IMG_4359
KBBA Family Day

KBBA Family Day di Sebuah Resort di Hulu Langat, Selangor. Alhamdulillah sekali lagi weekend aku di penuhi dengan aktiviti bersama kawan-kawan blogger atau lebih tepat lagi sebagai family blogger.

Weekend kali ini kami luangkan masa selama 3 hari 2 malam di “sebuah resort di Hulu Langat, Selangor” Aktiviti yang di namakan Kelab Blogger Ben Ashaari Family Day ini merupakan kerjaya sama di antara penaja rasmi KBBA iaitu COSMODERM. Thanks so much to cosmoderm!!!!

12003155_10205212900906032_1396372139292930463_n
Pembahagian Kumpulan

Pelbagai aktiviti telah berjaya di laksanakan dengan begitu sukses sekali sepanjang kami berada di sana dan Alhamdulillah juga kepada semua pasangan-pasangan blogger yang amat sporting dan bergaul sesama blogger lain.

Antara aktiviti kami disana:

  • Pertandingan Karaoke
  • Poco-Poco
  • Flying Fox
  • Sukan Rakyat
  • Group Foto
  • BBQ
  • Zumba by Razi
  • Jungle Tracking
  • Mandi Sungai dan Air Terjun secara berjemaah

Memang cukup-cukup seronok dan meriah dengan kehadiran sesisi keluarga ahli KBBA. Semua sporting dan saling memberi kerjasama yang erat.

Tujuaan family day kali ini adalah untuk meluangkan masa dan saling kenal mengenal antara ahli KBBA yang makin hari makin ramai. Thanks to KBBA founder Ben Ashaari.

Sebelum aku celoteh panjang-panjang lagi jom kita layan gambar-gambar menarik yang di rakam oleh @kaiostudio. 

kbba1

Moment2 ketika makan. macam-macam ragam ada. Meriah dengan budak2 dan mak bapak budak. hehhe…Seronok makan ramai-ramai nih..

kbba3

Selepas pembahagian kumpulan. Masing-masing dah tak sabar nak teruskan sukan rakyat nih. Heheh

kbba4

Sukan air. Ada 3 jenis sukan dalam sungai ni. Wrestler dengan tarik tali dalam air then isi air dalam balang. Game ni paling best. Masing-masing nak pecah perut duk gelak tengok aksi depa nih. Nasib baik mak2 buyong tak terberanak sekali…Steady lah semua sporting!!!

Game isi air ni dalam balang untuk keluarkan bola ping pong di menangi oleh team Purple.

kbba5

2 acara yang paling memenatkan. Game wresler di menangi oleh team Merah dan tarik tali di menangi oleh team biru dan purple.

kbba6

Malam terakhir selepas BBQ ada penyampaian hadiah untuk sukan rakyat, pertandingan karaoke, selfie cosmoderm paling kretif dan cabutan bertuah.

Sukan Rakyat: Juara Team Purple. Sekali lagi diulang team PURPLE.

  • 1st –  Team Purple
  • 2nd – Team Merah
  • 3rd – Team Hijau
  • 4th – Team Biru

Pertandingan Karaoke:

  • 1st – Abg Que Ahcmad
  • 2nd – Ayu Jean
  • 3rd – Razi

Lucky Draw – Majority semua dapat termasuk aku

kbba7

Sebelum acara malam itu berakhir kami sempat meraikan hari jadi ahli-ahli KBBA yang lahir bulan september termasuk aku. Dan acara berakhir dengan pertunjukan api yang sangat “hebat”!!! Hahaha

Untuk hari ketiga kami proceed dengan acara pagi iaitu Zumba by Coach Razi. Masing2 seronok time ni duk berzumba sehingga aku yg masih tido dalam bilik pun boleh dengar gelak tawa diarang. hahah

Then after zumba kami jungle tracking untuk ke Air Terjun sebelum masing-masing pulang kerumah untuk teruskan rutin harian seperti biasa. Yang mana kerja opis tu jadi lah macam aku hari ni monday blues.. Terus x de mood nak wak keja.

Dengan itu KBBA Family Day 2015 tamat menjadi catatan sejarah buat semua yang join. Semoga ianya menjadi sebuah memori yang manis dan sama-sama dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kita. Yang mana baik kita kenangkan dan yang mana kurang baik tu kita tinggalkan lah kat resort di hulu langat….

Last sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih lagi sekali buat COSMODERM, COSMODERM, COSMODERM untuk tajaan family day kali ini dan jugak terima kasih buat penaja-penaja lain juga. Dan tak lupa kepada AJK KBBA yang bertungkus lumus menjayakan program ini terutama Ben Ashaari, Lan Careno, Angah judin, Sue Izza dan semua…

Family Day KELAB BLOGGER BEN ASHAARI. “Bukan Sekadar Blogger, We Unite Together.” @kelabbloggerbenashaari

Untuk gambar2 yang lagi menarik boleh follow IG @kelabbloggerbenashaari!!!

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge