KEMBARA SWITZERLAND (MT. TITLIS) 3 HARI 2 MALAM

Swiss-Cliff-Walk-Blog-1

Percutian ke Switzerland (Mt. Titlis)

Percutian ke Switzerland (Mt. Titlis) | Kembara Eropah 15 Hari 6 Negara. Entri ini merupakan entri sambungan untuk Trip ke Switzerland Part 1 di mana aku sempat cover di sekitar pusat bandar iaitu Zurich.

Anyway this is my dream untuk ke Switzerland sejak dari kecil lagi. Dan Alhamdullilah ianya tercapai.

Untuk episode kali ini aku kongsikan dimana aku ke Mt. Titlis yang merupakan sebuah gunung di pergunungan alps. Ketinggian mencapai 3.000 Meter Lebih, tepatnya 3.029 Meter. Dulu Titlis disebut Tuttelsberg, dan kemudian Titlis. Suhu di gunung tersebut mencapai 0 °C.

Suhu 0 °C means tempat ini bersalji sepanjang masa. Perghh ni salah satu my dream untuk main salji. Sekali lagi tercapai jugak hajat ku.

Perjalan yang mengambil masa hampir 1 jam dari Zurich membuatkan kami begitu excited disebabkan pemandangan di sekitar perjalanan tersangat cantik.

Serius aku rasa rugi gila untuk lelapkan mata di dlm perjalanan walaupun mata masa tu mintak di tutup.

titlis1

Mt. Titlis Switzerland Sponsored by Emirates Airlines Travel

 

Perjalanan menuju gunung Titlis

Dari Engelberg menuju Trubsee haruslah naik gondola udara, dan kemudian sambung pulak dengan naik kereta gantung menuju Stand (di atas glasier), dan kemudian dengan Rotair menuju puncak Gunung Titlis (ketinggian 3.020 m /9.900 kaki). Perjalanan untuk ke puncak mengambil masa sekitar 40 minit.

Masa aku pergi bulan april lepas suhu kat sana tak sejuk sangat sebab masih ada cahaya matahari cuma tetap kena pakai sweter tebal jugak lah. Lagi2 glove. Serius Glove kat sini amat penting.

Bila sampai di puncak tak sampai 5 minit aku duk atas salji terus rasa nak masuk balik dalam hall tu sebab tak tahan sejuk…

Tapi gigih jugak nak berjalan atas salji tu walaupun dah kecut habis dah. Hahha..sempatlah aku main gelongsor atas salji dengan buat ais kepal then baling kat member2. Bukan senang woo nak main salji nih. Kalau kat malaysia main salji dalam peti ais boleh lah.

Seperti mandi sungai juga lepas main salji memang terasa lapar. So kami singgah jap makan kat salah satu kedai atas tu. Motip sebenar adalah nak guna wifi jer. Makanan kat atas tu tak yah cakap lah bapak mahal. Aku makan apa tah dah dekat 30 Euro.

Dalam 2 jam kami kat atas tu sebelum masing2 tinggalkan memori paling manis di Mt. Titlis. Sangat best dapat pegang salji pertama dalam hidup aku. heheh

Sebenarnya salji tu bukan lah seputih yang aku bayangkan. Agak kotor jugak kot cuma bila tengok dari jauh baru nampak putih macam snow white.

titlis2

Mt. Titlis Switzerland Sponsored by Emirates Airlines Travel

titlis3

Mt. Titlis Switzerland Sponsored by Emirates Airlines Travel

titlis6

Mt. Titlis Switzerland  Sponsored by Emirates Airlines Travel

titlis4

Mt. Titlis Switzerland. Sponsored by Emirates Airlines Travel

titlis5

Mt. Titlis Switzerland. Sponsored by Emirates Airlines Travel

Till then….Jumpa lagi Swiss…Sambung untuk Paris pulak pasnih…

.
#TravelTip: Untuk Jimatkan belanja boleh sewa pocket wifi siap-siap dari Malaysia. Jimat & boleh kongsi ramai-ramai. Boleh sewa pocket wifi di Samurai Wifi. Untuk jimat apabila stay di Hotel boleh dapatkan Voucher Hotel dan diskaun di DiscountCodeHK.com. Apabila travel di musim sejuk boleh juga beli kelengkapan baju2 sejuk murah di PakaianMusimSejuk.com.
.
THIS WEBSITE SPONSORED & SUPPORT BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & #kelabbloggerbenashaari
.
“Every travel is a journey and every journey is a travel. No matter where you go, what you’re up to is a journey. Enjoy life, live with it and make peace of it. Our journey in life will end but not with our soul. Go beyond the journey and discover what life has to offer.”~Eacel Janubas~

3 Comments

  1. Riz

    September 25, 2015 at 4:24 PM

    Omg this is so breathtaking! I will definitely whatsapp you when I plan a trip here. Photos are stunning btw.

  2. ubai

    September 18, 2015 at 6:58 PM

    baru plan nak travel oversea lepas ni.. hehehe nice info bro !

  3. kakmahh

    September 16, 2015 at 6:06 PM

    Untunglah awak dah jejak kaki di sini.
    kakmahh recently posted..Süleymaniye Mosque – TurkiMy Profile

Leave a Reply

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge