Home TRAVEL Travel Tips Faizal Fredley on Kosmo | Alatan Sesuai dibawa Bercuti

Faizal Fredley on Kosmo | Alatan Sesuai dibawa Bercuti

1705
5
10659385_10203079840180847_4315063196605151132_n
Faizal Fredley on Kosmo | Alatan Sesuai dibawa Bercuti

Cerita lama, baru teringat nak buat entry. hahhaha…dah berlumut dah!!! Jom baca sikit apa yang kosmo tulis pasal aku.

KEHIDUPAN penulis blog, Mohamad Faizal Kamarulzaman berubah dalam sekelip mata sebaik dia memiliki tablet, Samsung Galaxy Tab 4 pada bulan Ogos lalu.

Pemuda berusia 24 tahun itu tidak lagi menghadapi masalah untuk merancang percutian kerana aplikasi yang terdapat dalam tablet baharu itu memenuhi cita rasanya.

Faizal berkata, kehidupan sebagai pengembara memang memerlukan beberapa alatan yang sesuai dan ciri-ciri yang ada pada tablet ini sangat bersesuaian.

“Mula-mula tengok kotak pun saya sudah jatuh hati. Saya terus tayang di laman Instagram dan Facebook. Saja mahu kawan-kawan saya berasa cemburu.

“Tablet ini memang antara ciri-ciri utama yang saya cari bila inginkan sesebuah alat terutama untuk dibawa semasa bercuti,” kata Faizal.

Menurut Faizal, saiz yang kompak menyebabkannya selesa untuk menggunakan tablet itu walau di mana sekalipun dia berada.

Katanya, ketika sedang berjalan pun dia masih sempat untuk mengemaskini status di Facebook manakala penggunaan tablet ini lebih sesuai ketika berada di lapangan terbang.

Galaxy Tab 4 cukup ringan dan sudah pasti menjadi salah satu sebab tambahan ia harus dimiliki oleh mereka yang gemar menggunakan tablet berbanding telefon pintar. Selain itu, ia juga tahan lasak jika terjatuh secara tidak sengaja.

Galaxy Tab 4 boleh didapati pada harga antara RM925 hingga RM1,025 seunit di pusat jualan Samsung seluruh negara.

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge