Live Viewing Party Man Utd vs Man City Anjuran DCODE. Semalam bertempat di Encorp Strand Mall Kota Damansara berlansungnya party sempena big game EPL Man Utd vs Man City anjuran DCODE. Pelbagai acara di adakan termasuk konsert oleh artis-artis popular seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Forteen, Amir Jahari dan Hanny Madu + Keyda.
Selain itu party ini juga mengadakan beberapa mini game sementara menunggu big game EPL yang akan bermula jam 10.05 malam. Ada 3 jenis game yang disediakan tapi aku hanya mampu untuk mencuba 2 game jer namun dua2 game ni aku repeated 2 kali tau sebab tak puas hati dengan round yang pertama.
Party yang bermula jam 7 petang ni juga menyediakan food trucks. tapi aku tak berkesempatan nak cuba sebab aku sampai lewat sikit. Dengar citer dari blogger Boni Kacak, Mawardi dan Fauzi banyak makanan yang best2 di sediakan. oh rugi rasanya sampai lewat!!!

Ikutkan hati, aku sebernarnya bukan lah seorang yang sukakan party namun party kali ini lebih kepada bersukan so aku gagahkan diri untuk turut serta. Dan memang berbaloi sebab party ni begitu happening. Dengan ramai yang cuba game2 yang membuatkan aku pun hanyut bersukan sekali.

Apa yang best lagi pasal party ni menyediakan pelbagai hadiah yang menarik dan ohsem. Ada iPhone 6S, iPad mini, jersey Man Utd dan Man City yang ada autograph pemain dan macam-macam lagi. Tak rugi join. Aku dapat juga bawak balik cap + soft drink. Hhaha kira ok lah tu…

Konsert yang diadakan juga happening giler. Aku paling suka Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir. Serius depa dua orang ni memang spoting giler dengan peminat. Ini juga merupakan kali pertama aku saksikan artis2 perform secara live. Siap duk seat depan lagi okey..

Acara konsert di sudahi dengan performance FT dan diteruskan dengan tayangan big screen untuk game Man Utd vs Man City. Walaupun keputusan perlawanan berakhir dengan 0-0 (sudah dijangka) tapi pengalaman menonton bola dengan real big fan Man Utd memang rasa sangat ohsem. Rasa mcam tgk kat Old Trafford kot,,,,haha ok part ni aku tipu. tapi memang meriah baq hang…

Anyway party kali ni sgt best dan happening. Thanks to DCODE penganjuran party kali ini. Lepas ni buat lagi yer…
wah best ada tempat camni kat sini
khusyuk betul gua tengok lu dengar awek tu bg demo…haha