Home DESTINATIONS EUROPE PERCUTIAN DI PARIS KEMBARA EROPAH 15 HARI 6 NEGARA

PERCUTIAN DI PARIS KEMBARA EROPAH 15 HARI 6 NEGARA

5903
4
IMG_2171
Gambar pertama aku snap di Paris. Ni di CDG Airport

 

Percutian ke Paris | Kembara Eropah 15 Hari 6 Negara. Ini adalah destinasi pertama dan terakhir aku untuk percutian di Eropah 2015. Di Paris inilah jejak pertama aku dan di sinilah jejak terakhir aku di bumi Eropah.

 

Penerbangan selama hampir 12 Jam dari KL – Dubai – Paris melalui Emirates memang lama namun bila sampai di Paris serius aku rasa macam tak percaya aku dah jejakkan kaki di bumi Eropah. Dengan cuaca yang sejuk membuatkan aku tersenyum seakan tidak percaya bahawa aku sedang menghirup udara di bumi paris. I can’t Believe it!!!

 

Oh inilah Paris yang orang kata kota cinta tu!!! Tak de lah ohsem mana. Hahahhaa

 

Ok turun je dari flight aku terus ikut jadual aku untuk menaiki Eurostar ke London. Sebab destinasi aku seterusnya adalah Manchester. Aku hanya sempat berada lebih kurang 3 jam je di Paris.

 

Dengan muka blur blur aku pergi beli tiket train dari CDG (Airport Paris) ke Paris Nord. Harga tiket train ni dalam 4 Euro je kot. Mula2 tu memang aku rasa jakun jugak nak naik train ni namun dah terpaksa berdikari aku layan kan sahaja. Maklumlah gi sorang2 ke europe. Kali pertama pulak tuh. Memang scary jugak tapi serius rasa ohsem bila travel backpack sensorang di europe.

 

IMG_2201
Paris Nord. Pusat terminal di Paris

 

Dari Paris Nord aku terus ke kaunter Eurostar untuk beli tiket ke London. Kena beratur dalam 10 minit kot sebab aku beli last minute. harga standart 216.50 Euro. Convert mai dalam Malaysia masa tu dekat RM1000 untuk tiket ke London. Hahhaha. Tapi ni lah peluang aku nak merasa train bawah laut ni. Hanya mengambil masa 2 jam dari paris ke london. Untuk dapatkan tiket lebih murah korang boleh book awal2 melalui laman web euro star. Aku hari tu beli on the spot tu mahal sikit. Dah la tak der tempat duduk. Hehhe bayangkan tiket dekat RM1000 tapi x de tempat duduk nasib baik ada kerusi kat luar. Dalam Eurostar ni ada kedai makan tau tapi kecik jer.

 

Permandangan memang cantik lah sepanjang perjalan. Boleh tengok banyak kawasan yg menghijau dan juga banyak kincir angin. Masa ni kat europe dah musim bunga so pokok pun dah mula menghijau.

 

IMG_2206
Eurostar Tikect

Setelah 2 jam aku sampai lah ke London. untuk itu korang boleh layan entri aku terdahulu iaitu bermulanya perjalanan aku di Bumi Eropah bermula dengan Manchester, London, Amsterdam, Heidelberg, Zurich, Titlis dan Paris.

Ok setelah aku habis pusing 5 negara europe aku kembali untuk destinasi terakhir iaitu Paris kembali. Hehhe. Kali ni aku kembali dengan group travel dari Selamat Bercuti Travel. So aku tak berseorangan kali ini.

Kami tiba di Paris melalui Bas travel dari Switzerland. Menginap di ibis hotel di somewhere at Paris. ibis hotel ni antara hotel yang baguslah bilik selesa walaupun hanya 3 bintang.

Aktiviti kami di Paris adalah shopping, shopping shopping. itu je 4 hari kami kat sini. Hahhaha. serius barang2 kat paris ni murah gilerr vavi kot. Semua barang ori harga murah berbanding di Malaysia. Namun aku kat Paris x der lah shopping sangat. tapi adalah beli beg 4 5 keping…Tu pun dah habis dekat brapa K dah.

IMG_3579
La Valee Village Outlet

Tempat shopping kami pergi adalah  La Valee Village Outlet. tempat ni kira macam JPO lah kot. Banyak kedai2 branded sehingga korang rasa tak larat dah nak shopping. Banyak juga orang melayu aku jumpa kat sini tapi macam biasa sombong. Maklumlah dapat shopping kat Paris u olls…..Mana nak kenal dah orang sekampung nih.

Selain kat La Valee Village Outlet kami jalan2 di Eifel Tower. Sempatlah naik atas tower tu. Beratur punyalah lama. Ramai sangat org. Bila dah naik atas tu. Erkkk krik krik krik…Biasa je. Cantik lagi duk atas KL Tower.. heheh

IMG_3369
Eifel Tower

Sepanjang aku duk di Paris satu jer aku tak suka adalah aku rasa tak berapa selamat. Sebab ramai sangat imigran kat sini. Pastu pick pocket jugak ramai. So kena selalu berhati hati sepanjang kat sini.

Lagi satu persekitaran di paris adalah sangat sangat kotor. Boleh tengok banyak sampah. Dah macam kat Malaysia pun ada.

IMG_3601
HRC Paris

Selain tu aku sempat ke Hard Rock Cafe Paris. Dari Hotel yang aku stay amik masa dalam 3 stesen tarin je. Aku pun dah tak ingat apa nama stesen tu. Korang boleh juga map train untuk ke HRC Paris ni.

Dalam 4 hari aku kat Paris then aku fly balik Malaysia. Berakhirnya percutian aku di eropah.

Dalam banyak2 destinasi aku singgah kau rasa nak ulang adalah London dan Amsterdam!!!!

Antara Destinasi Menarik di Paris yang korang patut singgah!!!

  • La Valee Village Outlet
  • Eifel Tower
  • Arch De Triomphe
  • Place De La Concord
  • Museum Louvre
  • Katedral Notre Dame Paris
  • Jambatan Cnta Paris

Ok dah habis dah aku nak cerita meh layan gambar2 aku di Paris!!! Jangan jeles sebab paris x de lah ohsem sangat pun

IMG_2175
First selfie di Paris
IMG_2186
Dekat luar Paris Nord
IMG_2203
Paris Nord. Stesen utk ke London melalui Eurostar
IMG_2208
makanan pertama di paris. hanya mampu beli ni jer. Hahah ni pun dah brapa euro dah
IMG_2209
dalam eurostar. Tak de lah luas sangat kan.
IMG_2210
Eurostar punya kerusi mcm ETS pun ada gak
IMG_2211
Mini shop dalam eurostar
IMG_3375
eifel tower punya tiket
IMG_3376
Excited nak naik. Hahahha
IMG_3378
View from Eiffel Tower
IMG_3381
View from Eiffel Tower
IMG_3382
View from Eiffel Tower
IMG_3384
View from Eiffel Tower
IMG_3385
View from Eiffel Tower
IMG_3411
Bawah Eiffel Tower. nampak ketot pulak aku dalam pic nih
IMG_3390
this is eiffel tower
IMG_3408
Bersiar siar sekitar eiffel tower
IMG_3459
teringin nak naik kapal tuh.
IMG_3493
Le Louvre
IMG_3521
Museum Louvre
IMG_3527
Geng Europe
IMG_3534
Sekitar Museum Louvre
IMG_3535
Masa ni dekat Pad Lock tu. Aku x sure nama dia.
IMG_3537
Indahkan pemandangan kat sini
IMG_3541
Paris ‘love locks’ tp dah x der dah sb jambatan akan jd berat takut runtuh kot
IMG_3561
Paris ‘love locks’
IMG_3562
jambatan Paris ‘love locks’
IMG_3578
La Valee Village Outlet
IMG_3589
La Valee Village Outlet
IMG_3612
balik dari HRC Paris. Aku singgah sekali lagi di Eiffel Tower semata mata nak beli nasi tu. Sedap tau…
IMG_3636
inilah yg di namakan Paris Kota Cinta..Hahha edisi skodeng
IMG_3694
Lepak…masa ni aku sorang jer. Sementara tunggu malam. Nak tgk Eiffel tower waktu malam
IMG_3707
Dah nak masuk maghrib. Masa ni maybe jam 8.30 malam
IMG_3730
Finally. Inilah Eiffel Tower waktu malam. Cantik giler. Jam 9.30 malam lampu kat eiffel tower akan berkelip kelip

Untuk pakej menarik di Eropah korang boleh ke Laman web SelamatBercuti.com. Cakap dari blog ni kompen dapat murah. Silap2 boleh free lagi….

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge