SHARE

Tip Percutian “Last Minutes” | Tajuk ni aku rasa memang agak sesuai buat seseorang yang macam aku. Seseorang yang suka buat kerja last minutes. Bukan dalam travel sahaja dalam setiap perkara ye terutama bab exam. Teringat masa di unimap dahulu. Nak exam esok pagi malam ni baru lah masing-masing duk kalut nak study.

Namun, pelan atau perancangan haruslah dibuat beberapa minggu atau bulan sebelumnya kerana beberapa perkara perlu ditempah dan memerlukan pengesahan cuti. Terutama apabila travel ke sesuatu tempat yang jauh atau tempat yang belum pernah kita pergi.

Tidak semua dapat merancang kerana masalah cuti atau komitmen terhadap kerja yang tinggi membuatkan kadang kala cuti tidak dijangka.

Kali ini aku nak bagi beberapa tip yang mungkin berguna buat kalian yang selalu buat perancangan travel last minutes. Mana tahu boleh membantu percutian saat akhir atau percutian tidak dirancang korang berjalan lancar.

Tip_Melancong__Percutian_saat_akhir_field_image_slider.var_1437620638
BERTOLAK pada awal pagi lebih baik untuk mengelak kesesakan pada waktu puncak.

1. Install Apps @HotelQuickly

Langkah pertama korang boleh cuba install Apps @HotelQuickly di phone korang. Apps ni banyak membantu untuk memilih hotel untuk last minute. Terutama bagi percutian di hujang minggu. Lagi pun Apps ni boleh dapat diskaun sehingga 30% harga hotel tau.

2. Waktu Perjalanan

Perjalanan menaiki kenderaan mudah kerana dapat merancang perjalanan sendiri. Pilih bertolak awal pagi atau tengah malam kerana waktu berkenaan bukan waktu puncak. Namun, waktu tengah malam lebih berisiko, jadi bertolak selepas Subuh atau awal pagi bagi mengelak kesesakan.

Jika menaiki kapal terbang, pilih penerbangan paling awal, seawal jam 6 atau 7 pagi kerana pada waktu itu harga penerbangan lebih murah berbanding tengah hari. Selain itu, tidak ramai yang mengambil penerbangan waktu itu, jadi perjalanan lebih mudah dan tidak perlu bersesak.

3. Pilihan Tempat Tinggal

Kadangkala, percutian ‘last minute’ anda berlaku pada waktu puncak seperti cuti sekolah dan mungkin hotel tiada kekosongan. Justeru, pilih tinggal di ‘homestay’ untuk pengalaman yang baru atau tinggal di rumah keluarga dan saudara terdekat. Selain bercuti, anda dapat menziarahi mereka dan mengeratkan hubungan.

Jika bercuti ke luar negara, pilih tinggal di asrama atau sauna awam. Korea misalnya banyak sauna awam yang boleh disewa untuk bermalam. Ia bukan saja memudahkan kerana tidak perlu berpusing mencari hotel, malah mencuba pengalaman baru. Di Europe juga banyak B&B yang murah2 boleh korang sewa.

4. Pilihan Makanan

Kebiasaannya restoran atau kedai makan yang ingin dikunjungi adalah yang popular dan menjadi tumpuan pelancong, keadaannya pasti sesak dengan orang ramai. Justeru, buat panggilan atau tempahan dahulu.

Tanya penduduk tempatan tempat makan yang biasa mereka kunjungi. Pilih makan di gerai atau makanan jalanan yang banyak mencerminkan budaya tempatan kerana ia mungkin tidak dapat dijumpai di tempat lain.

Namun, tahap kebersihan masih perlu diambil kira.

5. Pilihan Aktiviti

Memandangkan percutian saat akhir tidak dapat dirancang dulu, aktiviti yang bakal dilakukan tidak dapat diatur. Ini kerana sesetengah aktiviti memerlukan tempahan awal atau membuat bayaran awal terlebih dulu.

Jadi, pilih untuk melakukan aktiviti yang tidak memerlukan bayaran seperti berkunjung ke pantai atau berkunjung ke taman awam atau tempat bersejarah yang ada. Ia memberikan anda lebih waktu untuk menghargai masa di tempat baru selain lebih mengenali sejarah dan budaya tempatan selain meluangkan masa yang berkualiti.

panduan ketika bercuti
Tip Percutian “Last Minutes”

Itulah 5 tip yang simple namun mungkin boleh membuat percutian last minutes korang menjadi ohsem….Akhir kata selamat bercuti!!!

#TIPTRAVEL Walau dimanapun anda berada, MyMed akan sentiasa memberi matlumat tentang infomasi medical travel yang anda perlukan ketika anda betul-betul memerlukannya.. #TIPTRAVEL: Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum travell! Boleh kongsi ramai-ramai. Boleh pickup di KLIA/KLIA2. Ada 3 pilihan pocket wifi yang korang boleh cuba antaranya Samurai Wifi, TravelRecommends dan RoamingMan. Perlukan Khidmat Translation untuk blog? Jom ke veqta.com semua bahasa boleh di translate. Bahasa Alien pun boleh!!.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge