive kat Malaysia yang sini sana lopak jalan sikit jumpa toll.
So dari bandar perth aku drive sensorang ke Pinacle Desert tu. Memang cantik tapi boleh tahan jauh gak dari bandar Perth dalam 4-5 jam drive. Tapi sayang aku tak sampai pun kat Pinacle tu. Separuh je sebab jauh sangat. Dah dekat maghrib tak sampai lagi aku uturn balik Perth lagipun aku kat sini tak lama pun, Memang tak sempat lah nak ke Pinacle tu.
Bagi korang yang nak datang Perth tu apakata korang cuba memandu kat sini. Gerenti satu pengalaman yang menarik. Kalau ada geng lagi best drive. Tak der lah sunyi macam aku ni haaa…
Ni sedikit info yang maybe korang boleh take noted kalau nak bercuti ke Perth Australia
- Kalau nak stay better amik B&B atau homestay. Hotel kat sana agak mahal
- Kalau sewa kereta kat sana make sure ada duit dalam akaun. Sebab segala pembayaran melalui kad debit/kredit. Diorang x terima cash.
- Kalau sewa kereta better tak payah amik GPS, guna jer waze lagi senang
- Kalau nak drive kat sana boleh guna lesen memandu Malaysia
- Cuaca kat sana boleh tahan sejuk terutama malam. Masa aku pergi kat sana dah start summer tapi tetap sejuk. Kalau siang rasa kat malaysia je tapi kat sana sejuk sikit
- Terdapat banyak kedai2 malaysia kat sana. So tak perlu risau nak cari kedai halal
- Orang malaysia yg stay sana pun ramai. tak heran kalau ko pergi mana2 je tempat di perth ko akan dgr bahasa melayu kat mana2
- nak ke australia kena ada visa. visa leh apply online dan boleh lulus dlm masa 24jam. Harga dalam RM30
Tempat menarik di Perth, Australia
Ni beberapa tempat yang sempat aku pergi. Dan antara lokasi yang wajib dikunjungi kalau nak ke sana.
- Bell Tower
- Caversham Wild Park
- Kings Park
- Pinnacle
- Yanchep National Park
- Freemantle
- Kaili’s Fish n Chips
- Margaret River Chocolate Factory
Tempat Shopping di Perth, Australia
Ni ada beberapa tempat shopping yang korang boleh singgah. Aku ada buat survey jer tapi x sempat pergi.
- Fremantle.
- E Shed Market
Overall ni bajet yang aku habiskan.
- Flight (return) – RM1000
- Visa – AUD25
- Hotel (2 Nights) – AUD198
- Hotel Parking (2 Nights) – AUD70
- Caversham wild park ticket – AUD27
- Yancheap National park ticket – AUD6
- Fuel – AUD60
- Car rental – AUD206
- Breakfast day 1 – AUD29
- Dinner day 1 – AUD25
- Breakfast day 2 – AUD15
- Dinner day 2 – AUD10
- Shopping day 1 – AUD75
- Shopping day 2 – AUD149
- Internet/Phone – AUD20
- Breakfast day 3 – RM19
Itujelah yang mampu aku taip. Malas nak taip panjang2 sebab dah lupa. hahaha. Aku kat sana pun kejap jer so tak banyak cerita yang aku dapat cerita.
habis je aku jenjalan kat coversham tu aku terus driving ke Pinnacle. Otw ke pinnacle aku singgah jap ke Yanchep Wild Park.
lihatlah doniaaa…cantik weh view kat sini. (Nilgen Point)
salam bro, visa yg http://dubai-hillsestate.com/
heheh bulan 8 nak p perth… tq for entri ni
Assalamualaikum,contoh kita gna Maybank,dya tkar duit auto ke AUD ka? Ermm…..ermm..lagi 1,hotel apa yg awak bleh suggest?
ok, time merdeka nanti aku baru nak pergi haha
Terima kasih sharing pengalaman di Perth, byk membantu kami semasa kami ke sana end Mar lepas, memang menarik untuk dilawati.
hi boleh tau tak sewa kereta tu under mana?
salam bro, visa yg blh dpt 24 jam tu apply kat mane ye
Saya tolong reply. Pegi mana2 travel agency bole dpt dlm 10 minit on the spot. Baru buat bulan lepas RM50..
Masa aku datang sana Bell tower tu tengah buat kerja-kerja construction. Serabut betul masa tu.
Nak sangat pegang koala bear tu.. Comelnyaaaa…
wahh cantik nya.. bila lah yanie lak nak pi ni.. berangan jap hihi
Banyak tempat menarik boleh diterjah.