Samsung Galaxy Note5 Malaysia - Faizal Fredley

Samsung Galaxy Note5 Malaysia

note5 d

Consumer Launch Samsung Galaxy Note5

Samsung Galaxy Note5 Malaysia | 4 – 9 September 2015 bertempat di Sunway Pyramid telah berlansungnya majlis pelancaran Galaxy Note5 untuk orang ramai yang berminat untuk menjadi salah seorang pengguna Note5. Dalam memenuhi kehendak pelanggan dalam perubahan arus teknologi Samsung kini kembali dengan generasi ke 5 Samsung Galaxy Note5 yang pastinya dipenuhi dengan ciri-ciri terbaru, lengkap dan smart sesuai dengan permintaan keaadan masa kini.

Bermula dengan Note pada tahun 2011, Note II 2012, Note III 2014, Note4 pada 2014 kini Legacy Note telah pun melangkah dengan cemerlang untuk ke Note5 pada tahun ni dengan setiap penambah baikkan yang lebih mantap.

note5 b

Persembahan artis-artis tempatan di Sunway Pyramid

Sempena Majlis pelancaran Note5 ni anda juga berpeluang untuk berhibur dengan beberapa artis tempatan yang sangat awesome seperti:

  • Thomas Jack (5 Sept 2PM)
  • Winson (5 Sept 5PM)
  • Najwa Latiff (6 Sept 2PM)
  • Mad August (6 Sept 5PM)

Masa aku pergi semalam sempat jugak tgk Winson buat persembahan.

note5

Persembahan artis di Consumer Launch di Sunway Pyramid Semalam

Dalam busy bekerja sempat lagi aku drop kejap untuk attend event ni. Nak jugak tengok dengan mata sendiri kehebatan Galaxy Note5 ni. Dengar cerita selain ciri-ciri dalaman yang makin mantap design Note5 kali ni lebih smart dan lebih slim.

Maklumlah aku ni bab gadget ni lebih kepada design yang smart baru aku tengok tech spec dia. Dan ternyata both spec ni memang memenuhi cita rasa aku sebagai penggemar gadget.

note5 a

Samsung Galaxy Note5

Sebagai travel blogger selain camera yang power aku suka S Pen Galaxy Note5 ni yang bagi aku tersangat membantu dalam pengurusan jadual travel aku terutama dalam perancangan itinerary di setiap destinasi yang bakal aku kunjungi.

Lagi pun uttuk Galaxy Note5 ni function S Pen telah di upgrade. Mudah untuk ditarik keluar dan disimpan. Ringan dan ergonomik untuk pegang dan menulis. Yang bestnya ada auto sensor untuk detect kalau kita terlupa simpan semula pen tu dalam slot dia.

Kesimpulannya….takyah korang nak susah susah menaip, terus je scribble atas skrin note5 korang…hehe

note5 e

Nak lagi best sempena dengan Roadshow  Samsung Galaxy Note5 yang akan di adakan di beberapa lokasi antaranya: 

  • Kuala Lumpur – LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid (4 – 9 September 2015)
  • Penang – Main Concourse, Gurney Plaza (4 – 6 September 2015)
  • Johor – Level 3, Concourse, Sutera Mall (4 – 6 September 2015)

Samsung menawarkan mana-mana pengguna Note generasi sebelum ini untuk Trade In bagi mendapatkan Note5 ini. (Berserta terma dan syarat).

note5 7

Trade in promotions

Bagi yang berminat untuk dapatkan Note5 ni korang boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web www.samsung.com/my/galaxy/note5

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

Student Engineering dari dari azali lagi. Semua ayat dan perkataan main hentam je.

1 Comment

  1. nadia johari

    September 8, 2015 at 1:45 AM

    beli satu derrr..buat hantaran..hahaa
    nadia johari recently posted..BENGKEL IMEJ DAN PEMAKAIAN BERSAMA WAWA IDRISMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge