Impian Melancong ke Scandinavia

highlights-of-scandinavia
Impian Melancong ke Scandinavia

Scandinavia

Impian Melancong ke Scandinavia | Lumrah keinginan bagi setiap traveller untuk menjejakkan kaki sebanyak yang mampu untuk destinasi di bumi Allah ini. Begitu jugaklah impian aku.

Alhamdulillah walaupun tak banyak destinasi yang telah aku jejak tapi aku tetap berbangga dengan apa yang telah aku capai. Syukur Allhamdulillah!! walaupun bagi setengah orang perjalanan travel aku hanya di level bawahan namun bagi sesetengah orang yang kurang bernasib baik aku sudah cukup bertuah dapat menjejakkan kaki di lebih 20 buah negara dalam masa 2 tahun.

scandinaviaferry
Ferry Trip di Scandinavia

Kini nafsu untuk travel labih jauh kian memuncak. Next destinasi yang ada dalam kepala otak aku hanyalah untuk melancong ke Scandinavia.

Untuk pengetahuan Scandinavia merupakan gabungan beberapa buah negara di utara eropah merangkumi:

  • Norway
  • Sweden
  • Denmark

Dan aku jugak yang aku baca Scandinavia juga termasuk negara Finland, Iceland dan Faroe Island.

Road-Trip-Scandinavia-Baltic.-1-2
Aurora di Norway

Kenapa aku pilih Scandinavia?

Satu je sebab. Aku nak jejak destinasi yang luar biasa. Scandinavia ni masih belum menjadi pilihan orang ramai but i know sudah ramai kawan2 travel blogger yang dah jejakkan kaki kat tempat ni.

Pakej Melancong ke Scandinavia

Aku ada juga survey beberapa pakej ke Scandinavia. Kalau tak ada 20K dalam tangan tak payah mimpi lah nak ke sana ya.

Itulah aku bukan jenis org yang berkemampuan namun aku akan usahakan maybe dengan cara lain dan kelebihan yang ada pada aku.

Mana tahu maybe ada rezeki aku untuk ke scandinavia.

But for now aku kena settelkan beberapa lagi destinasi yang sudah ada dalam jadual. Antaranya:

  • Korea
  • Jepun
  • Italy
  • Spain
  • Andorra
  • Bosnia & Herzegovina
  • Singapore

Tuhh diaa padat gila jadual. Cuti dah habis dah ni..Uwarghh mcm mana ni….

*******************************************

TIP TRAVEL KE OVERSEAS: Travel tanpa internet baik korang duk terperap kat dapur rumah korang jer. Unless korang ni jenis penyiasat sendirian atau pembunuh upahan. So untuk penjimatan semasa travel baik korang pi sewa SAIMURAI POCKET WIFI dulu sebelum fly...Coverage mantap jangan risau. InshaAllah boleh cover satu dunia.....

Share this post

3 thoughts on “Impian Melancong ke Scandinavia

  1. Ha, aku bersama 5 org rakan2 baru 3 hari pulang dari backpacking ke London, Amsterdam, Paris, Geneva, Dubrovnik, Bosnia, Albania, Kosovo dan Istanbul. Kami sewa kereta dari Dubrovnik hingga Kosovo.

    Reply

Post Comment

CommentLuv badge